Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Namun setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Rasulullah SAW wafat.
Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku (Muhammad) yang belum aku kerjakan?". Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai Ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abu Bakar r.a. "Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.
Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu?". Abu Bakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan!, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu, "Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku dengan lembut", pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW."
Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun ikut menangis, kemudian berkata, "Benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia..." Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.
Sesungguhnya Rasulullah SAW mempunyai akhlak yang sangat terpuji malah sentiasa berlemah lembut walaupun terhadap musuh-musuhnya..tanyakanlah kepada diri kita, tidakkah boleh kita mencontohi akhlak beliau ?
Melihat kepada setiap kisah teladan mengenai akhlak Rasulullah SAW.. Amat sedih hatiku melihat keadaan umat islam kini yang telah berpecah belah dan hidup berpuak-puak...kemanakah hilangnya amanah dan sunnah Rasulullah ?? Apakah apabila kita mati nanti akan dipanggil dengan jawatan dan pangkat masing-masing ketika didunia ?? Apakah kemewahan dan wang ringgit akan dapat memberi jaminan kita akan terlepas daripada azab dan seksaan Allah diakhirat ..fikir-fikirkanlah... !!!! Mati itu Wajib..Bila ???? InsyaAllah....
18 comments:
Sayu baca cerita ni...Mulianya akhlak nabi kita...akhlak kita macam mana agaknya...
Rasulullah amat2 mengasihi umatnya.. alangkah indahnya kalau kita dapat menyintai Rasulullah, mesti harmoni jer masyarakat kita kan!
salam puan
satu lagi cerita yang membuktikan bahawa kejayaan dakwah Rasulullah adalah berdasarkan akhlak baginda. =)
Salam...betapa Nabi mengajar kita budi pekerti yang baik, dialah sebaik-baik contoh yg patut kita ikuti sehingga ianya boleh menjinak hati-hati yg keras
berusaha memperbaiki akhlak sendiri... semoga Allah menghilangkan sifat mazmumah dan menghidupkan sifat mahmudah
Salam kak..betapa agung dan tingginya akhlak Rasulullah saw..walaupun dicaci..walaupun dihina..namun sedikit pun baginda tidak pernah melahirkan kemarahannya..Betul kak,zaman sekarang ni umat baginda telah berpuak-puak..Moga Allah dapat beri taufoq dan hidayah kepada mereka,agar kembali semula bersatu..Amin.
Al-Fatihah...
Selawat ke atas Nabi junjungan Muhammad SAW. Sejarahnya menjadi inspirasi buat saya
Salam...terasa masih jauh diri ini dari insan teristimewa Muhammad Rasulullah saw. Cuba-cubalah kita usahakan agar dapat mencontohinya. Semoga diberi kekuatan oleh Allah swt.
Tiada yg dapat menandingi Rasullullah..dia kekasih Allah
Salam Tirana,
Mmg sungguh mulia akhlak baginda, wlupun pada zahirnya bangsa arab adalah mmmg sinonim dikenali sbg bangsa yg kasar dan tidak sabar tapi Allah telah menjadikan nabi kita dari kalangan bangsa mereka sebagai contoh terbaik utk mendidik jiwa umat sehalus dan semulia sifatnya utk menjadi ikutan seluruh umatnya..
Salam Ummumishkah,
Betul tu..Kalaulah semua umatnya dapat mengikuti akhlak baginda, pasti aman dunia ni dan umat islam pun takkan berpecah belah..semoga kita dapat mengamalkan sunnahnya sebaik mungkin..
Buat Zharif Badrul,
Betul tu..salah satu cara dakwah baginda adalah melalui akhlaknya yg terpuji masih berlemah lembut terhadap musuh beliau walaupun beliau dicemuh sebegitu rupa..akhirnya musuh akan lemah jua..
Salam Razak..
Mmg benar, akhlak baginda sangatlah terpuji..terlalu indah tak terucap dengan kata-kata.
Buat aklcitizen,
Sama2lah kita melakukan yg terbaik utk diri kita yer...
Salam Zawal..
Betul tu..Rasulullah SAW mampu menundukkan musuh hanya dengan akhlak beliau yg terpuji..kita belum tentu dpt mengikutinya 100% tapi tetap perlu buat yg terbaik utk diri sendiri dan keluarga kerana setiap dari kita adalah pemimpin dan akan disoal oleh Allah satu hari nanti tntg apa yg telah kita laksanakan sewaktu didunia..
Tentang bila nak kebanting tu..tak pasti lagi sebab sekarang tengah sibuk membanting tulang empat kerat ni mncari rezeki..hehehe gurau jer..
Salam Maiyah..
Salam jua atas junjungan Rasulullah SAW..Benar..Bagindalah sumber inspirasi kita yg terbaik krn mmpunyai akhlak yg terpelihara dan menjadi contoh sepanjang zaman.
Salam Muhammad..
InsyaAllah..sama2lah kita buat yg terbaik utk diri masing2 dan membimbing keluarga spt sifat2 Rasulullah SAW.
Salam Mazru,
Benar..Dialah Kekasih Allah...
Post a Comment