Saturday, October 31, 2009

BAHAYA PANADOL

JANGAN AMBIL PANADOL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya. ..

"Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis "painkiller" , semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda.



Share/Bookmark

KELEBIHAN BERSUJUD


"Allah s.w.t telah mewajibkan hambaNya untuk Solat 5 kali sehari semalam.Kisah penyerahan "watikah' oleh Nabi Muhammad s.a.w daripada Allah s.w.t di malam Israk dan Mikraj terhadap kewajipan solat begitu menakjubkan.

Firman Allah yang bermaksud:
"Ada tanda-tanda mereka pada wajah mereka,daripada sebab bekas sujud" (Al-Fath:29)

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: "Suatu cara yang lebih utama yang dapat dilakukan seseorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t adalah dengan melakukan sujud di tempat sunyi." (HR : Ibnu Mubarak)

Ramai cerdik pandai telah membicarakan kelebihan solat yang dikerjakan oleh umat Islam dari segi sains mahupun kesihatan tubuh badan.

Sekadar maklumat bersama:

Seorang doktor Neurologi dari Amerika Syarikat telah melakukan kajiannya tentang urat saraf (neurologi) telah menemui keajaiban yang tidak dapat diterima akal fikiran.

Dalam kajian tersebut,beliau telah mendapati bahawa terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah.Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.Setelah membuat kajian yang memakan masa,akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan solat.Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja.Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat saraf tersebut mengikut kadar solat waktu yang diwajibkan oleh Islam.Begitulah keagungan ciptaan Allah.

Doktor tersebut amat kagum dengan penemuan tersebut,lantaran itu dia telah memeluk agama Islam.Setelah memeluk Islam,beliau amat yakin akan perubatan secara Islam dan telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Quran".

Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatanya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Quran.Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa,madu lebah,biji hitam(black seed) dan sebagainya.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Manakala pernafasan ketika sujud pula boleh:

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit Hernia.(Burut).

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit Apendiks atau limpa.

7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

8. Meringankan bahagian Pelvis.

9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

10.Mengerakkan otot bahu,dada,leher,perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun dari
pada sujud.

11.Pergerakkan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan
kelicinan perjalanan darah yang baik.

12.Bagi Wanita,pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk
menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

13.Mengurangkan kegemukan.

14.Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin,organ peranakan mudah kembali ke
tempat asal serta terhindar daripada sakitgelombang perut (Convulsions).

15.Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

16.Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara
kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

17.Dari segi psikologi pula,Sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Esa Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong riak,takbur dan sebagainya.

Share/Bookmark

Thursday, October 29, 2009

PETUA MUDAH MENGANDUNG




Assalamualaikum w.b.t

Saya petik dari www.pakarhowto.com

Bagi yang susah nak dapat anak(mengandung) mungkin anda boleh cuba petua ini. Petua ni saya dapat melalui email daripada salah seorang sahabat saya. Katanya petua ini alhamdulillah memang terbukti setakat ini.

Begini petuanya :

Ambil segenggam kacang hijau.

Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge).

Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).

Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)

Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)
Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.

Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh.

Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).

Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.


Menurut pengamal petua ini, mereka cuma mengamalkan petua ini sebulan saja. Lepas sebulan amal, dengan izin Allah dia mengandung, katanya.


Menurutnya lagi, kawan-kawan nya yang lain yang mengamalkan petua ini juga, Alhamdulillah berjaya mengandung.

Kepada mereka yang inginkan anak, cubalah amalkan petua ini. Cuba amalkan dan tawakal pada Allah. Doa banyak-banyak.

Semoga dipercepat menimang cahaya mata.

Sekian
Share/Bookmark

Wednesday, October 28, 2009

MR ASIA - MALEK NOOR DAH BERUBAH

Alhamdulillah….

Kita selalu berdoa semoga kita dihidup dan dimatikan dalam islam. Dikekalkan hidayah Allah pada kita, diberi petunjuk ke jalan yang lurus dan di akhir hidup diberi ‘Husnul Khatimah’ yakni pengakhiran yang baik. Sejahat manapun kita di dunia dan seburuk manapun akhlak kita di dunia tetapi jika dikehendakiNYA maka kita akan tergolong dalam golongan yang dikasihiNYA. Itulah apa yang terjadi kepada sahabat kita atau lebih dikenali dengan MR.ASIA suatu ketika dulu. Malik Noor bukan nama asing pada rakyat Malaysia. Kejayaannya mengharumkan nama negara satu ketika dulu sangat membanggakan kita. Ikutilah kisah beliau. Semoga beliau dirahmati dan memberi pengajaran pada saudara2 kita yang lain.Amin.

Oleh MUZLINA ABU BAKAR
muzlina.bakar@utusan.com.my

malik noor

SETELAH lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu.

Kalau dulu, apabila berjumpa mulutnya becok tak henti-henti bercakap pelbagai topik yang melucukan. Tetapi pertemuan minggu lalu menampakkan sisi lain Malek.

Sifat lucu dan becoknya hilang tiba-tiba dan yang nyata Malek hari ini tidak sama dengan Malek ketika baru berlakon filem Ujang pada akhir tahun 1980-an.

Perbualan petang itu berkisar tentang aktivitinya hari ini. Selain menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec’s Divemate Sdn. Bhd. Malek juga berlakon dan kini sedang menjalani penggambaran drama Damak dengan memegang watak Tok Guru.

Perbualan yang rancak petang itu, tiba-tiba menjadi hening seketika apabila Malek membuka rahsia hidupnya yang selama ini dipendam tanpa pengetahuan sesiapa.

“Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting.

“Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh,” kata Malek dengan suara sebak.

Siapa sangka, seorang jaguh bina badan yang nampak gagah dan perkasa tiba-tiba menjadi seorang yang boleh dikatakan ‘lembik’ tiba-tiba.

Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota , Malek yang mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini.

Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita:

“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.

“Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi…kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.

“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal.

“Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati,” luahnya.

Zaman kanak-kanak

Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar.

Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.

“Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai.

“Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama.

“Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC.

“Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari.

“Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran,” cerita Malek.

Bagi Malek, walaupun keinsafan dan kesedaran itu datang ketika usianya 46 tahun, dia tetap bersyukur kerana tahu Allah masih sayangkannya. “Malam selepas saya bersolat taubat, saya bermimpi didatangi arwah ibu, Jariah Ahmad yang menaburkan bunga emas pada saya.

“Selepas peristiwa itu saya pergi semula ke Hong Kong tetapi bukan untuk menetap di sana . Sebaliknya saya uruskan pemindahan syer perniagaan KK Design dengan rakan kongsi sebab saya memang tidak mahu menetap di sana .

“Ketika itu saya sudah membuat keputusan, saya mahu menetap di Malaysia untuk mencari seorang Muslim yang soleh. Bukan itu sahaja, malah saya mahu menjejaki akar umbi budaya Melayu yang telah lama saya lupakan.

“Setelah semuanya selesai, sejak 2006 saya terus menetap di KL dan tidak lagi ke Hong Kong . Kini saya benar-benar merasakan hidup ini amat bahagia dan tenang.

“Dalam kotak fikiran saya, hanya mahu melakukan suruhan Allah dan berbakti kepada masyarakat. Saya tidak sanggup lagi hidup bergelumang dosa dan noda.

“Cukuplah apa yang saya dah lakukan selama ini. Saya benar-benar insaf. Sejak itulah semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang.

malik noor

“Dulu rumah saya penuh dengan patung-patung, tapi…semua saya dah buang. Kini rumah saya hanya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran.

“Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sejak saya bertaubat, sudah tiga kali saya khatam membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, malah sejak tahun 2006 saya sudah menunaikan puasa enam, syukur Alhamdulillah,” kata Malek.

Kini kata Malek, walau apapun yang dilakukan oleh kawan-kawannya beliau tetap bersabar. Malah ada kawan yang meminjam duitnya dalam jumlah yang begitu banyak dan tidak mahu membayar semula, dia tidak pedulikan semua itu.

“Sekarang saya benar-benar reda dengan apa yang berlaku. Sama ada dia mahu bayar atau tidak, saya halalkan kerana bagi saya semua itu hanya harta dunia.

“Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini,” Malek menyambung cerita.

Menurut Malek, semua yang dilakukan kerana sedar Allah benar-benar sayangkannya dan menerima taubatnya.

Bukan itu sahaja, malah mimpi berjumpa arwah ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan terus sampai di depan Kaabah benar-benar menggamit hati dan nalurinya untuk ke sana .

“Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam.

“penghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini,” kata Malek yang juga pernah membintangi filem Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan yang terakhir Sahabat pada tahun 1999.


Share/Bookmark

Tuesday, October 27, 2009

TARIAN POCO-POCO..OH POCOT !!!! BARU AKU TAU



Salam...pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang sesuatu yang menggemparkan berkenaan tarian Poco-poco yang semakin popular dikalangan masyarakat terutamanya dikalangan suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika menghadiri kursus dan/atau adakalanya dijadikan acara sampingan dengan alasan sebagai satu cara senaman mudah.

Secara jujurnya saya sendiri tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini, asal-usulnya dan motif tarian ini dan tidak juga berminat untuk mempelajarinya kerana mendengar tajuk tariannya saja sudah menghilangkan minat entah apa maksud poco-poco samada bermaksud pacat ke, pocot ke atau apa-apalagi yang saya tak faham...

Namun apabila terbaca satu kiriman emel daripada seorang sahabat, saya menjadi tersentak dan kaget sebentar dan mula terbayang betapa sekarang ini tarian tersebut begitu gah dimainkan dimana-mana acara yang dibuat oleh banyak badan-badan kerajaan maupun swasta. Mari kita sama-sama hayati emel ini

"Assalammualaikum.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya.Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia seperti yang pernah diperkatakan oleh ramai orang sebelum ini. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.Cuma tarian poco-poco ini belum difatwakan haram lagi.

Masya Allah...saya sendiri tidak pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua. Jadi, saya menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.

Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini. Saya percaya masih banyak aktiviti riadah yang boleh dilakukan untuk menyihatkan badan malah aktiviti solat wajib dan solat sunat yang sering dilakukan juga sudah jelas sangat bermanfaat kepada kita. Ia juga merupakan salah satu aktiviti yang boleh menyihatkan badan.

Semoga cerita mengenai tarian poco-poco mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.

Nauzubillahiminzallik...

Share/Bookmark

Monday, October 26, 2009

JANGAN TIDUR DULU...


Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik p elindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah. Tutup aurat ketika tidur.

Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, di bawahnya Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain.

Bagi pasangan yang berkahwin, sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin.

Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu.

Demikianlah peringatan bagi diri yang lalai dan alpa ...

Share/Bookmark

KISAH MISTERI PESAKIT MATI HARI JUMAAT

Pernah diceritakan bahawa terdapat sebuah hospital di utara semenanjung yang mempunyai sebuah sebuah katil di wad ICU yang mana kesemua pesakit yang ditempatkan dikatil tersebut pasti akan mati pada hari jumaat dan masa kematian pesakit juga tidak jauh berbeza iaitu antara waktu 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Kejadian ajaib tersebut menjadi tandatanya kakitangan pihak hospital kerana semua pihak mulai membuat pelbagai andaian dan menyangka bahawa terdapat makhluk halus yang menghuni dikatil tersebut yang menyebabkan kesemua pesakit pasti meninggal pada hari jumaat sekiranya ditempatkan dikatil tersebut.

Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka Perkara ini sangat membingungkan para doktor...

Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...mungkin makhluk halus ada menetap disitu. Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya.. . beberapa org doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda yang sedang tidur...

Beberapa doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus.. Masa berputar... pukul 08:00am..08:30am sehingga jam 9....00 am ...

tiba-tiba.... .....

Pintu bilik ICU itu terbuka.... Kemudian masuklah Makcik Timah Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. Makcik Timah masuk... mendekati katil keramat tersebut.... dan terus mencabut.... soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan pesakit yang berada bersebelahan katil pesakit dan terus meletakkan soket vacuum cleanernya dan meneruskan kerja beliau untuk mencuci lantai bilik.....

Itulah kisah misteri yang masih menjadi sebutan sehingga kini..mulianya kerana pesakit dipilih untuk mati hari jumaat oleh Makcik Timahla yang punya kerja..



Share/Bookmark

Sunday, October 25, 2009

BUKAN KEMAHUAN FIKIRAN

Semalam akibat terlalu letih seharian mengemas dan melayan keletah anak2, aku minta izin suami untuk masuk tidur awal..selalunya pada kebiasaan aku akan menemani suami menonton TV sambil aku mengadap Laptop kesayangan aku ni ler..biasala tu kan..hobi yg tak dapat dinafikan lagi.. anak2ku yang lain turut berebut nak menggunakan laptop selepas aku tidak lagi memakainya termasukla adam..dari dalam bilik boleh terdengar suara anak2 terjerit berebutkan komputer nak main game..hehehe biasala tu kan...masing-masing ketagihla tu..

Dalam lebih kurang sejam tertido, aku tersentak apabila suamiku buat stunt terjun atas katil dengan anakku si adam ..hampir terpelanting biji tasbih yang kupegang sebelum tidur dek kerana terkejut..bergurau pulak mereka kat atas katil..Hilang rasa mengantuk aku...Selepas anakku si adam tidur, suamiku tiba2 bertanya..

"Zai kalau abang mati nanti..zai nak kawin lain tak ??

Aku cuma tersenyum sengih..tersipu-sipu dengan pertanyaannya itu.. "Nape..tanya soalan pelik sangat nie....dah nak mati ke ?"

"tak la saja tanya..." jawapnya sambil tersenyum sambil merangkul tubuhku.

"InsyaAllah bang....zai mesti kawin lain punya..hehehehe.." gurau ku sambil tergelak-gelak..

"Kalau macam tu..lepas kebumi..tiap-tiap malam abang nak balik tengokla.. nak jadi pocong nak buat hidup zai tak aman.."...ujarnya sambil mencebik sinis..jeles la tu kan..

Aku terus menjawap.."Bang, ramai lelaki atau pompuan selalu cakap takkan kawin lagi la...itu la ini la ..janji macam2 sebelum isteri/suami mati.....tup-tup tak lama lepas tu dah terdengar diaorang kawin lain.. tak ke melanggar janji tu namanya.." ujarku... "Lagipun soal rezeki, ajal maut dan jodoh pertemuan tu bukan ke rahsia Allah..?" kita tak tau bila kita akan kaya, kahwin tak kawin lagi ke, bercerai ke atau bila nak mati..., jadi lebih baik zai cakap macam tu, sekurang2nya zai tidakla bercakap besar dengan Allah, seolah-olah kita sendiri yang menentukan takdir hidup kita dan bukannya atas kehendakNYA. Zai tak nak jadi manusia hipokrit ..tapi kalau ditakdirkan zai mmg tak kawin lain lepas abang mati tu..itu kira bonus buat kita kat akhirat nanti la..boleh jadi suami isteri semula kan ???, selalunya yang beria-ria cakap nak kawin lain tu..mesti tak kawin punyalah." ujarku cuba menyejukkan hatinya.

"dahla tu bang, zai tak mau cakap pasal ni sbb zai sendiri rasanya tak sanggup untuk memikirkan hidup ni tanpa abang..masyaAllah sukarnya tau tak..setelah sekian lama kita bersama-sama mengharungi susah dan senang bersama-sama..rasa2nya tak boleh nak teruskan kehidupan ini bersendirian, zai mmg tak ada kekuatan tu.., marilah kita berdoa bersama-sama semoga kita dimatikan bersama-sama.."

Suamiku terdiam sambil membelai-belai rambutku yang ikal sambil berkata.. "Abang rasa, abang akan mati dulu...dah tak lama lagi rasanya..tak percaya tengoklah nanti.." ujar suamiku. Alamak..kecut perutku mendengar kata-kata suamiku itu.. dalam hati dok fikir..awainya dia bagi signal..siapa la nak jadi next husband aku nie..., mana nak cari ??. (hehehe..gurau jer tu..!!!). "Merepekla abang nie.., dahla tok sah bincang pasal ni, buat sesak nafas jer, tak pa kita mati sama-sama k.." Aku peluk suamiku erat-erat..takut benar nak memikirkan semua tu.

Rasa-rasanya memang tak mudah untuk mengharungi kehidupan ini bersendirian, sebab itu aku tabik kepada para duda atau balu yang selepas penceraian dan kematian..terus bersendirian dan tidak kahwin-kahwin lagi kerana tidak mudah untuk melalui keperitan suka duka bersendirian dalam membesarkan anak-anak...Arwah bapa suamiku adalah contoh terbaik, selepas penceraian dengan ibu mertuaku, arwah bapa suamiku mengambil kesemua 4 orang anak2 perempuannya dan membesarkan mereka bersendirian tanpa seorang isteri disisi selama berbelas tahun lamanya..selepas anak2 berumahtangga barulah dia mencari isteri untuk dirinya...nasib sewaktu penceraian mereka dulu suamiku baru berusia 6 bulan dan hak penjagaannya jatuh kepada ibu mertuaku kalau tidak pasti dia juga dibesarkan oleh ayahnya..

Aku dapat merasakan suamiku merasa kesan dari penceraian itu dan dia menjadi seorang yang sangat sensitif apabila melihat anak-anak yang menjadi mangsa penceraian..sebab itu agaknya dia membesar dan belajar dari kehidupan yang dilaluinya dan lebih berwaspada.

Penceraian dan Kematian adalah satu hakikat kehidupan yang amat perit untuk dilalui. Kalau sebelum ini kita ada teman untuk menghiburkan hati dan melakukan segala2nya bersama-sama ..tiba-tiba satu hari kita kehilangannya dan belajar untuk hidup sendirian..dan tidak ada lagi tempat untuk mengadu..tak terbayang difikiran ini.. Sebab itu aku sangat2 bersimpati dan sayangkan teman2ku yang menjadi ibu dan bapa tunggal..dan sedih melihat pandangan masyarakat yang tidak pernah aman dari mengumpat mengata mereka yang malang ini tanpa memberi ruang yang selesa untuk mereka kembali bangkit meneruskan kehidupan seterusnya..

Kita mungkin hanya pandai berkata itu dan ini tanpa mengetahui betapa sukarnya mereka untuk melalui semua itu sendirian....mmg sedih mendengar nasib rakan-rakanku ibu tunggal yang mengadu..yang niat iklas mereka sering diserongkan, bila berbaik sikit dengan mana-mana wanita, ada pula yg cuba menuduh mereka cuba merampas suami wanita tersebut dan apabila ditakdirkan berkahwin dengan suami orang.dituduh pula sebagai perampas...sedangkan jodoh pertemuan itu bukan kuasa kita tapi kuasa Allah..Allah yang menumbuhkan perasaan cinta itu dihati... ia berlaku dengan kehendaknya..lagipula kalau bertepuk sebelah tangan takkan menjadi..

Aku juga berharap agar kebahagiaan rumahtangga yang dibina selama 15 tahun ini kekal bahagia selamanya...Walaupun hidup secara bersederhana ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang..aku tetap bersyukur dengan kehidupan rumahtanggaku kerana diakhir kebahagiaan yang dicari yang perlu kita sedari ..."wang sememangnya penting tetapi ia bukanlah pengukur kebahagiaan sesebuah rumahtangga.."

Tak nak lagi fikir tentang perkara lain buat masa ini kerana terasa daun-daun pohon kematian yang berguguran setiap hari kerap mengenai daun usiaku jua ..sebab itulah kerap benar telinga ini berdesing sejak akhir-akhir ini... Mudah2an pengakhiran hidup kita adalah sesuatu yang sangat bermakna..

Share/Bookmark

Saturday, October 24, 2009

HAYATI KISAH INI...


Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat,
yang membuatkan hati saya amat kagum. Cerita ini saya dapati dari
sebuah blog seorang hamba Allah yang menceritakan pengalaman
seorang Ustazah yang menceritakan pengalaman hebat yang beliau alami
bersama sebuah keluarga.
Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.

Ceritanya begini...

Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang
sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa.
Si suami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini
sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di
sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang
ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang
paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk,
abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat
berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.

Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur
lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang
sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut
ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai
imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang
tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini
sudah pandai masbuk... ustazah yang melihat terkejut dan kami yang
mendengar mengucap memuji ALLAH

Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan
perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana
orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.
Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu.

Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana
dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa.
Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang
sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling
tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil
wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu
anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.

Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula
solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang
jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah
sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel
semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak
melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata,
"Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa...
". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh
yang disampaikan.

Subhanallah. .. bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian
diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan
suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8
orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika
ditakdirkan mereka pergi dulu. Lagipun anak-anak mereka semuanya
lelaki...

Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai
tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri...

-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat
jemaah dalam keluarga ???
-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk
???
-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat
memimpin adik-adik mereka ???
-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian
rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan
mereka yang lebih dewasa ???

subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi
pedoman dan iktibar buat kita semua...

Share/Bookmark

BAYI AJAIB DALAM KANDUNGAN




Gambar ini amatlah menakjubkan! Gambar ini telah disiarkan di dalam ruangan sebuah akhbar tempatan di USA.

Gambar menunjukkan seorang bayi yang belum lahir lagi, berumur 21 minggu (~ baru 5bulan) yang diberi nama Samuel Alexander Armas. Bayi ini perlu menjalankan satu pembedahan khas oleh pakar bedah bernama Dr. Joseph Bruner. Bayi itu telah di sahkan melalui diagnosis sebagai mengidap sejenis penyakit bernama “spina bifida”, dan tidak mungkin ia boleh hidup jika tidak di bedah dahulu sebelum dilahirkan ke dunia ini.

Ibu Samuel pula adalah seorang jururawat perbidanan di Atlanta, Georgia. Beliau dapat tahu bahawa Dr. Joseph Bruner merupakan seorang pakar bedah yang handal melalui prosedur pembedahan uniknya. Dr. Bruner bertugas di Vanderbilt University Medical Center di Nashville, USA. Beliau telah melakukan pembedahan yang unik ini ke atas Samuel semasa bayi ini masih lagi berada di dalam rahim ibunya. Semasa pembedahan sedang berjalan, doctor tersebut telah membuka rahim si ibu menggunakan “C-section”, kemudian membuka pula satu lubang kecil untuk membedah bayi tersebut.

Sebaik sahaja Dr. Bruner selesai melakukan pembedahannya ke atas baby Samuel ini, bayi kecil ini telah menghulurkan tangan kirinya yang masih kecil tetapi telah sempurna kejadiannya, melalui lubang kecil tadi lalu terus memegang erat jari pakar bedah tersebut. Dr. Bruner telah di laporkan sebagai berkata kemudian bahawa apabila jarinya di pegang oleh bayi tersebut, dia merasakan sesuatu yang ganjil yang amat menusuk perasaan di sanubarinya, dan pada ketika itu juga dia berasa seolah-olah kaku dan tak boleh bergerak.

Gambar tersebut menunjukkan tangan bayi berumur 21 minggu itu memegang jari Dr. Joseph Bruner seolah-olah ia hendak memberi kata-kata penghargaan kepada doctor tersebut kerana telah menyelamatkannya.

Ibu Samuel pula berkata dia sekeluarga telah melinangkan airmata selama beberapa hari apabila melihat gambar tersebut dan berkata, “Gambar itu mengingatkan saya bahawa apabila saya sedang mengandung ianya bukanlah kerana satu penyakit atau pun keuzuran, akan tetapi ianya adalah mengenai seorang manusia yang kerdil”.

Apabila sampai masanya, Samuel telah dilahirkan di dalam keadaan yang sihat, dan pembedahan yang telah dilakukan keatasnya adalah juga 100% berjaya.Lihatlah gambar tersebut, betapa ianya amat menakjubkan kita semua. Namun kita juga harus mengambil iktibar daripadanya, bahawa ianya adalah satu-satunya lagi tanda kebesaran dan kekuasaan Allah SWT! Manusia hanya boleh merancang sambil mengusahakan sesuatu, akan tetapi Allah SWT jua yang akan menentukan segala-galanya.

Share/Bookmark

LIHAT KUKU ANDA DAN DIA...

kuku



Dosa Berkuku Panjang

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... (walllahualam) ...potonglah kuku anda.

Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah. Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang islam mundur dan tidak berjaya. Kadang-kadang atas alasan yang nampak remeh inilah yang menjadi antara penyebab kenapa rezeki sukar masuk atau lekat. Banyak Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja islam yang tidak berakhlak dan tidak ambil peduli soal halal dan haram dan tidak menghiraukan ajaran agama islam (ini berkait rapat dengan kepentingan syarikat untuk sentiasa menjadi majikan yang prihatin terhadap kepentingan menegakkan agama islam terhadap para pekerjanya di pejabat) dan penyimpan kuku panjang adalah antara mereka yang menghalang rezeki yg halal untuk masuk.

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah..ini bukan andaian atau cerita kosong tapi adalah antara adab-adab dalam islam yang perlu dipatuhi oleh setiap dari kita yang mengaku islam. Ingat...Islam adalah agama yg sangat sempurna dan ia meliputi keseluruhan aspek kehidupan kita seharian. Segalanya ada keindahan adab dan hikmah yang tersembunyi...

Jadi bagi yang sedang memilih pasangan hidup, lihat kuku pasangan anda..jika masih berkuku panjang...bayangkan kehidupan masa depan anda jika ingin terus bersamanya...mahukah anda makan makanan yang disediakan oleh tangan dan kuku yang dipenuhi najis yang terselindung ??...

Fikir-fikirkanlah..

Share/Bookmark

Friday, October 23, 2009

INI BUKTI CINTA SEBENAR..








p/s : Bersyukur kepada Allah kerana aku dikurniakan seorang suami yang sangat baik dan menerima diri ini seadanya...dan bersyukur juga kerana kehadiran blog ini banyak memberikan kepadaku sahabat-sahabat yang berjiwa hebat seperti anda...TERIMA KASIH DIATAS SEGALANYA...



Share/Bookmark

PANDUAN MENCARI JODOH

Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama. Bukan sekejap. Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun. Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama. Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.

Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius. Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya.

Fikir betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk. Dalam banyak-banyak penulisan saya suka memetik sebahagian dari artikel Ust Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com.

Apa tujuan berumahtangga?

“Begin with the end in mind“, adalah slogan kita untuk menepatkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.

Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.

Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia. Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, “aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku. Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku”

Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia. Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat? Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara? Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.

Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

Berkahwin kerana [1] kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali. Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama. Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.

Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan? Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.
Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia?

Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
“Maka pilihlah yang memiliki agama… nescaya sejahtera hidupmu”, pesan Nabi SAW.
Benar sekali, pilihlah yang beragama.
“Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!”, kata seorang pelajar ‘bidang bukan agama’.

PENYAKIT “TIDAK JELAS”

Setelah begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah paling besar [2] menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit “tidak jelas”, apabila tiba kepada soal beragama.

Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?

Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?

Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.

Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.

Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini?

Sejauh mana gred ‘A’ yang digarap dalam subjek “PengeTAHUan Agama Islam” menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama?

“Yang memiliki agama” itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal

MAHU yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan MAMPU dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.

Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan “jenama TAHU agama” tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.

Dia mungkin seorang ustazah.
Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.
Dia mungkin bertudung labuh.
Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang ‘teachable“.

HANYA ‘BERAGAMA’?

Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tidak punya sebarang makna.

Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta. Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta rumahtangganya.

Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan. Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga isteri. Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.

Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri. Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama. Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu. Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar..

Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kena mengena dengan agama.

Jadilah agama, sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi rumahtangga terhodoh, terburuk dan terselekeh… atas nama berkahwin kerana beragama.


Share/Bookmark

Thursday, October 22, 2009

RELAKS JAP - DENGAR PESANAN ISTERI BUAT SUAMI..


Rumahtangga yang sepatutnya menjadi tempat istirehat, tempat bermesra, tempat mendapat kasih sayang, tempat yang dapat memberikan ketenangan pada si isteri dan si suami, telah menjadi sebaliknya. Tiada lagi harmoni, tiada lagi ketenangan, tiada lagi kebahagiaan yang dapat dirasai dalam kebanyakan rumahtangga sekarang. Mengapa ini terjadi?

Salah satu punca utama yang menyebabkan kita tidak dapat merasai ketenangan, tidak merasai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga ialah kerana disebabkan kegagalan suami berperanan sebagai suami yang soleh.

Berikut adalah 21 pesanan isteri kepada suami, yang perlu diambil perhatian serius oleh semua yang bergelar suami. Baca dan cubalah amalkan setakat yang termampu yer. :)

1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan oranglain ke, mak anda ke, atau bekas isteri atau mak we kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada diaorang semua tadi tu.

4. Jangan paksa/demand isteri untuk layanan kat tempat tidur sekiranya isteri sedang sakit, tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan, disuruh juga cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam ular sawa baru lepas telan lembu sekor.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan, sedap-sedap buat air liur basi depan TV.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal tulang dan ekor ikan, ekor tauge, kuah kosong dan janggut sotong jer. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu (entah-entah lagi teruk boroi daripada bini masa mengandung...sedarla diri tu sikit !!! ).

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil” tak nak minta pertolongan. selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut !!!.)

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya lepas dua tahun sekali. Jangan buat-buat tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga, main-main pun tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?

18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali ganda.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak akan jadi pondan pun kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi !!!!
Amacam para Suami....rasa-rasanya semua pesanan kat atas boleh dipatuhi tak ??? :))
Selamat Mencuba..

Share/Bookmark

KENANGAN ITU...

Assalamualaikum...

Saya memohon maaf kepada rakan-rakan bloggers kerana tidak mengupdate blog ini buat beberapa hari kerana baru sahaja kehilangan bapa mertua (ABDUL GHANI BIN AHMAD) berusia 72 tahun yang telah kembali kerahmatullah pada hari Isnin 19.10.2009 yang lalu. Beliau meninggal selepas 10 hari dimasukkan ke ICU hospital Sungai Petani akibat komplikasi jantung dan penyakit kencing manis yang telah melarat sehingga menyebabkan kaki allahyarham terpaksa dipotong kerana jangkitan kuman.

Sebenarnya saya masih bersedih diatas kehilangan beliau kerana allahyarham bapa mertua adalah seorang lelaki yang sangat baik. Walaupun beliau hanya merupakan ayah tiri suami tetapi beliau tidak pernah membezakan suami saya dan anak-anaknya yang lain. Semenjak saya berkahwin dengan suami 15 tahun yang lalu sehingga disaat akhir bersamanya saya tetap mendapat layanan yang terbaik dari ibu dan ayah mertua. Masih terbayang saat-saat indah ketika bersama allahyarham. Sekiranya beliau mengetahui saya dan suami pulang kekampung, beliau akan sentiasa sibuk menyuruh ibu mertua saya memasak itu dan ini untuk menjamu kami. Beliau juga akan sentiasa bertanya saya apa yang saya ingin makan dan sekiranya beliau tahu makanan kesukaan saya beliau akan berusaha untuk pergi mencarinya..
Begitulah sifat kasih sayang allahyarham bapa mertua yang tidak mungkin dapat saya lupakan. Sehinggalah disaat-saat akhir sewaktu beliau terlantar sakit, walaupun tidak mampu bergerak, beliau tetap prihatin. Dan setiap kali pulang menjengok saya juga tidak akan melepaskan peluang untuk sering duduk berbual dengannya sambil mengurut tangan dan kakinya yang telah sebahagiannya lumpuh dan sakit..
Dan hari ini hanya tinggal kenangan indah bersama allahyarham yang kekal diingatan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama roh2 orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah..
Share/Bookmark

Monday, October 19, 2009

BILA RUNTUHNYA MAHLIGAI DAN TERLERAI IKATAN

Sejak akhir-akhir ini, mana-mana pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga diwajibkan terlebih dahulu mengikuti kursus pra perkahwinan. Banyaklah kursus perkahwinan yang telah dianjurkan oleh jabatan-jabatan agama dan tidak kurang juga oleh pihak-pihak swasta yang diiktiraf oleh jabatan agama ini. Tujuan mewajibkan kursus perkahwinan ini adalah untuk memberi sedikit ilmu dan panduan kepada bakal suami isteri bagi menempuh kehidupan baru dalam alam rumahtangga mereka dengan lebih baik dan harmoni. Dengan mewajibkan kursus pra perkahwinan ini diharapkan dapatlah mengurangkan kadar perceraian yang disebabkan oleh kurang faham pasangan suami isteri terhadap tanggungjawab mereka dalam kehidupan berumahtangga.

Tetapi kata orang, jodoh dan pertemuan itu di tentukan oleh Tuhan. Bila jodoh sudah tiada maka bercerai tidak dapat dielakkan lagi. Orang kita selalunya boleh terima dengan lapang hati bahawa mereka berkahwin disebabkan adanya jodoh. Tetapi bila berlaku perceraian selalunya diakhiri dengan hati yang berbuku dan mereka sukar hendak menerima perceraian itu adalah kerana sudah tidak ada jodoh, mereka tidak dapat menerima kehendak Tuhan itu dengan hati yang rela.
Kadang-kadang pertengkaran dan salah faham antara suami dan isteri itu hanyalah sebagai penyebab kepada perceraian itu. Tetapi banyak juga kita lihat pasangan suami isteri yang boleh dikatakan bertengkar hari-hari tetapi tidak bercerai-cerai juga. Kadang-kadang ada pasangan bercerai kerana suami bermain kayu tiga tetapi ada juga suami yang bermain sampai kayu empat pun tidak bercerai juga. Itulah jodoh, Tuhanlah yang menentukannya kita hanyalah merancang. Tetapi oleh kerana kita tidak faham akan konsep jodoh ini, ramai di antara pasangan bercerai ini bermusuhan seumur hidup di antara satu sama lain dan penyebab berlakunya perceraian itu sentiasa saja menghantui kehidupan mereka.
Sebenarnya kehidupan selepas bercerai ini juga patut diberi perhatian sama seperti kita memberi perhatian kepada pasangan yang hendak berkahwin. Kegagalan dan ketidakfahaman menempuh kehidupan selepas bercerai akan juga memberi kesan kepada pasangan yang bercerai ini dan tambah teruk lagi kepada anak-anak mangsa perceraian. Dengan itu wajarlah kursus selepas bercerai juga patut diadakan oleh jabatan-jabatan agama untuk memberi panduan kepada pasangan-pasangan yang becerai bagi meneruskan kehidupan mereka dengan cara yang betul.

Sering ibu atau bapa yang mendapat hak menjaga anak mangsa perceraian ini akan menghasut anak-anak ini supaya membenci bapa atau ibu mereka. Sebagai contoh jika pihak ibu yang memelihara anak-anak ini maka mereka akan dihasut supaya membenci bapa mereka. Dendam dan benci kepada pasangannya akan dikongsi dan diturunkan kepada anak-anak mereka. Perbuatan yang difikirkan akan menguntungkannya itu sebenarnya hanya akan memberikan kesan buruk kepada jiwa anak-anak tanpa mereka menyedarinya. Jiwa kanak-kanak mangsa perceraian ini dikatakan sering mengalami tekanan dan kekeliruan. Mana tidaknya, di sekolah mereka diajar oleh guru atau ustaz supaya mengasihi dan menghormati bapa atau ibu mereka tetapi semasa di rumah mereka disuruh membenci bapa atau ibu mereka. Kanak-kanak yang masih kecil tentu tidak dapat menerima kenapa ibu dan bapa mereka tinggal berasingan di mana pada kebiasaannya ibu dan bapa patut tinggal bersama.
Konflik jiwa yang dialami oleh kanak-kanak mangsa penceraian dan dari keluarga yang bermasalah jika tidak ditangani dengan cara yang baik akan mudah mendorong mereka terlibat dengan gejala-gejala sosial yang tidak sihat. Tidak hairanlah kalau sebahagian besar dari remaja-remaja yang bermasalah hari ini adalah datang dari keluarga yang bermasalah juga seperti perceraian.

Kadang-kadang anak yang kematian ibu atau bapa dapat menjalani kehidupan yang lebih berjaya jika dibandingkan dengan anak-anak mangsa perceraian. Sepatutnya anak-anak yang ibu bapa mereka bercerailah lebih berjaya dari anak-anak yatim kerana anak yatim bukan sahaja kehilangan ibu atau bapa tetapi juga kadang-kadang turut kehilangan sumber pendapatan untuk menyara kehidupan mereka. Nasib anak-anak yang ibubapa mereka bercerai
mungkinlah tidak sebaik anak-anak biasa tetapi sepatutnya tidaklah lebih teruk dari nasib anak-anak yatim kerana mereka masih ada ibu atau bapa walaupun tidak tinggal bersama.

Ibu bapa yang mengalami perceraian hendaklah sedaya upaya berusaha membantu mengurangkan tekanan-tekanan perasaan yang mungkin dihadapi oleh anak-anak mereka dalam menempuh kehidupan selepas perceraian itu. Mungkin mana-mana ibu bapa yang bercerai tidak dapat menghapuskan sama sekali tekanan dan konflik yang mungkin dihadapi oleh-oleh anak-anak mereka, tetapi sebenarnya mereka boleh mengurangkan kesan itu dengan cara tidak mengambil tindakan-tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan.
Sekalipun sebab-sebab berlakunya perceraian itu sungguh memeritkan dan menyakitkan hati pasangan yang mengalaminya tetapi ia tidaklah sepatutnya dijadikan dendam dan membenci pasangannya untuk selama-lamanya. Sudah menjadi lumrah perceraian sering diikuti dengan penyelesaian tuntutan hak di makamah. Memanglah makamah patut ada dalam sesebuah negara tetapi makamah bukanlah merupakan penyelesaian terbaik untuk semua masalah.
Tentu anda dapat bayangkan keadaan tahap keharmonian dalam sebuah rumahtangga itu jika isterinya hadir ke makamah kerana suaminya tidak mahu membelikannya sebuah mesin basuh untuk membasuh pakainan mereka. Walaupun isteri ini tidak salah membawa kes ini ke makamah untuk menuntut haknya tetapi adakah itu cara penyelesaian yang terbaik dalam kehidupan berumahtangga.

Hak sepatutnya bukanlah untuk dituntut tetapi adalah untuk ditunaikan. Di dalam Islam sendiri telah diajarkan setiap hak dan tanggungjawab wajib ditunaikan. Siapa yang tidak menunaikan hak dan tanggungjawabnya pasti berdosa dan akan mendapat balasan di akhirat nanti. Pejabat agama dan makamah syariah sepatutnya tidak kita jadikan tempat kita menuntut hak yang perlu kita dapat dari pasangan kita bila bercerai. Tetapi sepatutnya pejabat agama itu hendaklah kita jadikan ia sebagai tempat rujukan dan nasihat tentang hak-hak dan tanggungjawab yang harus kita berikan kepada pasangan dan anak-anak kita selepas bercerai.
Tidak usahlah kita bimbang kalau selepas bercerai pasangan kita tidak menunaikan hak dan tanggungjawabnya dengan sempurna kerana di sisi Tuhan mereka itu akan tetap mendapat balasan malah kadang-kadang di dunia pun Tuhan sudah tunjukkan balasannya. Oleh itu jangan kita terlalu ghairah untuk membawa kes menuntut hak selepas perceraian di makamah hanya disebabkan rasa benci dan dendam. Selepas bercerai sepatutnya tumpuan lebih penting diberikan kepada nasib dan masa depan anak-anak supaya mereka dapat meneruskan hidup dengan lebih baik dan berjaya. Tidak wajar kita menghasut atau mendidik anak-anak untuk membenci ibu atau bapa
mereka bila kita sudah bercerai.

Perlu diingat, menunaikan hak dan tanggungjawab itu adalah satu sifat yang terpuji yang membawa berkat kepada kehidupan kita, manakala perbuatan menuntut hak adalah perbuatan yang tidak digalakkan sekalipun ia dibolehkan. Lihatlah budaya kerja di barat, kesatuan sekerja mereka sentiasa saja menuntut hak yang patut dipenuhi oleh majikan mereka manakala pihak majikan pula sentiasa cuba mengelak dari bertanggungjawab kepada pekerja-pekerja mereka demi untuk mengaut keuntungan yang besar.

Tuntutan hak yang tidak berkesudahan ini menyebabkan hubungan pekerja dengan majikan sentiasa berada pada tahap yang buruk dan akhirnya syarikat menjadi tidak produktif dan tidak mampu untuk bersaing. Bila berlaku keadaan demikian yang rugi ialah kedua-dua pihak iaitu pekerja dan majikan juga. Berbanding budaya kerja di Jepun, pihak majikan sentiasa menunaikan hak dan tanggungjawab mereka kepada pekerja, manakala pekerja pula sentiasa bersungguh-sungguh menunaikan amanah dan tanggungjawab mereka kepada syarikat. Sikap seperti inilah yang telah membawa syarikat-syarikat gergasi Jepun boleh maju dan bersaing diperingkat antarabangsa.

Di dalam Quran, ada ayat yang memberi kebenaran kepada kita menuntut hak untuk membalas dendam kepada musuh kita dengan balasan yang setimpal dan tidak melampaui batas. Tetapi disamping itu Tuhan juga ada menyatakan jika kita memberi kemaafan kepada musuh kita maka itu adalah lebih baik di sisi Allah. Sudah tentu setiap dari kita ingin menjadi orang yang baik di sisi Allah. Oleh itu untuk menjadi orang yang lebih baik di sisi Allah pilihan kita sudah tentu dengan memberi kemaafan.

Saya percaya jika ibu bapa yang mengalami perceraian ini dapat diberi bimbingan cara yang betul untuk menjalani kehidupan selepas bercerai, insyallah perceraian tidaklah lagi dianggap sebagai satu mala petaka yang digeruni menimpa diri sesorang seperti tanggapan masyarakat kita hari ini. Dan yang lebih penting lagi anak-anak mangsa dari perceraian ibubapa ini dapat menjalani kehidupan yang baik seperti kanak-kanak lain.
Wallahualam.

Share/Bookmark

Sunday, October 18, 2009

ULAT DI OTAK AKIBAT MAKAN SUSHI

Inilah akibat makan sushi & sashimi (ikan mentah, gurita mentah,udang mentah, dsb). Nama orang ini Shota Fujiwara dari Gifuprefecture, Jepun, umur 80 thn, telah menderita sakit kepala yang luar biasa selama 3 tahun dan telah kehilangan kemampuan psikomotoricnya. Setelah menjalani pemeriksaan CT-scan & X-ray, doktor yang merawatnya menemukan sarang ulat di bawah kulit kepalanya namun masih diluar tempurung otaknya.

Jadi, BERHATI-HATILAH MEMAKAN SUSHI & SASHIMI !!!

Ulat seperti yg didapati pada kepala Shota Fujiwara adalah berasal dari parasit yg selalunye didapat pada tubuh ikan mentah baik ikan laut maupun ikan air tawar. Ulat parasit & telurnya hanya boleh dimatikan dgn melalui proses pemasakan dgn panas yang tinggi (digoreng, dipanggang atau direbus mendidih atau dgn pembekuan -10 degC s/d -20 degC selama lebih dari 1 minggu).


Share/Bookmark

BILA IBU JADI HAMBA..

















(gambar hiasan)

KISAH yang dibentangkan minggu ini agak berlainan sedikit, bukan mengenai bercinta dengan isteri orang atau sebaliknya, tetapi tentang kelohan seorang ibu tentang nasib yang dikatakannya tidak sebaik nasib ibu-ibu lain.

Ada kaum wanita menempuh kepayahan hidup di awal remaja mereka dan berubah kepada lebih baik setelah dia bekerja dan berumah tangga. Ada pula yang susah ketika awal perkahwinan dan bahagia akhirnya setelah anak semakin besar. Ada juga yang susah di penghujung hayat mereka. Inilah yang menyedihkan.

``Nasib saya tidak seperti ibu ibu di atas tadi, boleh saya katakan hidup saya susah, tertekan jiwa, hati dan perasaan sejak dari saya berada di zaman remaja hinggalah setelah saya bercucu sekarang.

``Saya rasa mungkin saya salah seorang ibu malang di dunia ini, namun saya taklah kesal sudah nasib saya. Ini kehendak Allah saya redha, tetapi saya kesal sikap anak menantu yang membuatkan hati saya hancur seperti kaca terhempas ke batu,’’ demikian cerita Puan Hamizah kepada penulis (bukan saya, tetapi penulis asal cerita ini).

Sebenarnya sudah beberapa kali kami berbual, tetapi perbualan kami terputus-putus, kerana gangguan cucu menangis dan beliau takut bercakap terlalu lama di telefon bimbang anak menantunya tidak dapat menghubunginya di rumah kerana telefon sedang digunakan. Jadi kami berbual kira-kira 6 minit setiap panggilan. Hinggalah saya faham perasaan hati beliau yang terluka selama ini.

``Dah lama sangat saya nak luahkan isi hati saya ini, tetapi tak ada orang yang boleh saya percayai, lagi pun kehidupan saya yang terkurung tidak mengizinkan saya berjumpa dengan ramai orang. Nak cakap dengan jiran takut anak terasa malu. Jadi saya simpan semuanya dalam hati.

``Tetapi apa pun kesimpulan masalah saya ini semuanya berpunca kerana kemiskinan dan kesusahan hidup saya. Kalau hidup kita miskin, anak menantu pun tak suka, malah menganggap kita menyusahkan hidup mereka sahaja. Itulah nasib saya.

``Saya ibu tunggal, diceraikan kerana suami saya nak kahwin lagi, bakal isteri barunya tak mahu bermadu, jadi tinggallah saya bersama anak-anak seramai empat orang ketika itu masih dalam sekolah rendah dan dua sekolah menengah.

``Kerana anak pertama dan kedua perempuan agak pandai sikit dapatlah dia belajar ke sekolah menengah sains berasrama. Walaupun duduk asrama saya terpaksa hantar duit sebab belanja mereka agak tinggi, macam-macam benda nak dibeli.

``Saya bekerja keras untuk mencukupkan belanja mereka di samping dua orang lagi yang masih bersekolah rendah. Ayah mereka setelah menceraikan saya nafkah anak-anak langsung tak bagi. Nak jengok anak pun takut isteri baru marah. Puas saya pergi pejabat dan turun naik mahkamah syariah tapi gagal dapatkan nafkah. Buat habis duit tambang aja, terpaksa cuti akhirnya saya buat keputusan biarlah dia berseronok dengan kehidupan barunya dan jawablah di akhirat nanti.

``Ketika bercerai saya tak ada rumah, menyewa rumah kecil di kawasan dekat KL memang mudah saya pergi kerja, tapi sewa rumahnya tinggi. Selain bekerja saya jual kain potong yang orang hantar minta saya jualkan, paling tidak dapat juga anak-anak berganti pakaian yang mereka berikan. Biarpun pakaian terpakai tetapi masih baru, senanglah kami berpakaian. Kalau besar saya kecilkan.

``Dengan izin Allah anak yang tua sambung belajar buat diploma dua tahun kemudian yang kedua pulak ikut sama. Harapan saya bila mereka bekerja nanti senanglah sikit hidup saya. Sayangnya saya cuma berharap, Allah yang menentukan.

``Tak sampai enam bulan bekerja dia nak kahwin. Tersentak juga rasa hati, cepat sangat anak saya laku. Walaupun saya minta dia tangguhkan dulu, sebab tak berduit buat kenduri, tetapi yang lelaki mendesak. Anak saya Izah terpaksa ikut.

``Kenduri kami ala kadar saja. Kata Izah bakal suaminya tak suka buat majlis panggil ramai orang, membazir aja. Saya ikutkan memang pun saya tak berduit lagipun hantarannya tak tinggi cukup buat kenduri saja. Selesai majlis cuma dua malam menantu saya tidur di rumah, mereka terus pindah rumah lain.

``Dua hari lepas mereka pindah, ketika saya sibuk mengira hutang belum selesai Izah datang ke rumah bersama suaminya, bertanyakan mana set bilik pengantin sebab dia nak bawa ke rumah mereka. Izah tahu saya cuma beli katil dan tilam, almari pakaian dan almari solek pakai yang lama lagi pun rumah sewa kami kecil sangat mana nak muat. Tetapi sebenarnya saya tak mampu nak beli semua benda itu.

``Kerana tak ada set tersebut menantu saya minta beli yang baru. Hutang lagi. Izah tak berani bantah walaupun dia tahu saya tak berduit. Hutang lama tak selesai hutang baru bertambah. Namun dalam hati kecil saya mengharapkan kalau Izah bagi saya RM100 setiap bulan seperti sebelum dia kahwin, mungkin hutang itu boleh saya selesaikan. Tetapi sejak Izah kahwin dia tak beri saya duit langsung.

``Waktu itu memang saya susah, mana nak bayar hutang, tiga orang anak lagi tengah belajar, seorang peringkat akhir pengajiannya, sementara seorang lagi nak ambil SPM, tetapi pada siapa saya nak mengadu, saudara mara bukan orang kaya, mereka pun duduk kampung harapkan anak-anak. Namun mereka masih bernasib baik daripada saya kerana ada anak-anak yang menolong. Berbanding saya.

``Kerana terdesak saya minta Izah bantu bayarkan duit pereksa adiknya, tetapi kata Izah dia tak ada duit, semua duit gajinya suaminya pegang. Kata Izah suaminya kata lepas kahwin dia mesti ikut perentah suami bukan emak lagi, syurga bawah tapak kaki suami. Lagi pun dia nak simpan duit beli kereta baru dan rumah.

``Hendak tak nak saya terpaksa tebalkan muka pinjam pada kawan sekerja RM100 janji bayar dua bulan. Ketika Imah habis belajar saya menyimpan hajat mungkin bila dia kerja nanti dia boleh membantu saya. Imah pulak lambat dapat kerja, dia terpaksa kerja sementara di kilang, memang dia ada bantu saya cuma beberapa bulan sebelum dapat kerja yang memaksanya pindah duduk nun di Selatan.

``Hati saya suka dalam duka. Gembira anak dapat kerja tapi sedih dia terpaksa tinggalkan saya. Di tempat baru dia terpaksa sewa rumah, jadi untuk tiga bulan pertama memang dia tak kirimkan saya duit sedikit pun. Sebaliknya saya terpaksa meminjam bagi dia belakalan sedikit duit semasa pindah dulu. Sekali lagi kawan jadi mangsa. Tapi saya bayar balik semuanya walaupun berdikit-dikit.

``Anak kedua pun cepat jodoh, tak sampai setahun bekerja dia kahwin orang sana. Saya buat kenduri kecil, nak panggil ramai orang kita perlu belanja besar. Asalkan mereka selamat kahwin sudah cukup. Ayah mereka datang untuk izinkan nikah saja. Tak ada satu sen pun dia keluarkan duit belanja.

``Kalau orang lain gembira anak perempuan mereka cepat kahwin tapi orang susah macam saya cuma tangis mengiringi mereka. Sedih dan takut apakah Imah juga ikut jejak kakaknya serahkan semua duit gajinya kepada suami. Kalau saya orang senang memang saya tak harap duit mereka, tetapi susah mereklah harapan saya.

``Dua orang anak lelaki saya Ismail dan Ishak faham masalah saya. Ismail tolak tawaran buat diploma walaupun dia layak, dia bekerja di kilang, katanya nak tolong saya dan adiknya habiskan belajar sampai tingkatan lima.

``Saya menangis mengenangkan pengorbanannya, namun saya terus memujuk supaya dia terus belajar, biarlah saya susah bekerja dan berhutang, asalkan masa depannya terjamin, tetapi dia menolak, dia terus kerja kilang. Katanya dia akan sambung belajar kalau ada rezeki. Tapi sampai kini dia masih kerja kilang dengan pendapatan cukup makan saja. Anak keempat saya pun berakhir dengan kerja kilang.

``Saya cukup sedih, tetapi apakan daya saya tidak ada kemampuan untuk mendesak mereka terus belajar kerana saya pun tak berduit. Ayah mereka tak ambil peduli selepas dia dapat empat orang lagi anak dengan isteri baru dan masil kecil- kecil.

``Peristiwa itu berlaku kira-kira 10 tahun lalu, kini badan saya semakin tua, sudah tak berdaya nak bekerja lagi. Untuk menampung hidup saya jaga anak orang yang dihantar ke rumah saya. Tetapi bila Izah tak ada pembantu dia suruh saya duduk dengan dia jaga anak-anaknya. Sekarang dah lebih 6 tahun.

``Saya rasa saya adalah pembantu rumahnya, tapi tak bergaji, dapat makan dapat tempat tidur. Tapi masalahnya saya dah berusia dekat 50 tahun, badan saya sudah tak kuat lagi. Kerana hidup susah sejak muda, saya memang kelihatan tua.

``Saya fikirkan bila dia ambil saya tinggal di rumahnya dapatlah saya ke surau dan buat amal ibadah dengan lebih selesa, malangnya sembahyang terawih pun jarang-jarang dapat pergi, di rumah aja menguruskan anak cucu.

``Bila sendirian saya selalu menangis mengenangkan nasib. Dari kecil anak saya besarkan, berhutang keliling pinggang untuk menyekolahkan mereka, tapi bila dah senang suami dia kutip hasil. Kalaulah anak saya menjaga saya, agaknya tak sampai umur saya 65 pasti saya dah mati. Cuma 15 tahun sahaja dia menjaga saya.

``Tetapi kalau dia ada umur dia akan hidup bersama suaminya lebih 42 tahun iaitu sejak 23 tahun umur dia mula bekerja hinggalah 65 tahun. Jadi apalah salahnya dia bantu hidup saya yang susah ini dan tolong anak-anaknya melanjutkan pelajaran. Memang tugas ibu membesarkan anak-anak dan menyekolahkan mereka, dan tak boleh minta pembalasan, itu benar, tetapi saya bukan orang senang saya susah.

``Apa yang menyedihkan saya ialah hidup dua orang anak lelaki saya sampai bila dia mesti bekerja jadi pekerja kilang. Bukan saya hina pekerja kilang, tetapi mereka pandai, mereka dapat tawaran sambung belajar ke IPTA apa salahnya kakak-kakak mereka menghulurkan bantuan kerana dia tahu saya susah dan ayahnya tak membantu

dan tak pernah beri nafkah. Salahkah saya meminta bantuan.

``Mengapa menantu saya terlalu berkira tentang duit dan membuat saya macam hamba abdi, kalau saya jadi pembantu rumah kepada orang lain tentu saya dapat imbuhan, tetapi duduk di rumah anak sendiri saya benar-benar terhina. Saya perlukan masa sendiri untuk membuat amal ibadah yang banyak saya tinggalkan semasa bekerja dahulu. Tetapi semuanya tersekat kerana menguruskan 4 orang cucu pergi sekolah rendah, sekolah agama, tadika dan sebagainya.

``Sudahlah hidup saya susah semasa membesarkan anak-anak dahulu, dah tua begini pun saya terpaksa jaga cucu. Saya rasa terhina kerana duduki menumpang di rumah mereka. Kerana saya tidak punya apa-apa, miskin dan tak berharta saya dibuat macam hamba. Nak berbual dengan anak pun terhad, menantu sentiasa mengawasi, apa lagi kalau nak berbual dengan jiran tetangga.

``Saya merasa amat sedih terutama bila besan atau saudara mara menantu saya datang ke rumah, saya tunggang langgang di dapur memasak, mereka cuma berbual dan menunggu hidangan terhidang di meja saya betul-betul terhina.

``Lagi sedih bila menantu bising pasal bil elektrik dan air meningkat. Sabun pencuci cepat habis pun merunsingkan fikirannya. Menantu saya terlalu berkira pasal duit, duit, duit itu. Entah bila penderitaan saya akan berakhir. Saya sentiasa berdoa supaya saya tidak terlantar sakit terlalu lama sebelum mati. Kerana saya tak tahu siapa nak jaga saya nanti.’’ Demikian cerita Hamizah dengan nada suara tersekat-sekat.

Saya hanya tumpang sedih apakah zaman ini masih ada anak-anak seperti ini, Benarlah kata Hamizah, kalau diri tak berduit bukan sahaja dihina orang, anak-anak sendiri pun benci dan tak hormatkan kita lagi. Agaknya mereka terlalu hormatkan suami kerana syurga di bawah tapak kaki suami. Ibu tak berguna lagi.

Tapi kata seorang teman, suami boleh berganti kalau jodoh dah tiada, tapi ibu itulah satu-satunya di dunia dan di akhirat. Sayangilah ibu semasa dia masih ada lagi. Kerana doa ibu membawa berkat.

p/s : Sebagai seorang ibu terharu sungguh saya membaca keluhan ibu tua ini..sedihnya mengenangkan nasibnya.

*****************************************************

Rasulullah s.a.w. ketika menggambarkan tanda-tanda
kiamat ada menyatakan bahawa akan sampai suatu masa
apabila “Ibu-ibu akan melahirkan tuan-tuan”. Telahan
baginda itu kini menjadi nyata. Sudah berapa banyak
ibu yang melahirkan anak-anak derhaka. Sudah berapa
banyak anak yang disusukan ibu mereka kini
mengarahkan ibu bapanya supaya melakukan begitu dan
begini.

Satu perkara yang perlu disemat dalam ingatan
seorang anak, hati ibu bapa di kala usia senja
mereka amat mudah tersinggung dan terasa. Jangan
dibiarkan tersinggung hati mereka dek perkataan
ataupun kerenah kita. Jika tidak, besarlah dosa kita
di sisi Allah s.w.t.

Percayalah betapa sunyinya hidup ibu dan ayah bila
anak-anak sudah berumah tangga. Betapa pilunya hati
mereka kalau di hujung usia mereka diletakkan di
rumah orang-orang tua. Betapa kejamnya jikalau ibu
bapa dijadikan orang gaji, tukang masak, pengasuh
atau tukang kebun.

Kata Sahabat Rasulullah s.a.w. yang bernama ‘Urwah,
“Tunduklah kamu di hadapan ibu dan bapa kamu
sebagaimana tunduknya seorang hamba abdi di depan
tuannya”. Berkata pula ‘Atha bin Rabah, “Janganlah
kamu mengangkat tangan apabila kamu sedang bercakap
dengan kedua ibu bapa kamu”. Sementara Imam al-Hasan
pula menyebut, “Hendaklah si anak itu bercakap
kepada kedua orang tuanya, “Wahai ibu, wahai ayah!,
dan jangan sekali-kali memanggil dengan menyebut
nama mereka”.

Akhir sekali, pulanglah menziarahi ibu bapa di
kampung. Renung dan tataplah wajah mereka berdua
walau kedut sudah seribu. Suaplah nasi ke mulut
mereka. Cempunglah mereka untuk menunaikan hajat
sekira mereka terlalu uzur. Imamkan solat mereka.
Urut dan picitkanlah badan mereka. Hamparkan
permaidani untuk mereka. Kembalikanlah
kenangan-kenangan indah di ruang mata mereka saat
kita di dalam pelukan dan jagaan mereka.

Rindu mereka pada anak-anak bukan lagi pada harta
kekayaan dan pangkat kita, sebaliknya rindu pada
belaian kasih, doa tulus dan bakti murni kita.

Firman Allah swt: “Bersyukurlah kepada-Ku dan kedua
ibu bapamu dan hanya kepada-Kulah tempatmu kembali”.
(Luqman: 14).

Firman Allah swt: “Dan berdoalah, ‘Wahai Tuhanku
kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani
diriku sewaktu kecil dahulu.” (Al-Israk: 24)


Share/Bookmark

Saturday, October 17, 2009

SABARLAH : NAK KAYA TAK ?


Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya,

"Anak nak ke mana?".

Si mamat menjawab ringkas, "KL"

Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh" dan dijawab oleh si mamat tadi "Ehm... bolehlah." Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya.

Dalam hati si mamat berkata, "Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau???" Beliau meneruskan perjalanannya.

Sebaik menghampiri Pagoh,orang tua tadi bertanya, "Anak nak kaya tak?" Si mamat tersentak dan berkata dalam hati, "Nak buat lawak lah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor agaknya. Atau nak menguji aku?"

Si mamat pun jawab, "Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak"

Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si... mamat berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi.

Kemudian orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya tak?"

Si mamat jawab serupa yang tadi, "Tak apalah pakcik, saya lebih senang hidup sederhana".Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, "Tu, pakcik ada tinggalkan satu botol kaya cap kipas udang untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik.

Terima kasih, ya nak." lalu orang tua tu turun dari kereta.

Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab.... .

"Terima kasihlah pakcik" lalu meneruskan perjalanan.. ...

MORAL OF THE STORY : Jangan cepat buat andaian... dengar dulu cerita yang nak disampaikan sampai habis

Share/Bookmark

Friday, October 16, 2009

BIDADARI SYURGA

Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. Dia menjadikan makhluknya juga cantik. Tidak hilang kecantikan disisi Allah walaupun diberi kepada semua makhluknya. Cantiknya ahli syurga ialah sepertimana cantiknya nabi Yusuf, fizikalnya pula seperti saiz badan Nabi Adam, umurnya seperti umur Nabi Isa iaitu 33 tahun. Tidak mempunyai bulu di badan, tidak bermisai atau berjanggut, kecuali Nabi Ibrahim sahaja yang berjanggut.

Yusuf dikurniakan separuh kecantikan dunia (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Anas).

Cantiknya bidadari pula dikatakan sehingga kalau sehelai rambut bidadari jatuh ke dunia, manusia boleh menjadi gila (dengan keharuman baunya, gila kerana mencari punca bau itu sepertimana lelaki mencari punca bau perfume wanita).

Jika seorang bidadari memandang ke bumi dari tempat tinggalnya di langit, semua jarak di antaranya akan dipenuhi cahaya dan bau harum. Wajah seorang bidadari lebih cemerlang daripada cermin, dan seseorang boleh melihat bayangannya sendiri di pipi bidadari. Sumsum tulang keringnya dapat dilihat mata.

Dalam satu riwayat…..Mempunyai betis yang tembus, yang sangat indah mata melihat sehingga boleh terlihat sumsum betis dari belakang dagingnya.

Kecantikan bidadari hanya dapat dilihat oleh suaminya sahaja kerana Bidadari hanya tinggal di rumah masing-masing dan tidak keluar darinya:

Ar-Rahman [72] Dia itu bidadari-bidadari yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing.

Bidadari itu pula hanya melihat kepada suaminya sahaja: Ar-Rahman [56] Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata),

Namun kecantikan isteri (perempuan dunia yang soleh) sebenarnya 700 kali lebih cantik berbanding bidadari syurga.

Kalau cantiknya bidadari pun tidak terbayang dengan akal fikiran, jauh sekali hendak membayangkan cantiknya syurga, apalagi hendak membayangkan betapa cantiknya Allah.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Dari Nabi saw., beliau bersabda: Allah berfirman: Aku sediakan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terlintas di dalam hati manusia

Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Di dalam syurga terdapat sebuah pasar yang didatangi penduduk syurga setiap hari Jumaat. Angin bertiup dari sebelah kanan menyentuh muka dan pakaian mereka, menyebabkan muka dan pakaiannya bertambah cantik, tampan dan indah. Ketika mereka pulang ke rumah didapatinya isteri mereka bertambah cantik dan indah. Kata mereka kepada isterinya, “Engkau sungguh-sungguh tambah cantik dan pakaianmu tambah indah sepeninggalanku.” Jawab isterinya, “Engkau demi Allah sungguh tambah tampan dan pakaianmu tambah indah pula sekembalimu.

Allah jadikan Muka Bidadari 4 warna:

1-Putih 2-Hijau 3-Kuning 4-Merah

Semuanya boleh berubah mengikut citarasa Penghuni Syurga.

Allah jadikan Badan Bidadari daripada KASTURI DAN AMBAR Rambut daripada SUTERA. Dari Bahagian Lutut sehingga ke dada daripada KASTURI dari bahagian dada sehingga ke Leher daripada AMBAR. daripada leher hingga ke kepala daripada KAPUR.

Itulah asal kejadian Bidadari yang lebih cantik kejadianya manusia yang bentuk daripada Tanah. Pasti perubahan kejadian sekarang lebih cantik daripada manusia yang kita lihat begitu cantik sedangkan asalnya daripada tanah yang tidak bernilai.

Jika Bidadari meludah ke dunia air ludahnya menjadi Kasturi.Jika diludah kelaut air laut akan mejadi tawar. Allah telah menulis pada dada Bidadari nama-nama bakal yang memilikinya bersama nama Allah sebagaimana NAMA ORANG YANG TELAH MELAKUKAN MAKSIAT WALAUPUN SEDIKIT TELAH TERTULIS DI PINTU NERAKA. sebab itulah Rasulullah yang Ma’sum tidak ingin melakukan maksiat agar nama tidak tertulis di salah satu pintu NERAKA.

Sebelah tangan Bidadari berhias 10 gelang Emas Syurga. setiap jari -jemari disarung cincin permata.Bidadari memakai gelang permata lu’lu’ pada kakinya.Bidadari dalam Syurga dipanggil Al-Aina ‘ العيناء .

Rasulullah meminta umatnya beribadat sepertinya kerana Rasulullah juga menyintai Bidadari.

Ibnu Masud Meriwayatkan:

Setelah Allah jadikan Syurga, Allah arahkan Malaikat Jibril melihat kejadian Syurga, lalu Malaikat Jibril mengelilingi Syurga, Apabila Bidadari tersenyum pada Malaikat Jibril, Syuga Adnin menjadi terang-benderang lalu Malaikat Jibril sujud pada Bidadari yang disangkakan Nur Allah, lalu Bidadari berkata : Wahai Aminullah angkatlah kepalamu.Maha Suci Allah yang telah menjadikan aku. Aku dicipta adalah untuk mereka yang sentiasa memilih keredhaan Allah apabila diberi pilihan dalam sesuatu perkara.Aku bukanlah untuk mereka yang sentiasa memilih NAFSU semasa diuji.

Rasulullah melihat Para Malaikat sedang membina Istana daripada Emas dan Perak didalam Syurga tiba-tiba Para Malaikat berhenti membina Istana tersebut kerana hamba Allah yang sedang berzikir telah berhenti berzikir.

Allah akan mengahwinkan orang yang benar-benar berpuasa, yang berpuasa zahir dan batin di dalam Khemah Permata Putih di dalam Syurga ” حور مقصورات فى الخيام “

Disediakan juga untuk Bidadari dan Isteri Solehah:

1-70 Helai pakaian

2-70 Katil dari permata Yaqut Merah berserta 70 permaidani dan 70 orang khadam wanita. .

3-Setiap wanita akan dibantu seribu Khadam yang memegang Talam Emas yang sedia berkhidmat untuk orang-orang yang soleh.

Keistimewaan untuk Orang-orang yang Soleh yang berpuasa:

1-Khadam yang sedia mengurut setiap kesakitan yang telah dirasai di dunia semasa menunaikan puasa.

2-Seribu Dulang Emas untuk menyediakan makanan yang diidamkan oleh orang-orang soleh yang telah melaksanakan ibadat puasa dengan sempurna.

Begitulah Allah SWT menghargai Orang telah berpuasa dengan segala anggotanya dan tidak berhari-raya dengan kelakuan binatang yang melompat-lompat di khalayak ramai sambil menyebut nama-nama kuih yang mereka idamkan… meraka merasakan pemergian Ramadhan suatu kebebasan dan boleh bermaksiat kembali… sedangkan orang-orang soleh akan merasa kesedihan kerana kehilangan bulan kerahmatan,bulan keberkatan dan bulan pengampunan lalu mereka layani perasaan mereka dengan takbir dan Tahmid memuji Ilahi.

Biarlah hanya Bangsa Yahudi yang menjadi MONYET DAN KERA.. jangan ada bangsa lain didunia yang juga menjadi monyet dan kera.




Share/Bookmark

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA