Farid seorang bapa tunggal mempunyai seorang anak lelaki berusia 7 tahun bernama Amin. Selepas penceraian, Farid telah berjaya mendapatkan hak terhadap anaknya Amin. Ketika bekerja Amin akan ditinggalkan bersama ibu Farid yang sememangnya tinggal bersama Farid. Sebagai seorang mekanik, tugas seharian Farid memang terlalu sibuk dan jarang ada masa untuk bersama anaknya itu. Satu hari Farid yang keletihan pulang ke rumah disambut oleh anaknya Amin di muka pintu..
“Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?”
“Hah, nak tanya apa?” jawap Farid kepenatan
“Berapa pendapatan ayah sejam?”
“Apa, Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?” Sergah si ayah apabila mendengar anaknya sibuk ingin mengambil tahu pendapatannya
“Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?”
“20 ringgit sejam, kenapa ?”
“Oh…” kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya, “Ayah….boleh tak Amin pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?”
Si ayah menjadi berang dan berkata, “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai mintak sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni…”
Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu.
Didapati anaknya masih belum tidur. “Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini,” kata si ayah.
Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. “Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk.
Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. “Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?” Jerkah si ayah.
Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. “Duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit sebab duit yang Amin ada sekarang tak cukup,” jawab si anak perlahan.
“Tak cukup untuk beli apa?” soal balik si ayah.
“Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak makan malam bersama ayah,” jawab si anak perlahan tanpa berani memandang wajah ayahnya.
Ayah Amin merenung sayu kemuka anaknya..tersentuh hatinya kerana barulah si ayah faham maksud anaknya itu….
**************************************************************************
Sayangilah anak anda, jangan biarkan mereka kekurangan kasih sayang dan luangkan masa anda walau sekejap dan berilah perhatian secukupnya..
17 comments:
yalah... ramai bebudak sekarang yang kurang kasih dan perhatian dari ibu dan ayahnya..
ramai sangat zai...
Kesian si Amin..Itulah harga kehidupan macapada ini..Semuanya perlukan wang, perlu cari. lagi dan lagi sehinggakana masa untuk anak2 pun dah tak der (macam la aku dah kawen)..haha.
Ya, inilah kehidupan. Rakan saya bekerja sebagai akauntan di Kota Damansara. Dia ke pejabat sebelum subuh (solat subuh di pejabat) dan pulang ke rumah selepas Isya'.
Ada seorang ahli perniagaan yang saya kenali, keluar rumah sebelum subuh dan pulang ke rumah selepas jam 11.00 malam. Walaupun tinggal serumah, beliau hanya "bertemu" isteri dan anaknya pada hari ahad.
Alhamdulillah, saya tidak mengalami masalah tersebut. Pada saya biar hidup sederhana, masa untuk keluarga lebih utama. Sekadar pendapat.
Memang tersentuh cite ni, mulalah terbayangkan anak sendiri
Salam...terpulang kepada kebijaksanaan si ayah utk menguruskan masanya utk keluarga & kerjayanya, jika tidak akan berlakulah perkara2 yg tidak baik pada keluarganya
Teringat sorang teman saya yang berkerja mengajar anak pensyarah. Selama dia berkerja di rumah itu (sudah hampir 3 bulan). Dia belum pernah bersua muka dengan ibu adik tue... Maknanya, ibu adik tue memang sangat sibuk hingga jarang berada di rumah...
p/s kesian kat anak
Salam Zai.
Sedih cerita ni...anak-anak sekarang dah 'advanced' pemikirannya.
Buat aklcitizen,
Betul tu..mmg ramai kanak2 sekarang terbiar kasih sayang daripada ibubapa, ntahla sedih bila saya terjumpa kanak2 yg masih kecil dah pandai merayau2 tanpa tujuan..
Buat Imanshah,
Betul juga cakap Imanshah..bagusla tak kawin dah ada kesedaran mcm tu..harap2 lps kawin jadi ayah yg bertanggungjawap tau..
Buat Zool,
Kesiankan kat anak2 dan family diaorang tu kan...ntahla kadang2 tekanan kerja lebih kuat dari tekanan dari family sendiri..apapun wang bukanlah segala2nya..keluarga juga penting jadi kena pandai2 seimbangkan..
Buat Maiyah..
Samalah kita...saya pun sering teringat kat anak2 kat asrama dan terpaksa g jenguk hari2..risau terlebih, nasi pun tak tertelan kalau dah teringat tu..
Buat Razak,
Betul kata sdr, ayah dan ibu yg bekerja kena pandai bahagikan masa antara kerjaya dan keluarga..krn satu hari kita akan kembali kpd keluarga juga..
Buat AnnisaNazifa,
Moga2 kita boleh mengambil pengajaran dari situ..Mmg simpati betul pada anak2 yg terbiar..
Buat Zaidi,
Saya pun sedih bila baca kisah ni sehinggakan anaknya terpaksa mengumpul duit utuk membeli masa ayah..mmg seorang anak yg bijak..
Tuntutan keadaan sekarang kadang-kadang membuatkan ibubapa tak punya banyak masa bersama anak-anak. Sekarang ni kos sara hidup semakin tinggi..Kadang2 ibubapa terpaksa buat lebih dari satu kerja bagi menampung perbelanjaan seharian...Sedihkan...
Salam.
Ramai anak anak yang kehausan kasih sayang dalam kemewahan keluarga. Harga kasih sayang kerap kali dinilaikan dengan wang ringgit,akibatnya ramai yang beranggapan kasih sayang boleh diperolehi dengan adanya wang ringgit.
Ramai ibubapa yang merasakan mereka bekerja keras hingga terabai keluarga adalah untuk kebaikan anak mereka tapi sebenarnya mereka melakukannya adalah untuk kepuasan mereka sendiri sedang amanah yang perlu dilunaskan tanggungjawabnya bukan saja memberi keperluan wang ringgit tapi juga pengisian rohani.
Anak ibarat kain putih,ibubapalah yang akan mencorakkannnya.
salam,
aku cukup terharu dengan perasaan Amin.
Post a Comment