Monday, June 8, 2009

~AKU, DIA DAN KENANGAN~

Bila asyik membaca blog oranglain tentang kisah cinta yang lalu..sebenarnya aku turut mempunyai beberapa kisah cinta yg tak kesampaian yg pernah ku tempuhi...suatu waktu dulu aku boleh dikategorikan sebagai seorang gadis lincah yang peramah dan memiliki sifat "sense of humor"...aku mudah berkawan dengan sesiapa saja tak kira bangsa,agama dan kaum. Aku x pasti siapa cinta pertama dan cinta monyet kerana pada waktu itu aku baru berusia 19 tahun...Apa yang pasti aku tidak pernah memilih kawan, kaya atau miskin, tua atau muda, asal pandai mengambil hatiku semenya aku terima sebagai kawan ..tetapi lelaki yang tertarik dengan ku bukanlah kerana aku ni dikategorikan dalam golongan perempuan cantik tapi kerana sifat "sense of humor" dan happy go lucky yg aku miliki, aku boleh membuatkan seorang yang pendiam bertukar karektor menjadi banyak cakap..contoh yg terbaik adalah suamiku sendiri...Dulu kata ibu mertuaku dan kakak2 iparku, suamiku adalah seorang pemuda yang pendiam dan pemalu dan tidak pandai bergaul dengan perempuan tetapi setelah mengenali aku, aku telah mengubah penampilannya utk lebih berani berhadapan dengan orang lain dan menjadi lebih peramah..setiap pertemuan aku pastikan ada topik utk dibicarakan bagi menghidupkan suasana sehinggalah pada satu hari seorang pelanggan cina yang sering berurusan di Pejabatku dan juga merupakan kenalan rapat bosku meluahkan perasaan cintanya padaku. Pada ketika itu aku berusia 20 tahun dan usia beliau telahpun 30 tahun tetapi masih single dan dia memberitahuku dia jatuh cinta padaku semenjak kali pertama terpandangku sewaktu datang ke ofisku dan dia sukakan aku kerana aku begitu pandai menceriakan suasana dan dibibirku tidak pernah lekang dengan senyuman...Aku sangat terperanjat kerana tidak pernah seumur hidupku diminati oleh bangsa lain dan tiba2 pada satu hari aku menerima panggilan darinya dan beliau dengan tanpa berselindung memberitahuku ingin menjadikan aku teman istimewanya dan meminta aku merahsiakannya dari pengetahuan bosku kerana dia malu sekiranya perkara tersebut diketahui oleh bosku yg juga merupakan rakan karibnya. Aku terkedu seketika dengan pengakuannya tetapi dengan tertib memberitahunya yg aku telahpun mempunyai teman istimewa. Sebaik mendengar jawapanku, suaranya kudengar lemah dan begitu hampa dan selepas meminta maaf kerana mengangguku beliau telah meletakkan telefon dan semenjak dari hari itu tiada lagi panggilan yg kuterima darinya dan dia tidak lagi pernah hadir ke pejabatku..entah kenapa..sesekali perasaan bersalah menghantuiku.. dan aku merindui untuk menatap wajahnya lagi tapi terkenangkan kesetiaan yg tak berbelah bahagi oleh suamiku yg menjadi kekasihku pada ketika itu ..perasaan itu hilang dengan sendirinya..Aku pun tak pasti kenapa pada waktu itu disaat aku telahpun mempunyai teman istimewa ramai pulak yg menaruh hati tapi aku menolak cinta mereka dengan cara baik. Tidak lama selepas itu aku pun berkahwin dengan suamiku. Dan selepas 16 tahun berlalu... baru2 ini sewaktu aku dan suamiku sedang berjalan2 di Sunway Carnival Butterworth, tiba2 aku terpandang satu wajah yg pernah ingin mengetuk hatiku dulu sedang berpimpinan tangan dengan seorang wanita india yg tidak kurang jelita berwajah ala2 model bollywood dan 2 orang anak2 yg masih kecil, dia tampak bahagia dgn wanita itu yg aku yakin pasti isterinya.. Dia memang x perasankan aku kerana telah 16 tahun tidak bertemu.. tapi aku masih mengenalnya kerana raut wajah dan tubuh badannya masih tidak berubah, hatiku berbisik ...."Richard, i know, oneday u will find someone better than me, dah lah lagi cantik dari aku, klu x mesti kau nyesal kawin dgn aku..hmm nasib baik" ...Aku tetap bersyukur krn tidak silap membuat pilihan memilih suamiku srg lelaki biasa tidak sehebat kedudukan siDia kerana seandainya dia yg kupilih dulu, entah bagaimana keadaan ku sekarang, mampukah aku berpegang kepada ajaran islam sepenuhnya...Aku terus merangkul erat lengan suamiku dan berlalu dari situ, sengaja aku tidak memberitahu suamiku tentang dia kerana tidak mahu melukainya...past is past...let bygone be bygone... biarlah kenangan itu berlalu...

Share/Bookmark

5 comments:

Ariff Budiman said...

Salam.. Sebab itulah dalam islam bab jodoh ini Allah meletakkan agama paling diatas. Tanpa agama kita tak kemana. Bertuah anda mempunyai seorang suami yang baik dan bertuah suami anda sebab mempunyai seorang isteri yang sentiasa menjaga auratnya. Saya juga bertuah pernah satu ketika mempunyai seorang isteri yang cukup solehah

zai said...

Bertuah juga sy krn masih memiliki kawan2 yg masih sedar tntg betapa pentingnya AGAMA dlm masyarakat pada zaman ini..alhamdulilah..semoga kita ditetapkan iman dan berpegang teguh pada jalannya.

Kassim Selamat said...

Wah...menarik juga kisah cinta ini! Boleh jadi motivator cinta ni..

Setiap insan mempunyai kisah cinta silam kan! Teruskan mencintai suami hingga ke hujung nyawa.

zai said...

thks en kassim for the comments, mmg sy tllu menyintai suami sy krn dia srg yg lurus dn bgtu mengasihi keluarganya sbgmana en kassim sndr, tkadang sy plak yg terfikir apakah suami sy juga bahagia hidup bsma saya dn apakah lagi yg mampu sy lakukan utk membahagiakannya.. Doaku setiap kali sujud padaNYA... moga2 CINTA KAMI akan terus kekal sehingga kehujung nyawa.

Guru said...

bab cinta ni x pandai nk komen. antara buku cerita yg sy x baca dan wayang yg sy x tonton ialah kisah2 cinta...walau bagai mana pun, saya doakan zai berdua..skrg dah ber7 kan, bahagia di dunia ini dan akhirat nanti...amin

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA