Monday, June 29, 2009

KALAU DIMADUKAN JANGAN TUNJUK JAGUH

Aku dan suami sebenarnya bagai isi dan kuku walaupun terkadang sesekali tu ada juga terjadi macam isi dan kulit...tersiatla juga..tapi sejak akhir2 nie..aku perasankan suami aku ni sejak aku dimadukan dan dia dapat isteri kedua, suamiku dah mula kurang pedulikan aku..lebih banyak masa bersama isteri keduanya..siapa tak sakit hati kalau balik kerja, suami asyik berkepit dengan isteri muda jer..pastu berani pula depan mata aku dia dengan bangganya membelai dan menggosok-gosok ISTERI MUDAnya yang perasan dah JAGUH tu. dengan penuh kasih-sayang...Sewaktu dia minta izin nak meminang si Jaguh ni, aku dah terfikir pasti takder chancela lepas ni aku nak merasa bersahabat dengannya secara one to one sbb tak sesuai dengan naluriku sebagai seorang wanita tetapi disebabkan kecintaan suamiku yang begitu mendalam padanya, kukorbankan jua perasaanku demi untuk suamiku., mungkin buat masa sekarang, aku harus beri sedikit ruang untuk mereka bermesra, maklumlah benda baru....apapun aku harus bersabar kerana aku pasti satu hari nanti suamiku pasti jemu dengan isteri keduanya tu dan dia akan kembali padaku kerana aku nikan ISTERI TUA .....

Lagi satu aku kalau merajuk masih boleh dipujuk2 dengan kata-kata tapi kalau dengan si JAGUH tu nanti dia nak layanke kalau dia merajuk dan suami aku cakap I LOVE U ?

Share/Bookmark

23 comments:

Tirana said...

hehehe...biar dimadukan dengan benda jangan dimadukan dengan wanita lain..

ZOOL@TOD said...

Bertuah suami puan dapat "Jaguh". Saya nak beli motor besar sikit tapi ditentang keras oleh isteri saya. :(

Hanisham Ab Halim said...

Salam Kak..
Ok lah tu dimadukan ngan Cik Jaguh. Tak lama lagi slow lah tu.....

Abd Razak said...

Salam...dpt madu camtu oklah suami tetap duduk di rumah, takder giliran di rumah madu :)

Aidil Fadzil said...

Salam..Kalau itu yang membuatkannya berbahagia, berikanlah luang-luang itu untuknya berbuat demikian.Pasti ada kenikmatannya.

DEPU-DEPU said...

salam Ziarah....

Punya tkjuttttt ! fikir madu betul...tak apalah yg penting jaguh 2 tak sejaguh u.....

AzMaslenda said...

kak.. biarlah kita sama2 ngan dia berminat ngan apa yang dia minat tu.. kak bonceng lah dia petang2. mesti best punya.

shan said...

hikhikhik ingtkan serius kene madu.. camtu la kak saya ni dimadukan dengan keto.. wakaka

Ummu Mishkah said...

hahahaha, bermadukan motor rupanyer...

Guru said...

nasib kita agak2 serupa la zai... madu saya namanya kawasaki ninja...

zai said...

Buat Tirana,
hehehe...bermadu dengan moto ni pun dah cemburu camne le yea kalau bermadu dengan manusia...

zai said...

Buat Zool..
Agaknya isteri Zool pun takut jadi macam saya jugak kot heheehe..

zai said...

Buat Webmaster, harap2 nanti macam tula..selalunya mcm tula..klu dapat barang baru, seme orang mcm tu juga agaknya..akak masih sabar nie hehehe

zai said...

Buat Razak...
Kalau betul dimadukan, hai lagi parahlah sbb dah tambah satu lagi bini baru..:)

zai said...

Buat Aidil Fadzil..
Itula saya baru nak belajar memahami..

zai said...

Buat Depu-Depu,
Terkejut ke ??? hehehe..sesekali kena buat kejutan juga..JAGUH tetap JAGUH saya jer dah tak sejaguh dulu kot...

zai said...

Buat AzMas,
Akak segan nak naik moto tu sbb kawan2 dah panggil M.Rajoli kat suami akak..hehehe

zai said...

Buat Moy,
Itu baru training belum betul2..kalau betul2 bermadu, jadilah cerita MADU 3 hehehe

zai said...

Buat Ummumishkah..
Itulah madu saya yg cuba nak jadi JAGUH...hahaha

zai said...

Buat A kl citizen..
Yeke kita serupa ? takpela camtu rasa lega sikit hati ni..

Anonymous said...

Salam Zai.
oooo...mcm tu. Semua 'isteri-isteri muda' telah saya ceraikan dengan Talak Satu, 15 tahun lalu. Sekarang 'maintain' dgn isteri "tua". "Tua" sebab umo dia skrg 40 th 6 bulan, saya 39 th 11 bulan.

zai said...

Buat Zaidi ali,
Oh..saya suke dengar camtu..ini baru dikatakan suami yg menghargai barang antik kat umah tu hehehe..

::Umiliya6677:: said...

heheheh reman bulu roma ku..ingat kan betoi2..errm baik sungguh istri no 1 niiiiiiiii

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA