
PELAJAR MISKIN NUR MADIHAH DAPAT 20 A DALAM PEPERIKSAAN SPM 2008 YANG DIUMUMKAN PADA MAC 2009
ANTARA PETUANYA :
1.SELALU SEMBAHYANG HAJAT
2.MEMBACA AL-QURAN
3.SELALU BERPUASA KERANA MISKIN
***************************************************
Nur Madihah, beliau sememangnya bukan artis terkenal tanah air, malah selama ini tiada siapa pun pernah mengenali dirinya. Namun, sejak keputusan SPM di’umumkan, beliau telah menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia yang ingin mengetahui mengenai dirinya dengan lebih lanjut. Bapanya Mohd Kamal Hussein, 41, seorang nelayan, dan ibunya Mariani Omar, 42 , ini berjaya berkata selepas mendapat 20A dalam peperiksaan SPM yang lepas Nur Madihah telah pun ditawarkan melanjutkan pelajaran ke luar negara dan mereka memberi kebebasan penuh kepadanya untuk membuat keputusan berhubung tawaran berkenaan.
Nur Madihah yang merupakan Pelajar Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan juga tidak menghadiri sebarang tuisyen sebagaimana trend pelajar masa kini dan itu sudah cukup mengagumkan.
“Kadang-kadang saya menitiskan air mata sebab kakak (panggilan keluarga kepada Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, gambar) terpaksa berpuasa sebab tidak ada wang untuk beli makanan.“Tetapi alhamdulillah, kakak memahami keadaan keluarga. Malah kakak menjadikan ibadah itu sebagai rutin pada setiap hari Khamis dan Isnin sejak berumur 12 tahun.”Demikian luahan ibu kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Mariani Omar, 42, ketika ditanya mengenai kesusahan dia dan suami, Nik Mohd. Kamal Hussein, 41, membentuk seorang insan contoh.
Katanya, biar susah bagaimana sekali pun, anak sulung daripada empat beradik itu tidak pernah merungut.Malah Nik Nur Madihah, menurutnya, melalui semua kepayahan itu dengan tabah dan menerimanya sebagai cabaran untuk berusaha dengan lebih keras.
“Disebabkan tak ada wang poket, kakak akan makan roti di sekolah dan kerana terlalu banyak makan roti, ia jadi kegemarannya. Malah dia bercita-cita belajar cara buat roti. Kata kakak, dia hendak buat roti banyak-banyak.
“Ibu mana yang tidak tersentuh apabila melihat keadaan anak begitu. Tetapi saya bersyukur kerana dia menerima kekurangan ini,”.“Memang dari kecil lagi dia minat benar dengan buku. Saya dan suami tidak pernah paksa kakak membaca buku, kadang-kadang paksa dia suruh berhenti sebab sudah masuk Maghrib.“Sifat ulat buku ini turun kepada tiga adiknya,” tambahnya.
“Kakak tidak banyak kerenah dan agak pendiam. Dia pun tidak beritahu kami dia ambil 20 mata pelajaran dalam SPM sehinggalah saat-saat akhir,” ujarnya.
Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah ini telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin. Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.
Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu yang menjadi tempatnya untuk berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.


17 comments:
Semoga Adik Madihah mendapat peluang sebesar2nya, bukan saja utk mengubah nasib keluarga, malah negara dan dunia. Insya Allah, Allah memelihara generasi muda Islam.
salam....
sekarang ni,kita tak dapat la lagi lahirkan anak melayu macam adik madihah ni sebab pengambilan subjek peperiksaan dah pun di hadkan....
ish...tak paham ngan pala otak pemimpin ni...kadang2 tu buat keputusan macam tak guna otak....
Permata tetap berharga walaupun dibungkus engan kain yang buruk,tetapi bangkai tetap tak bernilai walaupun di balut dalam kotak hadiah yang cantik
suka jadikan beliau idola utk anak murid
Saya mmg kagum dgn semangat pelajar ini.. moga beliau berjaya di dunia & akhirat dan menjadi contoh kepada generasi muda masa kini...
Saya harap2 sangat beliau maintai dgn imej yg beliau bawa sekarang ini dan tidak terpengaruh dgn dunia yg penuh cabaran sosial apabila menyambung pelajaran ke luar negara nanti..
** maintain (maaf salah eja)
Alhamdulillah, saya bangga dengannya. Macam anak abang saya yang faham kesusahan ayahibu yang berpendapatan rendah. Belajar rajin dan sekarang dah bljr kluar negara
salam kak..lama tak lawat blog akak ni..
betul kak..walaupun kemiskinan melanda keluarga ni,namun adik ni telah buktikan bahawa kemiskinan bukanlah penghalang untuk kita berjaya...bangga anak melayu..dan Islam..
Buat Mommy Lyna,
Terima kasih krn sudi singgah dan tinggalkan catatan..mmg benar tu..Moga2 Nur Madihah menjadi muslim terulung didunia satu hari nanti..Amin
Buat rahmanw,
Harap2 lebih ramai anak2 orang islam yg berjaya mcm dia..harap2 teori dan praktikal akan berjalan selari nanti krn ada yg pandai dibidang akademik tapi tidak begitu menyerlah didalam kerjaya..
Buat ijoks2009,
Betul tu..benarlah kata pepatah..kalau asal benih yg baik, jatuh kelaut menjadi pulau, ibubapa harus menjadi contoh yg terbaik sblm berangan mengharapkan mendapat anak2 yg cemerlang dan berhemah tinggi..
Buat a kl citizen,
benar tu..saya pun walaupun bukan guru selalu jadikan inspirasi kisah2 kejayaan oranglain kat anak2...
Buat Dida,
Benar tu..kak zai pun berharap mcm tu jua..wlu dimana kita berada asal masih ingat dimana bumi dipijak insyaAllah selamat...
Buat Maiyah..
Bertuahla mana2 ibubapa yg mendapat anak2 yg memahami..dulu saya pun tak faham kesusahan ayahibu mencari rezeki.dah kawin dan beranak pinak barulah tau mcmmn peritnya..
Buat Zawal...
Hehehe..jarang2 singgah tak mengapa..tapi jangan tak singgah langsung..kalau tak nanti blog akak sunyi...semoga kita semua dapat menjadi ibubapa yg terbaik dan mendidik anak2 menjadi anak2 yg cemerlang dunia dan akhirat tambah2 didunia yg penuh mencabar ini..
Minat yang terpupuk sendiri dari diri anak2,lebih membuatkan mereka lebih berusaha keras...berbeza dengan anak2 yang terpaksa di paksa belajar..Adik Nik Madihah ini, dikalangan yang pintar dan menngerti erti kesusahan ibubapa tapi ada juga ana2k kita yang lupa diri walaupun dah tahu dia di kolompok org susah.Ini perlu di perjelaskan pada anak bangsa Ku..Melayu tidak mudah lupa..INsyaallah
Terima kasih buat kak ct redtulip krn sudi memberi komen..
Mmg benar minat dan kesedaran perlu ada didalam diri setiap anak2 utk membolehkan beliau maju kerana wlupun dipaksa tapi tiada minat mmg kurang berkesan..
Tapi rasa2nya ramai anak2 org miskin berjaya kerana dibesarkan dengan kasih sayang dan keinsafan atas kemiskinan keluarga jadi tekad utk merubah kehidupan pasti ada tidak seperti anak orang kaya kurang sensitiviti tntg erti kepayahan hidup
Post a Comment