Friday, July 10, 2009

MULIANYA HATIMU

Sebuah kisah Teladan yang kukutip dari laman "saljukasihnya.."
Hari itu sewaktu saya pergi ke K.Lumpur.Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan lama.Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan.

Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.
"Kakak nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum.Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak apalah dik...Kakak dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Kakak dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
"Kakak baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil tersenyum.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya bang..Pak cik...kakak atau makcik." Molek budi bahasanya!

Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.

Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman.

Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.
"Kakak dah kenyang, tapi mungkin kakak perlukan kuih saya untuk keluarga. katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

" Ambil ni dik! Kakak sedekah..! . tak payah kuih tu,semua akak sedekahkan duit ini pada adik jer" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak.

Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.
"Kenapa kak nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit tadi pada pengemis tu?
Duit tu kakak bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Kak saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya.
"Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat kak!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Kakak nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja kak.....! Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.Dalam perjalanan ke K.Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah??

Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkannya?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!!!

Share/Bookmark

15 comments:

Unknown said...

Salam Kak Zai..
Cerita ni berlaku kat akak ke??Jika kat akak,Alhamdulillah..akak adalah insan yang mulia.Begitu juga kat anak tadi.Sejuk perut ibu yang mengandungkannya.Semoga Allah berkati akak serta anak tadi.Wassalam.
ZAWAL

Anonymous said...

Salam.

Ibunya pandai mendidik. Suatu pengajaran yang baik kepada saya.

Abd Razak said...

Salam...ujian dan pengajaran tu kak, sapa tau itu adalah jelmaan dari malaikat atas perintah Allah utk menguji manusia...

Guru said...

tersentuh sungguh membaca kisah ini...
tq

Maiyah said...

memang say pernah tengok kisah ini di mana tu saya dah terlupa, kadang-kadang budak kecil dapat menyedarkan orang dewasa. itulah didikan yang baik.

hentian said...

Peristiwa ini mungkin satu dalam seribu.

zai said...

Salam kembali Zawal,
Sebenarnya cerita itu akak jumpa dihalaman saljukasihnya..disbbkan ceritanya sggh menyentuh hati akak kongsikan ke dlm blog akak utk dijadikan iktibar buat kita semua...

zai said...

Buat Zaidi..
Mmg benarlah kata orang kalau asal benih yg baik jatuh kelaut menjadi pulau..anak itu menjadi begitu hasil dari didikan sempurna dari kedua ibu bapanya.

zai said...

Buat Razak,
Hanya Allah yg mengetahui..Moga2 lebih ramai kanak2 dan generasi masa depan mempunyai sifat2 yg mulia spt itu....

zai said...

Buat aklcitizen,
Mmg sy sendiri tersentuh hati pabila membaca cerita itu...sifat kanak2 itu mengagumkan

Aidil Fadzil said...

Salam... sarat dengan pengajaran dan penuh dengan pathos. Moga-moga menyedarkan kita semua. terima kasih. Zai n saljukasihnya..

zai said...

Buat Maiyah,
Marilah kita bersama2 berusaha menjadi ibu yg terbaik buat anak2 dan memberi didikan yg terbaik buat bekalan hidup didunia dan akhirat, moga2 mereka akan menjadi anak2 yg soleh dan solehah dan doa mereka satu hari nanti dpt memberi cahaya didalam kegelapan kubur dan melapangkan ruang lubang kubur yg sempit dan menakutkan utk dibayangkan...

zai said...

Buat insan marhaen,
Mmg benar zaman kini amat sukar utk bertemu akhlak kanak2 seperti itu..bertuahlah bagi mana2 ibu yg mengandungkannya..

zai said...

Salam Aidil Fadzil,
terima kasih kerana sering berziarah dan memberi komen..mmg sebuah kisah yg patut diteladani oleh semua..

kak ja said...

Salam Zai,
Semoga wujud lbh ramai di kalangan generasi muda yg jiwanya sebesar itu.. Kalau kebnykan bebudak lain, dia songlap je duit tu, tak pyh bgtau mak dia pun..

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA