Thursday, June 18, 2009

KAUM NABI LUTH DI MALAYSIA ??







Gambar Satelit dan Gambar2 Penemuan Bukti Sejarah "Kaum Luth" di Kota Pompeii di suatu tempat dinegara Itali yang ditenggelamkan dengan kehendak Allah selepas letusan Gunung Vesuvius angkara perbuatan Kaum Nabi Luth yg ingkar dengan ajaran Nabi Luth dan mengamalkan "Homoseksual"... Wallahualam....

Aku perhatikan sejak2 akhir2 ini semakin banyak anak-anak muda malah org dewasa sendiri yg mula terjebak dengan gaya hidup songsang yg dilaknat oleh Allah dan RasulNYA atau lebih tepat lagi "Lelaki sukakan Lelaki (GAY) dan Wanita sukakan Wanita" (LESBIAN)...dan ia sudah merebak bagaikan virus H1N1 yg menular...Malah sebahagiannya dengan tanpa segan silu melakukannya dikhalayak ramai dan ada pula yg terang-terangan mengiklankan diri demi untuk tujuan kepuasan nafsu gila yg tak berpenghujung itu...DAN LALU AKU INGIN KONGSIKAN ARTIKEL INI sebagai PERINGATAN TERAKHIR untuk mereka2 yg telahpun jauh terpesong dari landasanNYA..Kembalilah ke Pangkal Jalan sebelum nasib kita juga akan menjadi seperti nasib KAUM LUTH yg dibinasakan satu masa dahulu seperti penemuan gambar2 diatas...
"Masyarakat Sadum adalah masyarakat yang rendah paras moralnya dan rosak akhlak. Masyarakat Sadum tidak mempunyai pegangan agama atau nilai kemanusiaan yang beradab. Maksiat dan kemungkaran bermaharajalela dalam pergaulan hidup mereka. Pencurian dan perampasan harta milik merupakan kejadian hari-hari di mana yang kuat menjadi kuasa sedang yang lemah menjadi korban penindasan dan perlakuan sewenang-wenang. Maksiat yang paling menonjol yang menjadi ciri khas hidup mereka adalah perbuatan homoseksual {liwat} di kalangan lelakinya dan lesbian di kalangan wanitanya. Kedua-dua jenis kemungkaran ini begitu bermaharajalela di dalam masyarakat sehinggakan ia merupakan suatu kebudayaan bagi kaum Sadum.

Hampir keseluruhan kaum ini mengamalkan gaya hidup songsang, iaitu melakukan hubungan kelamin sesama sejenis iaitu lelaki dengan lelaki yakni meninggalkan perempuan. Perbuatan ini merupakan sesuatu penyelewengan fitrah yang amat buruk. Nabi Luth telah menyeru mereka untuk menghentikan perbuatan tersebut disamping menyampaikan seruan-seruan Allah, tetapi mereka mengabaikannya dan malah mereka mengingkari kenabiannya. Akhirnya, kaum Nabi Luth dimusnahkan dengan bencana yang sangat mengerikan dan dahsyat. Kejadian ini berlaku pada kira-kira tahun 1800 sebelum Masihi.

Sewaktu fajar menyingsing, bergetarlah bumi dengan dahsyatnya di bawah kaki rakyat Sadum, tidak terkecuali isteri Nabi Luth yang munafiq itu. Getaran itu mendahului suatu gempa bumi yang kuat dan hebat disertai angin yang kencang dan hujan batu sijjil yang menghancurkan dengan serta-merta kota Sadum berserta semua pemghuninya . Bertebaran mayat-mayat yang dilaknat oleh Allah S.W.T di kota Sodom, dan hancurlah kota tersebut yang berada di laluan manusia yang lalu-lalang. Namun, masih ditinggalkan kesan-kesan kehancuran kota tersebut oleh Allah S.W.T, sebagai peringatan kaum yang kemudian yang melalui di jalan tersebut. Demikianlah kebesaran dan ayat Allah yang diturunkan untuk menjadi pengajaran dan ibrah bagi hamba-hamba-Nya yang mendatang..."







Share/Bookmark

7 comments:

DEPU-DEPU said...

Salam Zai,.

Perbuatan sonsang 'Gay' dan Lesbian ini amat dimurkai oleh Allah...kerana manusia diciptakan berpasangan...bayangkanlah biarpun nabi Adam diizinkan tinggal dalam syurga, namun baginda tetap merasa perlu untuk mendapat teman..Dan Siti Hawa diciptkan dari tulang rusuknya untuk menjadi teman pendamping...bukankah 'hawa' itu wanita...itulah naluri fitrah manusia...jadi, kenapa nak menyonsang fitrah ini?...semoga yang terlanjur dapat bertaubat kepadaNYA..Amin...

Ummu Mishkah said...

dulu zaman nabi2 lain Allah terus bagi hukuman atas dunia ni, tapi ummat nabi Muhammad ni Allah bagi keistimewaan tak dibalas terus.. tetapi kita kena beringat2, jauhkan diri dari perkara yang dilarang!

ZOOL@TOD said...

Bala Allah tidak turun kepada golongan yang ingkar perintah Allah sahaja sebaliknya kepada semua kaum tersebut. Wajib bagi kita mengingati atau menegah perbuatan tersebut jika tidak bala Allah akan turut mngenai kita.

Wallahhua'lam

Maiyah said...

Itulah sebabnya kalau kita lari dari akidah islam.. hanya pendekatan islam dapat mengawal penularan kes "homo" ni, tapi kita tak boleh mengelak dari tempias dunia moden.. dalam Quran pun ada mengambarkan zaman akan datang yang penuh kesesatan.. Ya allah kuatkanlah imanku,, Insyaallah..

Abd Razak said...

Satu peringatan dari Allah yang cukup menginsafkan diri, namun dewasa ini ramai manusia masih ingkar dan terus bergelomang dgn dosa "Lelaki sukakan lelaki dan wanita sukakan wanita."

Guru said...

astaghfirullahhil 'azim.....

zai said...

Buat :-
Depu-Depu,
Ummumishkah,
Zool@Tod,
Maiyah,
Razak dan
aklcitizen...

Terima kasih diatas komen2 yg diberikan, moga2 kita semua mendapat manfaatnya dan mengambil iktibar atas kisah benar2 para anbia...

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA