Saturday, June 27, 2009

ISU PEGANG BABI - APA KOMEN ANDA ?

Kecoh satu dunia internet Malaysia berkenaan dengan photos 2 orang adik kita dari sebuah U di sebuah kandang babi, atau nama manjanya khinzir. Dalam photos tersebut ada beberapa pose pose yang menarik yang digayakan oleh mereka ni. Kebanyakkan respond tak kira lah thru email ke, forum ke atau apa-apa sajalah kebanyakkannya menghentam dan berpandangan negative. Apa yang menariknya, kebanyakkan tukang komen dan tukang-tukang tambah cerita tu mengulas sekitar tentang haram pegang babi dan anjing.


OK kita baca penjelasan panjang lebar dari seorang hamba Allah berkenaan dengan isu ini semoga kita semua mendapat ilmu dari apa yang telah beliau tulis.

Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & babi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Kepada yang berkenaan, Semoga sentiasa dalam lingkungan rahmat dan kasih sayang Allah swt. Saya merasa terpanggil untuk memberikan sedikit maklumbalas berkenaan beberapa gambar yang diedarkan menerusi internet yang menunjukkan seorang siswi Fakulti Perubatan Veterinar UPM yang bergambar berdekatan serta memegang/menyentuh anjing dan babi.



Email ini saya tulis secara panjang lebar dengan harapan huraiannya dapat difahami dengan jelas dan tidak disalah tafsirkan. TETAPI buat mereka yang tidak mempunyai masa yang banyak untuk membaca cukuplah saya katakan

TIADA APA-APA MASALAH PADA GAMBAR TERSEBUT!. IA TIDAK MENGHINA ISLAM SEBALIKNYA MENERANGKAN BAHAWA UMAT ISLAM BOLEH MENYENTUH ANJING DAN BABI. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH UNTUK MENGURUSKAN KESELESAAN HIDUP HAIWAN INI DENGAN MEMASTIKAN KEBEBASAN DAN KESIHATANNYA TERJAGA.

Tiada nas yang mengatakan menyentuh anjing dan babi itu haram. Yang haram ialah memakannya. Kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ini. Kedua-duanya adalah ciptaan Allah, dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia, sebaliknya setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk dipandang hina oleh umatnya?



Sebelum meneruskan perbincangan, izinkan saya memberi sedikit pengenalan diri, saya merupakan salah seorang graduan Doktor Perubatan Veterinar tahun 2006. Kini menyambung pelajaran dalam bidang master fisiologi di Fakulti Perubatan Veterinar UPM semester pertama. Sebelum ini, bersekolah di Sek. Men. Keb. Agama Kuala Selangor.

Saya bukanlah orang yang paling sesuai untuk memberi penjelasan kerana yang terbaik adalah mereka yang mendalami ilmu agama agar dapat menjelaskan dengan menyatakan nas-nas serta tafsiran yang tepat serta mendalam. Walaubagaimanapun saya akan cuba menjelaskan dengan pengetahuan agama sedikit yang saya ada dan hasil daripada perbincangan secara peribadi dengan ustaz-ustaz serta seminar yang pernah kami adakan di fakulti sendiri berkenaan dengan isu ini.



Pertamanya, sebagai seorang doktor veterinar (doktor haiwan)sememangnya kami mungkin akan berhadapan dengan situasi merawat anjing atau babi. Bagi doktor veterinar atau ringkasnya vet, yang bekerja di klinik-klinik haiwan kebanyakannya akan merawat anjing dan juga kucing. Walaubagaimanapun terdapat sesetengahnya yang menghadkan rawatan kepada kucing sahaja.

Berkenaan dengan babi, kebiasaannya tiada vet muslim yang akan bekerja di ladang ternakan babi. Walaubagaimanapun, bagi vet yang bekerja di jabatan perkhidmatan haiwan,adakalanya mereka akan ke ladang ternakan babi untuk membuat pemeriksaan bagi memastikan ladang tersebut mengamalkan amalan pengurusan ladang yang baik supaya bebas daripada penyakit- penyakit berbahaya seperti penyakit Nipah yang merebak pada tahun 1999 yang turut membahayakan nyawa manusia. Terdapat juga vet yang bekerja di makmal yang memproses sampel-sampel yang datang daripada babi atau anjing seperti darah, najis, organ-organ dan sebagainya.



Justeru, dalam kurikulum Doktor Perubatan Veterinar, pelajar akan terlibat mengendalikan anjing dan babi. Bermula dengan organ-organ haiwan tersebut dalam amali bagi subjek anatomi dan fisiologi sehinggalah kepada mengendali, merawat dan membuat post mortem terhadap haiwan tersebut secara seluruhnya apabila memasuki tahun para-klinikal dan klinikal.

Secara umumnya saya bersetuju dengan perkataan desensitization yang digunakan oleh salah seorang yang menghantar email tersebut kepada saya. Sebagai vet, proses ini perlu kerana kami tidak sepatutnya jijik untuk merawat pesakit kami kerana itu merupakan tanggungjawab kami yang juga terkandung dalam ikrar yang dilafazkan oleh setiap vet ketika bergraduan.



Apabila memasuki tahun ke 4, pelajar vet akan mengikuti subjek pengenalan terhadap klinik. Dan subjek klinik pada tahun ke 5. dalam kedua-dua subjek ini pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang kecil dan kumpulan-kumpulan ini akan bergilir membuat praktikal dalam amalan-amalan yang telah ditetapkan.

Pelajar-pelajar ini akan membuat praktis selama seminggu dalam setiap amalan. Amalan-amalan ini termasuklah amalan haiwan kesayangan yang melibatkan rawatan terhadap anjing dan amalan ternakan babi yang memerlukan pelajar ke ladang ternakan babi untuk membuat pemerhatian, diagnosis penyakit serta rawatan.


Daripada apa yang saya lihat, gambar-gambar yang diedarkan menerusi internet itu adalah gambar yang diambil oleh pelajar ketika praktikal sama ada dalam subjek pengenalan klinik atau subjek klinik ini. Pada pandangan saya, pelajar itu berkongsi gambar gambar tersebut secara umum dalam internet bukanlah bertujuan menghina agama atau sebagainya, sebaliknya sekadar berkongsi suatu pengalaman yang mungkin tidak dilalui oleh orang ramai.

Berkenaan dengan isu menyentuh, memegang, merawat anjing dan babi yang dikategorikan sebagai najis mughollazoh iaitu najis berat dalam feqah, ianya bukanlah haram seperti mana yang dikatakan oleh sesetengah masyarakat melayu.


Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana saya sebagai seorang muslim boleh menyentuh anjing dan babi yang haram disentuh?. Berdasarkan pelajaran feqah yang saya pelajari sejak sekolah rendah agama hinggalah sekolah menengah, menyentuh najis mughollazaoh tidak haram.


Apa yang dinyatakan oleh hukum feqah ialah apabila kita menyentuh najis mughollazoh kita dikehendaki menyucikannya dengan bersamak iaitu membasuh dengan air yang telah dicampurkan dengan tanah sekali dan membilasnya dengan air mustamal (air yang bersih dan suci) sebanyak 6x. Yang haram berkaitan dengan anjing dan babi ialah memakannya bukan menyentuhnya.


Sebagai seorang melayu, saya maklum pandangan masyarakat melayu yang merasakan geli atau jijik terhadap anjing dan babi. Mungkin ini adalah disebabkan nilai yang diwarisi daripada ibubapa yang mungkin berasal daripada usaha untuk mengelak daripada tersentuh anjing dan babi yang mana proses menyucikannya dilihat sebagai agak leceh dan jika tidak dilakukan akan menjejaskan ibadah.

Saya sendiri, walaupun telah jelas berkenaan dengan hukum menyentuh anjing dan babi, merasa kekok dan sedikit geli apabila kali pertama memegang jantung babi apatah lagi ketika kali pertama mengangkat anjing untuk diletakkan di atas meja pemeriksaan yang mana tekniknya memerlukan kita merapatkan badan anjing tersebut ke badan sendiri kerana itu merupakan teknik yang selamat bagi mengelakkan kecederaan yang tidak dingini dalam proses mengangkat tersebut. Namun, kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ciptaan Allah ini.

Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk dipandang hina kerana itu ianya diistilahkan sebagai najis berat? Jika ya mengapa terdapat hukum feqah yang menyatakan haiwan buruan yang dibunuh oleh anjing buruan yang terlatih halal dimakan dengan syarat pemburuberniat kerana Allah ketika melepaskan anjing buruan tersebut. Bagaimana pula dengan kisah seorang pelacur yang diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan kasutnya?

Anjing dan babi juga merupakan makhluk ciptaan Allah yang mana termasuk dalam tanggungjawab manusia sebagai khalifah di mukabumi untuk menguruskannya. Sebagai makhluk ia juga seperti manusia memerlukan makanan apabila ia lapar, minuman apabila haus dan ia perlukan rawatan apabila ia sakit, walaupun mungkin dari sudut keutamaannya berbeza dengan manusia.

Justeru saya melihat apa yang dipelajari oleh vet berkenaan dengan anjing dan babi serta kewajipan merawatnya termasuk dalam perkara fardhu kifayah dan ia memenuhi sebahagian tanggungjawab manusia sebagai khalifah.Walaubagaimanapun menjadi tanggungjawab vet untuk mengetahui tuntutan agama yang perlu dipenuhi dalam kerjayanya.

Vet dan pelajar doktor perubatan veterinar perlulah berhati-hati dan tidak sambil lewa dalam soal kesucian tubuh badan dan pakaian kerana ianya akan menjejaskan ibadah. Yang terbaik ialah mengasingkan pakaian kerja dengan pakaian harian terutamanya pakaian untuk solat jika tidak mahu menyamak pakaian kerana khuatir pakaian akan rosak dan sebagainya.

Bagi orang awam pula tidak perlu risau kerana najis ini tidak berjangkit maksudnya jika seorang vet hanya membasuh tangannya dan telah membersihkan zat najis tersebut selepas bertugas tetapi masih belum menyamak tangannya, ia tidak berjangkit jika anda bersalaman dengannya kerana tiada zat najis (warna, bau dan rasa) pada tangan vet tersebut.

Tetapi vet tersebut perlu menyucikan tangannya dengan bersamak sebelum solat. Hal yang sama jika anda bersalaman dengan orang bukan Islam yang mungkin memelihara anjing di rumahnya. Begitu juga dengan tapak kasut anda yang memijak mukabumi yang pernah dipijak oleh anjing atau babi. Tidak perlu risau dan terlalu was-was selagi tiada zat najis.

Walaubagaimanapun terdapat cadangan daripada sesetengah ustaz untuk menyamak seluruh badan sekali sekala bagi orang awam dan mungkin berkala bagi vet seperti sebulan sekali supaya jika terdapat najis mughollazoh pada badan yang tidak diketahuinya, ia dapat disucikan. Namun saya kira ini adalah sekadar satu pandangan bukan kewajipan yang baik untuk mereka yang was-was praktikkan.

Sebenarnya terdapat pelbagai persoalan - persoalan yang timbul yang berkait dengan kerjaya vet seperti bagaimana vet muslim merawat kuda yang terlibat dalam lumba kuda, apakah hukumnya?, bagaimana pula dengan bayaran upah perkhidmatan yang diterimanya? adakah ianya halal? Begitu juga jika vet muslim memberi perkhidmatan nasihat untuk memperbaiki usaha perladangan babi, bagaimanakah hukumnya? Adakah ianya berdosa kerana membantu orang memakan babi?

Bagaimana jika membuat pembedahan yang panjang sehingga terlepas solat? Adakah sama seperti pembedahan manusia yang membolehkan solat tersebut dijamakkan?Banyak lagi soalan-soalan yang datang samada daripada orang awam, dikalangan vet atau pelajar vet sendiri yang saya sendiri tidak mampu menjawabnya dengan ilmu agama yang cetek ini.

Saya kira perkara yang sama juga berlaku atau akan berlaku dalam bidang kerjaya anda jika anda mencarinya ini kerana Islam itu adalah cara hidup yang syumul, elemennye terdapat dalam semua bidang, dan yang indahnya, Islam sudah pun ada jawapannya, terpulang pada kita untuk menyelidik dan memahaminya dengan panduan dan tunjuk ajar daripada mereka yang ahlinya.

Akhirnya, sebagai seorang muslim, marilah kita bersama mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan salah faham masyarakat khasnya masyarakat melayu berkaitan dengan isu ini. Perkara ini banyak dipertikaikan oleh masyarakat yang bukan Islam terutamanya mereka yang kuat memegang nilai kebajikan haiwan. Seorang senior saya dalam projek tahun akhirnya yang berkenaan dengan kebajikan haiwan, menjalankan satu soal selidik. Salah satu daripada soalannya adalah jika anda melihat seekor anjing yang tersepit kakinya, adakah anda akan menolong melepaskan kakinya?

Nyatakan alasan bagi setiap jawapan anda. Sebagai seorang muslim saya merasa sedih dan malu apabila terdapat satu jawapan yang menyatakan Tidak, kerana saya seorang Islam .Senario ini harus kita ubah kerana sebagai seorang Islam kita perlu menjaga 3 hubungan iaitu hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan makhluk yang lain.

Sesungguhnya Islam itu syumul, segalanya sudah pun digariskan panduannya, terpulang kepada kita untuk mencari, memahami dan mengamalkannya. Wallahualam .Saya mengalu-alukan mereka yang ingin mengemuka pandangan, memperbetulkan fakta atau berkongsi maklumat baru berkenaan dengan hal ini.

Anda bolehlah menghantar email kepada lapanjuta@yahoo.co.uk.
Sekian moga bermanfaat untuk semua.

Dr. Mohd Dzulhamka Kamaluddin
DVM,

UPM Disemak oleh,
Prof. Dr. Rasedee Abdullah
Pensyarah
Fakulti Perubatan Veterinar
Universiti Putra Malaysia

(artikel ini dipetik 100% dari addyra.net)


Share/Bookmark

21 comments:

Tirana said...

Setuju dengan apa yang dikatakan email tersebut. Yang diharamkan adalah memakan dagingnya sedangkan menyentuh, kita perlu menyamak kerana anjing dan khinzir adalah najis berat.

PeNaRi LaUt said...

Salam...aku cam simpati kpd semua VET...berusahalah kalian mencari dan gali segala hikmah HARAMNYA...daging BABI...

Ummu Mishkah said...

yer yg haram memakannya, sentuh blh disamak.. dah nature budak2 tu berhadapan dgn golongan ni.. tapi nape perlu berposing bagai nak rak dgn sang babi itu.. tu yg mushkil tu..

Anonymous said...

Ummumishkah,

"tapi nape perlu berposing bagai nak rak dgn sang babi tu.."

pada pandangan saya, jika seseorang suka dan minat mengenai sesuatu perkara yang dia lakukan, dia akan mengabadikan sebagai kenangan yg tdk dpt dilupakan sedangkan jika kita tak suka dgn sesuatu perkara tu,kita pasti akan pertikaikan ia. itulah yg berlaku kepada budak vet tersebut. Saya menghormati minat dan bidang nya cuma masyarakat melayu kita saja yang fikirannya tidak terbuka dalam hal ini.

wallahualam.

Abd Razak said...

Salam, menyentuh babi tidak berdosa cumanya perlu disamak selepas memegangnya, akan tetapi menyentuh orang bukan mahram berdosa perlu kepada bertaubat, kenapa hari ini remaja yang belum diakad nikahkan berdua-duaan berpegang tangan tidak dipertikaikan

Guru said...

saya setuju dengan ummumishkah....

saya nampak tak perlu kita bising2 bab pegang babi ke anjing ni... cumanya bebudak ni perlu lebih hormat pada pemahaman kita ... memegang bila perlu, bukan memegang dan memeluk untuk berposing, seolah2 megah kerana berjaya memgang kedua2 makhluk Allah itu..

en razak pun saya setuju... kalau dah nak bincang bab pegang mmegang ni baiklah kecohkan pegang memegang bukan mahram

zai said...

Buat semua yang telah sudi memberi komen..
Terima kasih...semoga masyarakat kita lebih jelas berkenaan hukum memegang babi dan anjing dalam ertikata yang sebenarnya disamping terus menimba ilmu agar mendapat pemahaman yang lebih jelas berkenaan hukum dalam Islam apatah lagi dlm keadaan masyarakat yang semakin jauh dari landasan yg sebenarnya...

BUJANG SUSAH said...

Salam.. Aku hormati pendapat semua. Seperti hukum membela anjing. Ia dibolehkan jika kita gunakan anjing itu untuk pemburuan dan menjaga harta benda atau hasil tanaman. Tp yg salahnya jika kita bela nak buat saja timang2 mcm anak org.

X kiralah klau budak2 tu dah memang dia belajar bab tu. tp pandangan dari aku x payahlah nak berposing sakan. X payah la nak berbangga dengan bendaalah najis tu walaupun x salah untuk mengkaji atau mempelajari akan sesuatu itu.

Dunia menuju ke akhir zaman. sesuatu yg menimbulkan keraguan dan menjurus lebih kepada haram dan dosa dianggap unik dan indah. Seperti yg kita tahu. Tahi itu najis. kita memegang najis bila beristinja. Bolehkan kita setuju dan berkata "x apa" bila ada org buat program sukan dengan membaling2 najis seperti membaling2 lumpur? sbb itu kan untuk suka2 jer.. bukan untuk dimakan pun. sbb kita boleh bermain2 dgn najis.. cuma x boleh makan jer.. lepas tu basuh la tangan.. x payah susah2 nak samak lagi.. wallahualam.

zai said...

Buat Bujang Susah,
Saya bersetuju dengan pandangan anda juga, ia hanya dibolehkan kalau atas tujuan kajian dan perubatan dan tidak boleh langsung utk dijadikan sebagai barang permainan dan sekadar utk bersuka-suka utk memegangnya kecuali didalam keadaan yg tertentu, masih banyak binatang yang dihalalkan utk kita memegangnya...

Anonymous said...

Salam.

Pegang boleh...samak je lah seluruh tubuh.
Makan je tak boleh...kecuali 'darurat' (sesat dalam hutan, tiada makanan lain utk terus hidup dgn syarat tidak melampaui batas atau makan sekadar untuk ambil tenaga.)

rahmanw said...

salam....
tak salah pegang,tapi salahnya macam bangga berposing ngan menatang najis berat tu....

rahmanw said...

salam....
yang ni pun bebudak "vet" ke kak zai...hehehehe

http://www.carigold.com/portal/forums/attachment.php?attachmentid=24346&stc=1&d=1204008878

http://www.carigold.com/portal/forums/attachment.php?attachmentid=24347&stc=1&d=1204008878

http://www.carigold.com/portal/forums/attachment.php?attachmentid=24348&stc=1&d=1204008878

Unknown said...

Saya setuju dengan pendapat bujang susah.Memegang tidak haram tapi cara posting tu yang mengundang fitnah.

X kiralah klau budak2 tu dah memang dia belajar bab tu. tp pandangan dari aku x payahlah nak berposing sakan. X payah la nak berbangga dengan bendaalah najis tu walaupun x salah untuk mengkaji atau mempelajari akan sesuatu itu.

pecinta_Islam said...

mmg x salah..dan tiada pula termasuk dalam dosa klu memegang babi melainkn memakannya shja..cuma dlm islam just g tau kne samak klu kte pegangnye..dr segi adat melayu je ianya bercanggah.mybe gmbr ni sbnrnye gmbr peribadinya.cuma tersebar..mcm blaja untuk ilmu x salah pun..tp klu amek gmbr tuk berbangga tu x leh la..sbgi contoh,amek gmbr tepi botol arak.sme2 haram kn.cuma arak klu kne kt tngn just kne basuh je.x yah samak.tp ape motifnye berbuat demikian walaupun x minum..samala jgk isu babi..babi kn bnda haram,x leh mkn,klu snth kne samak..jd x perlu la nk amek gmbr nga bnda2 haram smpi ke camni.siap posing2 lg.apa motifnye??..kesan yg nyata bleh menimbulkan fitnah..tngk..kn skrng dh kne fitnah mcm2..so kpd semua beringat sblm kne...

pecinta_Islam said...
This comment has been removed by the author.
pecinta_Islam said...

Allah mengharamkan kita untuk memakan daging babi dan mewajibkn pula untuk kita menyamak jika memegangnya..jadi tiada sebab untuk kita mengambil gmbr kenangan dngn bnda yg terlarang ini.tambah2 lg untuk suka2..sememangnye tidak berasas..jngnlah kita memecah tradisi untuk melakukan sesuatu perkara yg orang beriman tidak lakukan....

Unknown said...

Saya baa semua komen orang.Dan saya terkasima baca komen abd Razak...

Sentuh babi tak dosa tapi kena samak,manakala jika kita sentuh org bukan mahram dgn sengaja.maka jelas dosanya!

Orang duk sibuk pasal isu pegang babi,tapi adik kita,sepupu kita atau kita sendiri yg pegang tangan awek or pakwe kita,kita tak peduli pun utk bertaubat!

Papepun,sy setuju dgn pendapat syahbandar87 iaitu hati-hati dgn fitnah.Contoh jika bergambar dgn boto arak tapi tak minum,kita akan menimbulkan fitnah...

Semua manusia hatta doktor haiwan pun pelu menuntut ilmu agama juga~ =)

Anonymous said...

I am sure this artiсle haѕ touched all the internet
users, itѕ reаlly really good paгagraph on building up
nеw wеb site.

My web ѕite - Bucket truck

Anonymous said...

I lovеd as much as you'll receive carried out right here. The sketch is attractive, your authored subject matter stylish. nonetheless, you command get bought an nervousness over that you wish be delivering the following. unwell unquestionably come more formerly again since exactly the same nearly very often inside case you shield this hike.

My website: http://www.insurancedallascar.com

Anonymous said...

Keep this going pleаse, great job!

Feel free to visit my ωеbpage: how to use tens units

Anonymous said...

I've read a few excellent stuff here. Definitely price bookmarking for revisiting. I surprise how so much attempt you set to make one of these fantastic informative web site.

My web blog; Irving Taxicab
my site - irving taxicab

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA