Gambar 1 (Kiri) : Gengis Khan Gambar 2 (Kanan): Kublai Khan
(Agaknye rupa kaum yakjuj dan makjuj nanti mcm ni ker ???)
Terdapat banyak hadis kuat yang membicarakan mengenai Yakjuj dan Makjuj tetapi terdapat juga perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai ciri-ciri bangsa itu yang tidak diterangkan nas. “Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah. “Ulama juga cenderung mengatakan Yakjuj dan Makjuj berasal dan dikurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran ayat ke-90 dari surah al-Khafi yang menyebut Zulkarnain sampai ‘di tempat terbit matahari’ iaitu timur dunia,” katanya. Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul manakala lokasi tahanan mereka adalah kawasan pergunungan luas Caucasus. Beliau berkata, kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia manusia oleh Allah SWT menerusi tembok dibina Zulkarnain itu. Katanya, tugas bangsa itu setiap hari sejak ribuan tahun lalu adalah mengorek tembok itu untuk tembus ke dunia manusia tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembali meneguhkan benteng berkenaan sehinggalah hampirnya hari kiamat. “Allah akan mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj dan Makjuj bebas ke dunia manusia apabila hampirnya kiamat dan peristiwa itu menjadi satu daripada 10 tanda besar kiamat,” katanya. Yakjuj dan Makjuj juga muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh Nabi Isa AS dan bangsa itu akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan mereka dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa yang mampu menewaskan kumpulan itu. “Nabi Isa AS memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj; baginda kemudian berdoa kepada Allah SWT dan Allah membinasakan mereka dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan golongan itu sehingga mati. “Selepas bangsa Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah mengutuskan seekor burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat itu dari bumi,” katanya. Menyoroti dalil kewujudan Yakjuj dan Makjuj, manusia seharusnya yakin mempertahankan akidah Islam dan tidak bertangguh memohon keampunan dan keredaan Allah kerana mereka yang masih lalai adalah golongan yang diterangkan dalam surah an-Anbiyaa’ di atas seperti firman-Nya: “(Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.” FAKTA Yakjuj dan Makjuj Ketika kemunculannya, mereka dikatakan akan menuju ke sebuah tasik di Palestin dan akan minum air tasik itu sehingga kering. Memiliki zuriat yang ramai dan dikatakan tidak akan mati sehingga melahirkan lebih 1,000 zuriat. Tiada siapa mampu menewaskan mereka dan hanya binasa dengan kekuasaan Allah. Muncul selepas turunnya Nabi Isa AS dan Dajal. Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan kebimbangannya apabila pada zaman baginda, Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya menebuk benteng Zulkarnain sebesar bulatan dibentuk ibu jari dan jari telunjuk..
...wallahualam...
7 comments:
takut nak berhadapan dengan yakjuj dan makjuj ni serta dajjal...
semoga Allah melindungi kita.amin
Yer.. moga Allah melindungi kita dari fitnah Dajjal.. ada hadith ttg amalan membaca surah al-kahfi setiap hari jumaat akan mengelakkan dari fitnah dajjal ni..
buat klcitizen dan ummumishkah..
semoga kita terselamat dari fitnah dajjal..buat ummishkah..terima kasih diatas nasihat yg berguna tu..
info berguna,banyak hadis menceritakan malapetaka akhir zaman, antaranya yakjuj dan makjuj,ada satu hadis yang menyenaraikan kejadian kejadian sebelum kiamat,kalau ikut dari senarai tersebut ada yang sudah bermula.
Salam...Akan pecahlah tembok yang menghalang yakjuj & makjuj ke dunia atas keizinan Allah SWT bila manusia keseluruhannya sudah melupa segala suruhan Allah & byk berlakunya kemungkaran di muka bumi
Salam.
Semalam ada dengar teori dari seorang minister kristian di History Channel.
Katanya, gog & maggog (yakjud & makjud) yang disebut dalam Injil sebenarnya VISA & MASTERCARD yang merosakkan umat manusia.
Buat Azani,
Kita sebenarnya sudah dkt benar dgn penghujung umur dunia...tidak mustahil kiamat akan berlaku tidak lama lagi..sama2lah kita berusaha untuk menjadi hambanya yg terbaik..
Buat Razak,
Kalau dizaman rasulullah sudah terbentuk lubang sebesar diantara ibu jari dan jari hantu..apatah lagi dizaman kita ya setelah beribu tahun ditinggalkan oleh rasulullah s.a.w....mungkin benar kata sdr temboknya sudah hampir pecah..
Buat Zaidi ali...
Itu pendapat kajian org kristian mengikut pandangan mereka tersendiri..bagusnya kita tidak perlu berteka teki kerana AlQuran dan hadis itulah mukjizat terakhir yg masih kekal sehingga kini sbg panduan semua umat..
Buat semua yg memberi komen...terima kasih banyak2..sy bersyukur mempunyai rakan2 seperti anda...
Post a Comment