Saturday, June 13, 2009

ADAKAH MASIH ADA ESOK BUATKU ?

"Anggota bomba yang bertungkus lumus membawa keluar mayat mangsa dari kereta yang remuk."


GRIK: “Arwah membuat keputusan pada saat akhir untuk pulang ke kampung sehari lebih awal bagi melakukan persediaan majlis pertunangan yang sepatutnya berlangsung esok (hari ini).“Majlis pertunangan Nor Azaliah terpaksa ditukar menjadi majlis tahlil dan kejadian ini satu dugaan paling hebat pernah dihadapi keluarga kami kerana saya kehilangan dua anak serentak serta tiada kata yang mampu gambarkan perasaan sedih saya,” kata Mat Zaman Abdullah Sa’audi, 59.Mat Zaman kehilangan dua anaknya apabila Nor Azaliah, 31, dan Mohd Shahril, 30, terbunuh selepas Proton Perdana V6 dipandu Mohd Shahril dirempuh sebuah bas persiaran di Kilometer 113, Jalan Raya Timur-Barat berdekatan Bukit Megat Terawis di Lawin, dekat sini, awal pagi semalam.

Dua beradik itu yang tinggal bersama di Seksyen 25, Shah Alam, Selangor dalam perjalanan pulang ke kampung mereka di Felda Papulut, dekat sini, untuk majlis pertunangan Nor Azaliah yang dijadualkan berlangsung hari ini.

AKU BARU TERBACA KERATAN AKHBAR HARIAN METRO BERKENAAN KEMALANGAN YG TRAGIS INI..pastinya kita sebagai insan yg kerdil didunia ini tidak mengetahui bilakah saat nyawa akan diambil, adakah disaat sedang nyenyak tidur, sedang bekerja, sedang makan, sedang menonton TV, sedang leka membuat maksiat atau ketika sedang leka melayari internet.. dan sesungguhnya saat Kematian yg menjadi rahsia Allah sangat menakutkan aku untuk menempuh saat itu..YA ALLAH, jgnlah kau cabut nyawaku disaat aku belum sempat bertaubat diatas segala dosa-dosaku. Kau matikanlah aku didalam keadaan aku masih beriman dan berpegang pada jalanMU...

Share/Bookmark

3 comments:

ZOOL@TOD said...

Saya teringat Allahyarham abang saya yang sempat membeli pakaian untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri sebulan sebelum Ramadhan tahun lepas. Saya bertanya "kenapa awal sangat shopping raya Cho?". Dia kata nanti senang, tak payah nak shopping dah. 2 minggu berikutnya beliau menghembuskan nafas terakhir selepas solat tahajjud sebelum beliau sempat ke masjid untuk solat subuh.

Kita kena selalu ingat akan mati supaya kita terhindar dari perkara maksiat dan sentiasa ingat dan beribadah kepada Allah.

Guru said...

semoga perginya kita nanti dalam rahmat dan ampunan Allah... Amin

hentian said...

hargailah hari ini kerana esok belum tentu milik kita.

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA