Orang Yang Baik Berkurangan Sedang Yang Jahat Bertambah Banyak;-Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik";- (Riwayat Thabrani).
Kesalahan Manusia Yang Berhati Syaitan;- Dari Ibnu Abbas r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah-wajah mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti serigala-serigala yang buas, tidak ada sedikit pun di hati mereka belas kasihan. Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak pernah berhenti dari melakukan kekejian. Apabila kamu mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu. Akan tetapi apabila kamu menghindar dari mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila berbicara dengan kamu, maka mereka akan membohongi kamu.Dan apabila kamu memberinya kepercayaan, maka mereka akan mengkhianati kepercayaan yang kamu berikan. Anak kecil mereka bodoh, pemuda mereka licik, sementara yang tua tidak menyuruh berbuat baik dan melarang yang mungkar. Mereka itu sentiasa membanggakan diri dalam kehinaan. Dan meminta apa yang ada pada mereka bererti kesusahan. Orang yang sopan-santun di tengah mereka adalah sesat, dan orang yang menyuruh kepada perbuatan ma';ruf malah menjadi tertuduh, orang beriman di kalangan mereka adalah lemah, sedangkan orang fasik menjadi mulia. Sunnah di tengah mereka menjadi bidaah, sedangkan bidaah itu sendiri adalah sunnah. Maka ketika itulah mereka dikuasai oleh orang-orang paling jahat di antara mereka. Sedangkan orang pilihan apabila ia menyeru, pasti tidak akan dihiraukan.";- (Riwayat Thabrani).
Orang Yang Rosak Akhlak;- Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda: "Dunia ini tidak akan Qiamat selagi orang yang paling seronok ialah orang yang rosak akhlak anak kepada orang yang rosak akhlak.";- [Riwayat Ahmad, Musnad, 2/358.].
Kesilapan Menyalahgunakan Takdir;-Dari Jabir r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: '"Kelak pada akhir zaman ada suatu golongan yang berbuat maksiat kalau ditanya mereka berkata' Allahlah yang mentakdirkan perbuatan itu kami lakukan.' Orang yang menentang pendapat mereka pada zaman itu bagaikan orang yang menghunus pedangnya dalam jihad fisabilillah."';
Bahaya Fitnah Bagaikan Malam Yang Gelap-Gelita;- Daripada Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Mendekati hari kiamat akan terdapat berbagai macam fitnah laksana bahagian malam yang gelap-gelita. Kala itu seseorang menjadi Mukmin di pagi hari, berbalik menjadi kafir memasuki petang hari. Dan menjadi Mukmin di petang hari, berbalik menjadi kafir memasuki pagi hari. Orang-orang pun akan menjual agamanya dengan harta benda duniawi;- (Riwayat Tirmidzi).
Kekuatan Agama Manusia Terletak Pada Dinar dan Dirham (harta);-Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila akhir zaman, adalah kekuatan agama manusia terletak pada dinar dan dirham (harta);- (Riwayat Turmidzi)
4 comments:
dah banyak sangat dah petanda hari kiamat ni. Entah bila waktunya Dia saja yang tahu.
Tanda-tanda kiamat kecil mahupun besar telah nyata. Bila? Hanya Allah yang mengetahui.
Ya Allah lindungilah kami dari fitnah dunia, jauhkanlah kami dari azab neraka Mu. Tempatkanlah kami dikalangan orang-orang yang taat kepada perintah Mu dan menjauhi segala larangan Mu.
Amin
Salam.
Kita wajib percaya Hari Kiamat dan Alam Akhirat.
Bila dan bagaimana berlakunya kiamat, hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui. Tanda-tanda yang tersebut di atas telah banyak berlaku. Mungkin esok lusa, mungkin selepas munculnya Imam Mahadi dan turunnya Nabi Isa (a.s.). Sebaiknya kita bersedia menghadapinya mulai saat ini.
takutnya memikirkan hari kiamat ....
Post a Comment