Salam para sahabatku..
Betapa bertuahnya kita kerana dilahirkan di Malaysia..sebuah negara yang aman dari bencana alam yang dahsyat sepertimana yang terjadi dinegara2 timur tengah dan dinegara barat seperti yang sering kita dengar.
Malah kita juga yang dilahirkan di Malaysia juga beruntung kerana masyarakatnya masih berhemah dan berbudi bahasa dan masih mempunyai adab dan tatasusila meskipun kini sedikit tercalar dengan perlakuan muda-mudi yg semakin jauh terpesong dari landasannya. Malah di Malaysia, kita juga mempunyai pelbagai jenis masakan dan makanan moden dan kampung yang enak2 untuk dimakan sepanjang waktu..dan paling ketara adalah dibulan Ramadan dimana pesta makanan akan bermula. Dimana-mana saja akan mudah ditemui orang yg menjual makanan. Tetapi mengapa pula bulan Mulia berubah menjadi bulan pesta Makanan dan bukan bulan keinsafan bagi menghayati mereka-mereka diluar sana yang kelaparan sepanjang tahun kerana bumi yang tandus tiada berhujan dan tiada tumbuhan, kenapa begitu? Tentulah bukan begitu yang diajarkan Nabi.
Mari kita telusuri kisah-kisah Nabi Muhammad s.a.w. yang sememangnya telah diberi jaminan syurga dan menjadi Kekasih Allah yang mana segala permintaannya dengan mudahnya dimakbulkan oleh Allah tetap tidak pernah mengambil kesempatan diatas keistimewaan yang baginda perolehi malah baginda selalu menahan laparkerana tidak makan, hingga ada waktunya terpaksa perutnya diikat dengan batu.
Rasulullah ikat batu di perut
Sukar hendak saya bayangkan bagaimana perut kosong yang perlu dibantu supaya tidak terasa terlalu pedih kelaparan, dengan mengikatkan ketul-ketul batu pada perut itu. Tak boleh. Saya gagal merasionalkannya. Tidakkah perbuatan itu akan menimbulkan rasa sakit pula di perut itu kerana adanya batu-batu yang diikat padanya?
Antara kisah lain yang digambarkan sewaktu membuat persiapan Perang al-Ahzab, Rasulullah turut bersama-sama dengan para sahabat, memerah keringat menggali parit untuk benteng pertahanan. “Baginda turut memunggah tanah dan batu-batu yang berat, menyebabkan seluruh fizikal merasai sakit, terasa pedih hingga ke pangkal hati.”
“Untuk mengurangkan kepedihan akibat rasa lapar, Rasulullah s.a.w. mengambil beberapa ketul batu, kemudian dibalut dengan kain dan mengikat ketat pada perutnya. Baginda berbuat begitu selain untuk mengurangkan rasa lapar, juga untuk mengelakkan daripada kecederaan akibat bekerja berat dalam keadaan perut kosong.”
Dan bayangkanlah. Walaupun terpaksa menahan lapar, Nabi dan para sahabat bekerja menggali parit itu dalam keadaan gembira dan bersemangat. “Ketika menggali parit, para sahabat bersajak dan bersyair untuk membangkitkan semangat juang. Rasulullah s.a.w. juga turut bernasyid bersama-sama mereka.”
Rasulullah tiga hari tak makan
Kemudian terdapat pula cerita yang diriwayatkan Imam Ahmad dan Tabrani, bahawa pada suatu hari Fatimah (r.a) memberikan sekeping roti kepada ayahnya Muhammad s.a.w. Nabi mengambil dan berkata: “Ini adalah makanan pertama yang dimakan ayahmu sejak tiga hari yang lalu.”
Rasulullah solat duduk kerana kelaparan
Kemudian ada pula riwayat bahawa Abu Hurairah berkata, “Aku menemui Nabi s.a.w. ketika baginda sedang solat sambil duduk, lalu aku bertanya: ‘Wahai Rasulullah, aku melihatmu solat dalam keadaan duduk. Apa yang menimpamu?’ Baginda menjawab: ‘Lapar, wahai Abu Hurairah’.”
Dan ada beberapa peristiwa lagi dari sirah Rasulullah, yang melekat dalam fikiran saya, menyebabkan saya berfikir – alangkah berbezanya, dan jauhnya perbezaan antara corak hidup kita hari ini dengan corak hidup Rasulullah dan para sahabat di zaman itu.
Rasulullah tidak daif
Tentulah itu bukan cerita kedaifan. Nabi Muhammad mempunyai segala peluang untuk menjadi orang terkaya di zaman itu, sekiranya dia memilih untuk menjadi kaya. Dia sendiri sejak muda telah terkenal dengan bakat berniaganya, hingga tokoh korporat zaman itu, Khadijah, mengamanahkan perniagaan kepadanya.
Para sahabat seperti Uthman bin Affan dan Abdul Rahman bin Auf adalah orang-orang kaya yang banyak harta, dan sentiasa mahu menyumbang. Kemudian hasil rampasan perang pun, mengikut Jamilah al-Mashri, boleh memberikan kekayaan kepada Nabi sekiranya baginda mahu mengambil bahagiannya.
Katanya, “Seandainya Rasul s.a.w. mau menegumpulkan harta, nescaya baginda menjadi manusia terkaya. Seperlima harta rampasan dari Perang Hunain saja sudah mencapai 8,000 ekor kambing, 4,800 unta, 8,000 auns perak serta 1,200 tawanan.”
Sahabat rebah ke tanah kerana lapar
Abu Hurairah r.a, berkata: Bahawa pada suatu ketika aku rebah ke tanah kerana terlalu lapar. Orang yang melihat aku tergeletak di tanah mengatakan aku terkena penyakit sawan. Sebenarnya aku tidak terkena penyakit sawan, tetapi aku rebah kerana terlalu lapar.
Tiba-tiba ada sahabat memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w. menyuruh aku pergi ke rumahnya. Menerima jemputan itu tiba-tiba tubuh aku menjadi segar, kerana lazimnya jika Rasulullah saw menjemput kami ke rumahnya bererti ada makanan yang hendak dihidangkan kepada kami.”
Membaca sirah Rasulullah dan para sahabat berulangkali dari pelbagai sudut, saya bukan saja merasai perbezaan corak hidup mereka yang ketara itu, tetapi juga merasai beberapa pertanyaan yang mendesak, memerlukan pemahaman yang lebih rasional dan wajar.
Rasulullah tidur atas pasir!
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, daripada Umar ibnul Khattab, katanya: Pada suatu hari saya masuk menemui Rasulullah s.a.w. di rumahnya, baginda sedang berbaring di atas pasir. Baginda tidak menggunakan sebarang alas bagi mengalaskan antara tubuhnya dengan pasir. Kesan-kesan pasir kelihatan jelas di bahagian rusuknya.
“Begitulah Rasulullah s.a.w. Bukan baginda tidak mampu. Kalau baginda mahu, bukan baginda tidak mampu untuk mengadakan lantai yang beralas atau membina rumah yang besar dan mewah sekalipun. Baginda mampu mengadakan semua itu, kalaulah itu yang baginda pilih. Tetapi baginda tidak memilih yang itu.”
Jadi marilah kita merenung sejenak bagaimana hebatnya jiwa Rasulullah yang tidak pernah memandang kepada kebendaan walaupun segalanya mmg mampu dimiliki oleh Baginda. kalau itulah yg Baginda SAW mahukan. apakah kita pernah terfikir nasib2 insan lain didunia luar sana, berapa ramai kanak2 dinegara luar begitu menderita kelaparan dan kehausan dan betapa ramai anak2 yang masih kecil akhirnya mati dipangkuan ibunya kerana ibunya sendiri yg telah kurus kering kerana kekurangan makanan dan zat turut kekeringan susu badan dan akhirnya kedua-duanya turut meninggal dalam kelaparan seperti gambar-gambar sedih yang tertera diatas renung2kanlah...
14 comments:
Salam Kak Zai...
Sedihnya tengok keadaan mereka.. Kita bantulah mereka semampu yg boleh.. harap saluran yg mengendalikan wang sumbangan itu sampai kepada penerima..
Rangkap pertama tu saya gembira baca.. tp bila baca bab Rasulullah dan sahabat baginda kelaparan.. saya rasa sedih yg teramat... begitu besar pengorbadan Baginda & sahabat2nya terhadap agama Islam... MasyaAllah... begitulah akhlak Ahli Jannah yg pastinya...
Masya Allah.. Zaman Rasulullah SAW dan para sahabat mereka sanggup mengikat perut kerana lapar demi memperjuangkan agama Allah. Tapi kita kini ada yang mati kerana terlebih makan. Insafnyer saya tengok gambar kat atas tu.
rasa sedih bila tengok image di atas, ttpi kita di sini banyak yang membazir, terutamanya bila khenduri kawin.
Rasulullah solat duduk kerana lapar yang kita pula ,terduduk sampai x boleh bangun kerana terlalu kekenyangan,kan terbalik tu..
sy igtkan saya ni dah cukup susah .. rupanya seperti langit dgn bumi kesusahan saya dgn gambar di atas tu.. apatah lagi klau nak dibandingkan dgn rasulullah dan para sahabat.. manusia ni mmg jarang nak bersyukur..
Rabbana atina fidunia hasanah wafilarhiratihasanah wakinna azabannar..
Salam Zai.
Begitulah sikap ikhlas memimpin ummah. Bukan kesenangan dan kuasa yang baginda cari. Begitulah sikap terbaik seorang pemegang amanah Tuhan.
Ya Allah saya rasa nak sangat pegi tlg bdk yg... Ya Allah maha suci allah..
Kekdg kita dlm berjuang, merasakan diri kita sdh berkorban habis2an.. sdgkan kalau dibandingkan dgn Rasulullah saw dan sahabat2nya dulu, sebenarnya pengorbanan kita tu tak sebesar mana pun..
bukan setakat kita disini yg bertuh... org sudan yg berada di sini pun bertuah... moralnya, kena bersyukur dan saling membantu...
Salam Kak Zai...
Makan untuk hidup bukannya hidup utk makan.
Renunglah Firman Allah SWT: “Orang-orang kafir itu mereka makan dan minum seperti mana binatang ternak makan dan minum, azab neraka adalah tempat tinggal mereka” (QS Muhammad:12)
Moga kita tidak digolongkan dlm golongan ini
Kebanyakan rakyat Malaysia "Makan Untuk Mati". Ramai yang mati kerana terlalu "mewah" dengan makanan (kencing manis, darah tinggi, kolestrol ter"lebih", gout).
Peringatan buat diri sendiri terutamanya.
Buat
Dida,
Webmaster,
Pak Kuntong,
En ijoks2009,
Bujang Susah,
Kak Ja,
Zaidi Ali,
Maiyah,
Razak,
Ummumishkah
En. Zool
Terima kasih atas komen2 di atas sesungguhnya mmg kita sangat bertuah krn lahir dinegara Malaysia, walaupun pada dasarnya hanyalah sebuah negeri yg kecil didalam peta dunia tapi mampu memberi kehidupan dan kemewahan kepada rakyat jelata dan pendatang asing yg sangguh bertarung nyawa datang kesini semata-mata utk mencari sesuap nasi tapi sayang masih kurang ada rasa kesyukuran terhadap pemberian ilahi, seandainya kesemua pemimpin dapat mencontohi sifat Rasulullah SAW pasti tiadalah kecintaan pada kebendaan yg melebihi batas dan pembaziran yg melampau..
utk gambar terakhir tu.. Kevin Carter telah bunuh diri beberapa bulan selepas tu... tekanan
salam Zai,
dah banyak gak N3 Zai yg kak go thru, tp tak komen..
Zai,
Susahnya hidup mereka ya.. tak macam kita.. mknn dibazirkan..
Bila ingat Nabi Muhammad saw pula, memang bila kak baca buku kisah peperangan Nabi karangan TGNA menitis air mata, terutama bila baginda mengikat perut dgn batu kmd baginda juga yg memecahkan batu..
Post a Comment