Monday, July 27, 2009

NILAIKANLAH SENDIRI.....

Salam....

Ketika kamu melihat seseorang... ..Ingatlah itu sebagai pertemuan suci....

Ketika kamu melihat orang itu...Kamu melihat dirimu sendiri...
Ketika kamu menganggapinya. .Kamu menganggaplah dirimu sendiri..... ..

Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say:


"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena "

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja, hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... . "

Jadi renungkan lah....

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.


4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia.... sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik... adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?


Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ..
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

~ Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya


"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."


Akhirnya nilaikanlah sendiri...dimana letaknya diri anda...



Share/Bookmark

14 comments:

Dearie Pearls said...

Mornin Sis..
thanks by sharin this..
lepas membaca ni membuat kan LOL berfikir sejenak...

Thanks ok..
wil apply in ma daily..

Thanks again!
Cheers!

Abd Razak said...

Salam kak zai,

Setiap pekerjaan menjadi sebahagian dari amal ibadah jika dilakukan mengikut syaratnya. Sabda Rasulullah s.a.w, "Bahawa seseorang itu mengambil seberkas kayu api & diletakkan di atas belakangnya utk dijual, Allah melindungi maruahnya. Itu lebih baik baginya daripada meminta-minta kepada orang lain sama ada mereka memberinya atau tidak."

hai said...

salam zai,
setiap pekerjaan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan lebih memberi kepuasan.Tidak perlu menjadi orang lain hanya untuk menarik perhatian seseorang!!
kalau kita perhatikan,dlm bab memasak pun,kalau kita masak sambil lewa/tak minat ianya memberi kesan dari segi rasa masakan kita tu!!!

atie said...

Salam Kak Zai,

Saya nie seorang yang ringan tulang sikit... kira tak boleh tengok ada kerja atau orang bagi kerja mesti selesai saya kerjakan...bukan nak memuji diri tapi memang macam tu sikap saya... tapi masih tak dapat memuaskan hati orang lain.. kadang2 rasa macam orang cakap terlebih rajin dan macam kita lak yang lebih2... tah la tapi niat saya satu aje kalau orang dah bagi tangujawab kat saya saya akan buat sebaiknya...salah ke bersikap macam tu ha???????? kalau malas dikatakan malas la pulak

Ummu Mishkah said...

kak zai..
memang betul tu.. output yang positif terhasil dari keinginan diri yang positif!

Guru said...

Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT

ni sayalah selalunya....

zai said...

Dear LoL..
Bagus kalau ada keazaman mcm tu..anyway semua manusia sama jer..there are times where masing2 terleka dan asyik nampak salah orang jer kan..tetapi itulah hakikatnya kita kena saling tegur menegur tapi iklas..betul tak ?

zai said...

Razak..
Betul tu..Keikhlasan didalam melakukan sesuatu pekerjaan adalah merupakan perkara terpenting daripada mengharapkan ganjaran disebaliknya kerana Allah tidak memandang hambaNYA dari segi ketinggian pangkat dan darjat tetapi dari segi apa yg kita kerjakan..samada kerana Allah atau kerana ingin mendapat kedudukan disisi Manusia

Arianni said...

Salam Kak Zai..
Setuju..tak rugi kalau kita ujudkan suasana kekeluargaan dlm pekerjaan kita.. tapi yg penting bekerjalah dgn penuh keikhlasan dan mengikut syariat Allah..

zai said...

Salam Hai..
Betul sangat2 kata Hai tu..kalau dari segi masakan pun kalau memasak dengan tidak bersungguh rasanya pun dah lain kan..

Niat ketika melakukan sesuatu perkara itu yang penting samada dilakukan kerana ikhlas dari hati atau kerana terpaksa..

zai said...

Salam Atie..

Kak Zai sendiri dapat membaca sifat2 atie dari segi bentuk olahan Blog atie tu..Mmg kak Zai dah agak dah Atie ni mesti jenis kuat semangat dan rajin berusaha dan tak kenal erti putus asa..

Kekalkan sifat2 yg positif tu sampai bila2 k..

zai said...

Buat Ummumishkah..

Kak Zai nak Puji Ummu..Ini lagi satu contoh insan yang rajin..Kak Zai suka baca aktiviti kekeluargaan Ummumishkah..Kak Zai kadang2 teringin nak jadi macam tu tapi masih belum ada kesempatan lagi nie..

zai said...

Buat a kl citizen...

Rasa2nya kita ada persamaan dari segi kelam kabut tu...ingatkan busy tapi kelam kabut rupanya hehehe...

zai said...

Salam Arianni..

Betul tu..semangat kerjasama dan setiakawan adalah penting terutama kalau bertugas didalam satu tempat kerja..kerana kalau ada hasad dengki mmg susah utk bekerjasama pasti yg berlaku adalah pertelingkahan dan saling menjatuhkan antara satu sama lain...Kadang2 Sifat Melayu macam nilah yg paling sukar dikikis...PHD (Perasaan Hasad Dengki) tu kuat sangat..

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA