Tuesday, June 9, 2009

~ERTI JELINGAN AYAH~

(Di adaptasikan dari sebuah kisah benar - sekadar untuk selingan)

Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.
****************************************************************************
Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam ......

Share/Bookmark

5 comments:

y said...

ahahahhahah, jab..jab..tengah bayangkan..ahahahahaha..adoiyai, saket perot pepagi buta ni..

Tirana said...

hehehe...budak-budak...apa yang dia tahu kalau kita tak bagitahu..ye tak?

Guru said...

citer best...

tapi, budak2 sekarang, perasan tak, kita jeling camana pun, diorang buat donno je.. x macam kita dulu ya...

zai said...

to myfr3ak...

hehehe..gelak2 jugakkan tapi mesti ada pengajaran kat situ kan..

to Tirana,

rasa2nya budak2 dulu lebih berdisplin dari budak2 zaman sekarang kan ?? Jeling jer pun dah faham maksud..

to a kl citizen,

mmg betul sgt2 ckp cikgu, bebudak sekarang yg advance adalah sikap kureng asam diaorang tu jer..zaman paling mencabar utk mendidik anak2 rasanya

kak ja said...

Menjeling, berdehem.. itu antara cara2 mak ayah kita dulu.. Itupun sdh cukup utk buat kita gerun.. Bebudak skg, waaahhhh!! Sgt2 mencabar kesabaran!!

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA