Saturday, June 20, 2009

KISAH POKOK GHARQAD (POKOK YAHUDI)




Jika kita masih ingat, kisah pokok yang berkata-kata di Ramallah tersebar pernah secara meluas pada tahun 2002. Kisah 3 orang pemuda Palestin yang sedang dalam perjalanan menuju ke sebuah hospital yang tiba-tiba terserempak dengan seorang Yahudi. Mereka mengejar yahudi tadi hingga ke sebuah jalan mati, tetapi tiba-tiba Yahudi tadi menghilangkan diri dan pemuda-pemuda tersebut gagal mengesannya.

Selepas mereka berpaling dan berniat untuk meninggalkan kawasan tersebut, mereka terdengar satu suara yang halus memanggil. Pada mulanya mereka membiarkan sahaja suara tersebut, tetapi bila terdengar suara yang sama memanggil sekali lagi,mereka mengambil keputusan untuk mencari dari mana datangnya suara tersebut. Setelah diamati, suara tersebut datang daripada sebatang pokok berhampiran. Suara dari pokok itu sangat jelas meminta supaya mereka membunuh Yahudi yang sedang bersembunyi dibelakangnya. Yahudi itu akhirnya mati dibunuh oleh ketiga-tiga pemuda Palestin itu.

Setelah beberapa kali membaca emel yang tersebar itu, saya tertanya-tanya pokok apakah yang berbicara itu? Tidak ada jawapan diberikan dalam emel yang disebarkan. Mungkinkah pokok Gharqad?. Itu tidak mungkin, kerana dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:

“Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: ‘wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya’, kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi”.

Pokok Gharqad, adalah panggilan bagi pokok Yahudi dalam bahasa arab. Dalam istilah botani, pokok Gharqad dikenali sebagai spesis Boxthorn, termasuk dalam keluarga Solanaceae yang terdiri lebih daripada 90 spesis. Nama-nama lain yang biasa digunakan untuk pokok ini ialah desert-thorn, Christmas berry, wolfberry, Matrimony vine, Tea-tree dan Goji.

Dalam bahasa Ibrani, pokok Gharqad disamakan dengan pokok Atad. Sarjana botani Prof. Michael Zohary dan Noga Hereuveni of Neot Kedumim yang mengkaji tumbuhan yang disebutkan dalam bible mengesahkan pokok atad adalah sama dengan spesis Jujube.

Jika pokok Jujube ini adalah pokok Gharqad seperti yang disebutkan dalam hadith, kemungkinan pernyataan yang mengatakan Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad adalah benar. Dalam satu artikel yang dirujuk penulis, spesis ini adalah tumbuhan kedua terbesar di negara haram Israel selepas pokok akasia. Spesis ini banyak tumbuh pada ketinggian kurang daripada 1500 meter dan boleh menyesuaikan diri dengan keadaan kering serta kekurangan air. Pokok jujube juga ditanam dalam kawasan perumahan secara besar-besaran sebagai pokok hiasan.

..Wallahualam..


(Artikel ini dipetik dan dikongsi dari suarasa.com)

Share/Bookmark

7 comments:

Anonymous said...

Salam Zai.

Memandangkan pokok ini telah dikenal pasti, Imam Mahdi dan tenteranya akan lebih mudah mencari tempat persembunyian Yahudi nanti.

Pokok Jujube juga dipercayai pokok Sidr yang ditumbuhkan Tuhan (sebagai balasan) di negeri Saba' yang kaumnya menyembah matahari. Firman Tuhan yang bermaksud,

"Tetapi mereka berpaling, maka Kami datangkan kepada mereka banjir yang besar dan Kami ganti kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohon Atsl dan sedikit dari pohon Sidr." (QS. Saba' 34:16)

DEPU-DEPU said...

Salam Zai..

Pokok yang anda katakan itu berkaitan dgn tanda2 kiamat..teringat saya catatn anda sebelum ini...Kiamat kita difasa??? Semoga kita mendapat iktibar darinya...

zai said...

Buat Zaidi ali,
terima kasih diatas info yg menarik itu..
subhanallah ini mmbuatkan sy smkin teruja utk membuat kajian keatas bukti2 peninggalan sejarah islam....

zai said...

Buat Depu-Depu,
Mmg kita sudah terlalu hampir dgn penghujung zaman, tanda2nya sudah terlalu banyak dan maksiat terlalu berleluasa dan perkara halal haram sudah tidak lagi dipedulikan..Semoga kita semua ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman...Amin..!!!!

Maiyah said...

Allahuakbar, begitu terperinci hadiths2 Nabi

kk said...

Alhamdulillah, pokok yang membantu org Islam. Sesungguhnya ia datang dari kuasa Allah SWT. Yahudi adalah kaum yang dilaknat.

Daud Mili said...

Yahudi membaca Al-Quran dan Hadis2 Islam...dan mengapa mereka menyakininya?...mereka sangat menyakini dan mempercayainya...!!

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA