Tuesday, October 6, 2009

6 PERKARA YANG KITA TAK SEDAR..

Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

Dipetik daripada buku “Membina Imaginasi Cemerlang”, ms 123-126

Share/Bookmark

29 comments:

pecinta_Islam said...

salam kak.wah menariknye..jika kte ingatkan seseorang dan jika ianya jujur dan ikhlas maka gelombang tu akan sampai.mungkin jg Allah mengetahui kejujuran dan keikhklasan kita,jadi Allah menyampaikan ingatan kita tu kpd seseorng yg kte ingt dngn dia pun trt sme ingt kte.mungkin lakan...

hmm..dlu mase lepas spm sy ske sngt2 baca buku2 saikologi ni kak.bnyk jerk kt umh.hehe..ingt lagi ade baca satu buku ni..dia ckp dlm diri kte ade satu yg dipanggil genetik keturunan sifat..andaikan kita ni jns panas baran,cakap bnyk ataupun apa2 jela maka bila kita kawen nanti sedikit sebanyak sifat kita tu akan turun pula kpd anak kte..dan akan berterusan ke genetik yg baek/x baek itu kpd cucu cicit kte..tapi klu kita muhasabah diri,perbaiki diri kita maka waktu tu genetik kte dh berubah dh..berubah sbb kte yg ubahnye..jadi bila kte kawen n dpt anak maka anak kte akan mengikut genetik sifat yg telah kte ubah itu.hmm..cam tu la lbh krngnnye yg sy ingt
:)

Daud Mili said...

interesting...very interesting...

Unknown said...

Salam kak Zai,patutla rasa macam pernah baca je ,rupanya tulisan DR.Hm Tuah.
Saya pun minat gak dia.

Sebenarnya manusia juga dikurniakan oleh Allah dgn Tenaga simpanan yg hanya keluar apabila keadaan benar2 terdesak,

sebagai contoh jika dikejar anjing garang,seorg nenek tuapun dapat melonpat parit yg biasanya dia tak dapat langkahpun.
Fikir-fikirkan..

Unknown said...

kak zai.
terima kasih N3 yang menarik
saya mengalami proses ini..

bagaimana kuasa minda dibawah sedar menjadikan : kita adalah apa yg kita fikirkan.

seterus ' kuasa tarikan ' + NLP - satu dari kuasa samantik yg menjadikan kita adalah apa yg kita fikirkan..

akhirnya : kuasa percaya....
terima ksih perkongsian yg menarik

IMANSHAH said...

Saya setuju dengan Ijok2009.. masa saya umur 14, saya tak tahu berenang tapi sebab kena sengat sengat tebuan, saya lari terjun sungai, boleh plak saya berenang

Pn Kartini said...

Salam Zai..
Tq utk n3 yg menarik..
Teringat masa kat Sarawak dulu..ada makcik kampung..membuat tafsiran minda tini yg teringatkan seseorg..dan ingatan yg kuat itu jua..dirasai olh org sana jua..Ehem!:)...Agaknya itu yg dikatakn Aura kutt..:)

anaklaut said...

salam...kak zai,

sangat menarik buku ni..

kisah dalam entri saya, sebelum ini, apabila saya terlihat seseoarng terkapai2 hampir lemas di PD, tanpa hiraukan keselamtan, saya selamatkan budak tersebut....tak sedar waktu tu laut bergelora.. ( boleh baca dalm entri 31hb Julai 2009).

kesimpualannya entri ini sangat berguna..tq kak zai..

Tirana said...

Zai, minda separa sedar kita ibarat sebuah komputer malah lebih canggih daripada itu. So berhati-hati apabila kita memasukkan sesuatu program ke dalam minda separa sedar kerana ia juga seperti komputer, mengikut dan melaksanakan arahan yang diberi tidak kita samada arahan itu negetif atau positif

hafinah@yahoo.com said...

Sebab itu allah ciptakan minda kita duduk di atas. tetapi apabila kita sujud dalam solat, minda kita berada paling bawah. di bawah punggung. kerana tika itu kita adalah paling kerdil di sisi Allah.

abu muaz said...

tapi sayang zai... ramai tak solat kini.

Kakcik Seroja said...

Salam Zai...

terimaksih kerana berkongsi ilmu.

Satu ketika dulu, saat kakcik 'terputus dengan seseorg atas sebab2 yg tidak dpt dielakkan', hampir saban hari kakcik mengingatinya. Bila getaran ingatan itu begitu kuat, pasti kakcik akan mendapat panggilan darinya... dan kami akan sama2 menangis di talian!

hai said...

saya tertarik dengan komunikasi minda ke minda tu...saya dan suami selalu mengalaminya...kadang saya hanya terfikir nak makan sesuatu tiba2 dia bawak balik apa yang saya fikirkan tu...dan ada juga dia terniat nak balik ke kg ke..tapi x tau camana saya pula mengajak dia balik ke situ...selalu kita boleh terfikir benda yang sama...walaupun tidak diungkapkan dengan kata2!!

ZOOL@TOD said...

Sebab itu kita kena sentiasa positif. Orang-orang yang berfikiran positif selalunya berjaya. Sebaliknya mereka yang berfikiran negatif akan menjadi suram seperti negatif filem (kodak)

Sofia said...

Assalamualaikum wbrt :)

Hebatla n3 kali nie... Best baca... Suka2...

zai said...

Salam Syahbandar..

Boleh dikatakan kenyataan itu sangat tepat hampir 100%..itulah dinamakan aura dalaman..dan tak hairan kenapa kita tiba2 boleh terfikirkan seseorang yg telah sekian lama tidak bertemu..tidak mustahil dia juga mengingati kita..

hai macam nak guna kuasa minda nie utk memikat seseorang jer tu dik..ada apa2 ke ?

zai said...

Salam Daud Mili..

No harm trying even on errors..mana tau menjadi..ttp gunakan ia utk perkara yang baik2 kerana orang yang berfikiran positif adalah orang yang sangat kuat berusaha..dalam erti kata lain dare to fail..

zai said...

Salam Ijoks..

Tepat sekali kenyataan ijoks tu..

Kak Zai pernah mengalami peristiwa tu masa mengandungkan anak sulong..kak zai takutkan tikus yang tiba2 terjun dari mana tah..kak zai boleh lompat naik atas tong yg tinggi tanpa jatuh..masa tu dah mengandung 6 bulan..hehehe..berani betul masa tu..tak ingat takut dah..

oopppss..jangan cite kat orang yer malu...(pesanan mak andih nie) mcmle oranglain tak baca nnti

zai said...

Salam Jinggo..

Membaca, memahami dan mencuba dan berjaya..itulah JINGGO..

"kuasa percaya"...sangat tepat dgn orangnya...

zai said...

Salam Imanshah..

hmm..trm kasih atas petua tu..kak zai pun mmg tak pandai berenang..nak kena ligan dengan lebah baru berani kot terjun sungai dan berenang tapi tupun kalau jumpa sungai..kalau tak jumpa alamatnya cuma ada petua macammana nak jadi arwah jer la kan ?

zai said...

Salam Tini..

hai..macam terkenang kisah lama nampak..pastinya kuasa minda tu benar2 terjadi dan menakjubkan kan ?

zai said...

Salam Anaklaut,

Trm kasih krn sudi singgah dan komen yang menambahkan lagi kebenaran tntg kuasa minda..

zai said...

Salam Tirana..

Trm kasih atas pesanan yang sangat menginsafkan..mmg benar, kerana itulah sekiranya kita memusuhi seseorang dan sentiasa memikirkan keburukan tntngnya kita akan menjadi semakin benci dan berdendam kerana minda telah dikuasai dengan aura2 yg negatif maka ia memburukkan lagi perasaan itu.

zai said...

Salan Insan Marhaen..

Terima kasih atas perkongsian dan kata2 yang sangat indah..akan zai ingat selalu betapa kerdilnya kita ..satu kenyataan yg membuat saya terpaku..

zai said...

Salam Abu Muaz...


Itulah kenyataan yang sgt pahit krn iman tidak boleh diwarisi..sesuatu yang sgt menyedihkan kerana ada ibubapa sendiri tidak solat jadi bagaimanalah anak2 nak menjadi sebenar2nya makhluk..tetapi jika Allah mengkehendakiNYA tiada siapa boleh menafikan bahawa yang dilahirkan kafir boleh mati sebagai seorang islam.

zai said...

Salam Kak Cik,

Itulah kehebatan kuasa minda yang tak pernah kita sedar sebenarnya..

zai said...

Salam Hai..

Itu lagi satu kekuataan aura dan naluri yg menyatu kerana hai iklas menyintai suami dan dia iklas menyintai hai maka lahirlah kuasa minda dibawah sedar secara tidak langsung..kita berhubung melalui perasaan kasihsayang yang iklas.

zai said...

Salam Zool,

Sangat tepat..mmg selalunya orang berfikir positif akan melahirkan sesuatu yang positif juga kerana tiada istilah putus asa dalam dirinya.

zai said...

Salam Sofia,

Boleh mencubanya..kuasa minda dibawah sedar. Semoga berjaya..

Werdah said...

Salam Zai,

"Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda".

Yang ini selalu kak alami, bila teringat akan seseorang tak kiralah ipar ke, kawan2 ke, tak lama lepas tu akan dapatlah panggila telefon ataupun kunjungan..

Zai,

Sekarang ni memang ramai pengkaji, membuat kerja mereka dengan sempurna.. alhamdulillah kita dapat tempiasnya.. dalam al-quran pun Allah suruh kaji melalui ciptaanNya.. Iqra' yg pertam tu pun Allah suruh baca.. baca tu maksudnya bukan setakat membaca..

Seronok baca N3-N3 Zai.. alhamdulillah..

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA