Bertuahnya aku kerana mampu menjadi seorang ibu tambah2 dengan kehadiran 5 orang cahayamataku yg menjadi penyeri kehidupanku dan suami..mereka kesemuanya merupakan anak2 yg baik dan menjadi penyejuk mata dan jiwaku...Disaat aku pulang ke rumah keletihan dan mengadu lenguh2 badan pasti akan ada diantara anak2ku yg menawarkan diri untuk memicit bahu atau kakiku. Walaupun mereka masih diperingkat kanak2 tapi cara mereka menghargaiku sgt menyentuh hatiku... dan paling melegakan hatiku mereka jarang bergaduh dan mudah mendengar kata. Segala teguranku diberi penuh perhatian dan jarang dibantah..Waktu mengejutkan untuk bangun sembahyang subuh pun sgt mudah.. haii.... itulah masa yg paling sukar rasanya bagi ibu bapa utk menggerakkan anak2 tapi syukurlah dgn hny 2 kali gerak semua sudah bangun kebilik air utk membersihkan diri sblm bersembahyang...Kalau dulu aku sering merindui mereka ketika berada diasrama tapi kini aku pasti puas bergurau senda dan bermanja dengan anak2ku selama 2 minggu mereka bersamaku kerana cuti sekolah...Walaupun agak meletihkan kerana aku terpaksa bangun awal memasak utk anak2ku sebelum berangkat ke tempat kerja..aku tetap bahagia dgn apa yg kulalui ..... Buat Permata Hati Bonda..doa bonda moga2 kalian akan membesar menjadi org2 yg berguna dan ahli tahfiz yg disegani suatu hari nanti....Amin !!!
Thursday, June 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TUAN RUMAH MENYAPA
TEMAN TAPI MESRA
Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..
Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin
4 comments:
ok,to permate hati ibu,smoga kamoo semua menjadi ank2x yg soleh n solehah ye...kamoo sume wajib membalas jasa ibu bpe pabila kammoo dh besar ye...kak zai,ur a gorgeous mom ok...
thks firsya for the doa..moga2 kita seme dpt menjadi ibu bapa yg terbaik buat anak2 kita juga...amin !!!!
amin.kita doakan juga moga dijauhkan kita semua dari sebarang fitnah, bala bencana serta malapetaka di dunia ini hingga akhirat nanti. amin.
buat "a kl citizen"..amin3 ya rabbal alamin moga2 kita semua diletakkan diantara golongan yg beriman dipadang masyhar nanti ye.thnks a lot for the doa..
Post a Comment