Monday, July 13, 2009

KUASA ALLAH - MAYAT TIDAK REPUT



Sebuah kisah yang kukutip dari sumber yang didapati didalam alam cyber..
Assalamualaikum. Maha Suci Allah, Tuhan Pentadbir dan Pemelihara Sekelian Alam. Gambar mayat yang tidak reput ini diambil pada 28/4/2004 yang lalu di Masjid Banggol, Pokok Sena, Kepala Batas, P. Pinang.

Mayat ini adalah mayat seorang lelaki (Haji Mohsin) yang meninggal dunia akibat strok pada tahun 1987 (17 tahun yang lalu) dan arwah meninggalkan seorang isteri dan 4 orang anak perempuan yang ketika itu masih kecil lagi.

Alhamdulillah, kesemua anak-anak perempuannya berjaya (doktor, pharmacist dan lulusan Al-Azhar)dan isterinya, seorang surirumah, amat aktif dalam menjaga kebajikan dan hal ehwal pelajar-pelajar perempuan pondok Madrasah Khairiah Islamiah diPokok Sena dan sering memberi kelas agama kepada kaum-kaum ibu. Arwah meninggal dunia dalam lingkungan umur lewat 40 tahun dan beliau adalah seorang pegawai JAKIM yang amat merendah diri dan sentiasa menjaga kata-katanya.

Saya sempat menziarahi arwah setahun sebelum beliau meninggal dunia dan berkomunikasi dengannya menggunakan pen dan kertas. Kubur bersebelahan yang telah dikorek itu adalah untuk mak saudara yang meninggal pada hari tersebut. Syukur Alhamdulillah, saya berpeluang melihat mayat yang nampak sekerat badan sahaja dan sekerat lagi ditimbus tanah.

Mayatnya macam baru ditanam semalam dan daging dan muscle-muscle tangan dan kaki masih macam fresh lagi. Disebabkan malam sebelum tu hujan lebat, kain kapan mayat basah danmelekat di badan, so bolehlah nampak clear bentuk tubuh badan. Kain kapannya pun tak reput langsung cuma kotor sebab kesan dari tanah yang sedang dikorek. Malah kain bantal kepala yang diisi dengan tanah pun masih elok lagi. Kalau dilihat pada gambar yang dilampirkan, di bahagian atas itu ialah kepalanya yang dilapik dengan bantal tanah. Mayat arwah disimpan tidak menggunakan keranda dan kain kapannya adalah kain biasa sahaja, nothing special or expensive.

Kita bagaimana pula keadaanya di kubur nanti? Janji Allah tetap benar. Allah akan menjaga hamba-hambanya yang sabar, beriman, bertaqwa dan beramal salih.

Share/Bookmark

15 comments:

abu muaz said...

Apakah amalan arwah ini? Barangkali ada kebajikan yg dilakukannya yg hanya diketahui oleh yg Maha Esa.

Hanisham Ab Halim said...

MasyaAllah... Apalah amaln dia msa hidup yer kak Zai...

Unknown said...

terkedu seketika..
dulu pernah juga tgk..
masa pembinaan highway di cheras - balakong.
ada kubur disitu
dipindahkan...
ada mayat yg masih sempurna......

kita dimana dan bagaimana agaknya.

Guru said...

teringin sungguh nak tahu kisah hidupnya...

carikan zai...bole?

Abd Razak said...

Subhanallah...Maha Suci Allah hanya Dia mengetahui segala-galanya

Muhammad said...

Salam Kak Zai,elok kita pakat-pakat renung peristiwa ini dan muhasabah amalan diri. Cuma ada soalan keluar tajuk: Macam mana nak ubah image TCBOTB ke tepi sp di sini. TQ

Maiyah said...

subhanallah.. saya terharu sangat kerana Allah memelihara hambanya yang memelihara imannya didunia.. Terima kasih zai dgn info ini

zai said...

Buat Abu Muaz,
Salam..terima kasih kerana ziarah dan sudi lagi memberi komen..hanya Allah yang mengetahui..apakah mayatnya terpelihara kerana dia yg berjihad dijalan Allah ? atau srg yg warak, seorang yg tahfiz alquran, seorang pemimpin yg adil, atau mati pada hari jumaat..mngkin ada antara salah satunya..Hanya Allah yang mengetahui...Wallahualam..

zai said...

Buat Webmaster..
Apakah amalannya...? pasti beliau telah melakukan yg terbaik utk dirinya dan agamanya..justeru itu dipelihara oleh Allah sbg bukti bahawa firman Allah itu benar, Nabi itu benar dan ayat2 AlQuran yg diturunkan juga sangatlah benar kepada kita yg masih hidup utk kekal terus berpegang dgn agama yang satu dan mengamalkan segala yang diperintahNYA..

zai said...
This comment has been removed by the author.
zai said...

Buat Jinggo,
Sdr dikira adalah antara insan yg bertuah kerana dipilih antara hamba2NYA utk terus dapat melihat bukti2 kekuasaanNYA dan semoga dengan bukti2 tersebut akan dapat menambahkan iman dan ketakwaan kepadaNYA..

zai said...

Buat aklcitizen,
Rasa2nya kalau berdasarkan dari cerita diatas tidak susah utk pergi mencari isterinya dan bertanya tentang apakah keistimewaan allahyarham sehingga mayatnya dipelihara oleh Allah sehingga tidak diizinkan walau seekor anai2pun utk merosakkan kain kapan dan tubuhnya sehingga terjaga sebegitu sekali..insyaAllah kalau ada kesempatan..saya akan cuba mencari maklumatnya..

zai said...

Buat Razak,
Berbahagialah mereka yang terpilih utk menerima award dari Allah sehingga sebegitu rupa..

zai said...

Buat Muhammad,
Terima kasih sbb sudi singgah dan beri komen..sememangnya begitulah hendaknya, kita harus sentiasa bermuhasabah diri.. Tahniah juga sbb dah berjaya buat TCBOTB..tak susah pun kan..ikut arahan jer..

zai said...

Buat Maiyah..
hanya mereka yg benar2 bertakwa sahaja mampu menahan godaan syaitan dan terus berpegang pada ajaranNYA dan buktinya..mgkin keadaan mayat ini sudah cukup utk menceritakan segala2nya..Subhanallah

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA