Perbincangan sekitar kesohihan hadis "Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanKu dan Ramadhan pula adalah bulan umatku"
Setiap kali datangnya bulan rejab, kita sentiasa di hidangkan oleh sebahagian ustaz-ustaz dalam ceramah dan kuliah mereka tentang kelebihan bulan ini. Begitu juga dengan dada-dada akhbar. Tetapi mungkin kita juga pernah terdengar suara–suara yang mempertikaikan kesahihan fadhilat bulan ini.
Di antara hadis yang sering di utarakan tentang kelebihan bulan rejab ini ialah hadis daripada Abi Said al-Khudriy yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanKu dan Ramadhan pula adalah bulan umatku". Hadis ini banyak dicatatkan dalam kitab-kitab jawi melayu. Tetapi apakah pandangan ulamak-ulamak hadis tentang kesahihan hadis ini?
Di sini saya akan menaqalkan kedudukan hadis ini pada pandangan muhaddisin (ulamak-ulamak hadis) tentang hadis ini. Pandangan para muhaddisin ini saya naqalkan daripada risalah “Izharul Ajbi Fi Bayaani Bida' Syahri Rajabi”, karangan Syeikh Aqil bin Muhammad. Antara mereka ialah :
1. Al-Iman Ibnu Jauzi. Beliau telah mengarang satu kitab yang berjudul "Al-Maudhuuat" (hadis-hadis palsu). Beliau telah memasukkan hadis ini dalam kitab beliau tersebut dan menyebut : Hadis ini adalah pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w. jilid 2, m/s 206
2. Imam Al-Suyuti. Beliau telah mengarang kitab "Al-Laali' al -Masnu'ah Fil Ahadis al-Maudu'ah" iaitu satu kitab yang mengumpulkan hadis-hadis palsu. Beliau memasukkan hadis ini ke dalam kitab tersebut. Jilid 2 , m/s 114.
3. Al-Hafiz Ibnu Hajar. Beliau telah mengarang satu kitab yang berjudul "Tabyiinul Ajbi Bima Warada Fi Fadhli Rajabi"- (bererti menyatakan kehairanan dengan apa-apa (hadis) yang menyebut tentang fadhilat bulan rejab). Beliau memasukkan hadis ini dalam bukunya tersebut dan menyatakan bahawa hadis ini adalah palsu.
4. Al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah. Beliau juga telah menyatakan dalam kitabnya "al-Manarul Munif" bahawa hadis ini adalah palsu. m/s 95
5. Ibnu Iraq al-Kinani, pengarang kitab "Tanzihus Syari'ah", satu kitab yang juga menghimpunkan hadis-hadis palsu. Beliau memasukkan hadis ini ke dalam kitab beliau, jilid 2, m/s 92. Imam as-Soghani juga menyatakan hadis ini adalah palsu. Ini adalah antara yang disebut oleh Syeikh Aqil dalam risalah tersebut.
Antara ulamak yang menganggap hadis ini palsu ialah Imam Al-Syaukani dalam kitabnya "Al-Fawaidul Majmu'ah". Kitab ini juga adalah kitab himpunan hadis-hadis palsu. Muhammad bin Basyir al-Azhari juga menyatakan dalam muqaddimah kitabnya “Tahzirul Muslimin” tentang kepalsuan kelebihan bulan rejab ini. Kitabnya juga adalah himpunan hadis-hadis palsu. Daripada pernyataan para ulamak hadis tadi, jelaslah kepada kita bahawa palsunya hadis tentang kelebihan bulan rejab. Berkata Al-Hafiz al-Iraqiy : "Dan tidak ada satu pun hadis yang sahih mengenai fadilat bulan rejab".
Tetapi perlu diingatkan supaya janganlah kita sekali-kali berhenti beribadat dalam bulan rejab dengan sebab risalah ini, kerana itu adalah reaksi yang tidak bijak dan merugikan, sebaliknya yang perlu dihentikan hanyalah anggapan kita terhadap kelebihan bulan tersebut. Dan yang paling penting ialah janganlah kita sama-sama membuat atau menyebarkan pembohongan terhadap Rasululllah s.a.w.
Akhir sekali, saya sudahkan risalah ini dengan kata-kata Imam Nawawi: "Dan tidak ada satu hadis pun yang menunjukkan fadhilat berpuasa pada bulan rejab, dan tidak ada juga satu hadis yang melarangnya, tetapi asal hukum berpuasa adalah sunat, - yakni setiap masa –". Dan Allah sahajalah Yang Maha Mengetahui.
(Dipetik dari artikel yang disediakan oleh: Tuan Mohd Safuan Bin Tuan Ismail, Sarjana Muda Universiti Mu'tah,
13 comments:
Sebelum ini kita sering diperdengarkan dengan pelbagai keistimewaan bulan Rejab, walau apapun perbahasannya jgnlah kita berpecah belah hny krn pendapat yg berbeza sptmn yg berlaku dinegara Islam yg lain sebaik2nya marilah kita sama-sama bermuzakarah dgn cara yg sihat krn sbg manusia, tiada siapa yg boleh mengaku dia lebih Islam dari orang yg lain krn Allah lebih mengetahui amalan seseorang itu samada dilakukan iklas kerana Allah atau kerana riak sekadar utk mencari nama dan kedudukan...Wallahualam...
stuju .. ini bukan perkara dasar atau akidah.. jadi siapa nak buat baguslah untuk dia
salam..
Nasib baik akak masukkan n3 yg baru ni sbb n3 yg sebelum ni amat meragukan kesahihannya... krn tiada hadith yg sahih yg menyokong ttg kebenaran fadhilat2 puasa mengikut hari2 tertentu di bulan Rejab.. Wallahua'lam
Terima kasih krn berkongsi ilmu... :)
Buat a kl citizen dan Dida,
Terima kasih diatas komen-komen yg membina, saya pun fikir macam tu..setiap bulan ttp ada kelebihannya masing-masing, ia bukan semata2 tergantung pada bulan tetapi sejauhmana kita mengamalkan ajaran ISLAM itu sendiri..
Salam Zai.
Kalau tak ada makna yang baik atau fadzilat dari hadis tu, maka palsulah ia..sekadar pendapat saya.
Yang penting buat kerana Allah tanpa menghitung akan kelebihan.. macam saya terus terang katakan tak berapa pandai tentang berapa byk kelebihan pada bulan-bulan yang sepertinya. Tapi terima kasih atas nota ini yang menambahkan pengetahuan saya.
Salam Zai,
Beramallah pada bulan mana pun. Kecuali Ramadhan dan Haji.
Thanks for sharing the info, Zai..
SALAM.. KEARAH KEBAIKKAN ADALAH SANGAT BAIK.. TOLONG BETULKAN AYAT NI.. MACAM FLIP FLOP JA..HA..HA..
Itulah hakikatnya bila Islam kita Islam warisan (kerana ibubapa kita Islam), kita ikut semua ajaran atau amalan yang dibuat oleh ibubapa atau datuk nenek kita.
Alhamdulillah semakin banyak kitab-kitab rujukan, internet (termasuk blog ini) yang membincangkan hal-hal ini secara ilmiah (dengan nas-nasnya sekali).
Terima kasih puan zai
Buat
aklcitizen,
Dida,
Zaidi ali,
maiyah,
kak ja,
pengasas
budak kampung online
Zool@tod..
Terima kasih diatas komen2 anda yg membina..semoga sering2lah memberi pandangan anda. Moga2 kita akan dapat berkongsi ilmu dan mdpt manfaat dari blog ini...Amin..
Puan Zai, saya pinjam artikel ini dan berkongsi dengan rakan-rakan saya yang lain melalui e-mel.
Buat Zool@Tod,
Terima kasih krn menyebarkan ilmu..
Post a Comment