Assalamualaikum warahmatullah
Kepada sahabat-sahabat semuslim saya di luar sana. Saya begitu risau dengan perkembangan mutakhir kedudukan agama Islam di negara kita. Kita asyik bercakap soal politik, ekonomi, hiburan dan sukan. bagaimana pula soal akidah anak-anak muda kita dewasa ini. Anak-anak muda islam kita seperti buih-buih di lautan. Muka macam melayu, cakap macam melayu, tapi pakaian bukan macam melayu,...agama??Entahlah, banyak yang melayu, tapi solat tak buat, puasa tinggal, arak minum, hiburan nombor satu. Saya begitu sukar memikirkan masa depan anak-anak kita pada masa akan datang, penuh dengan cabaran dan dugaan. Semoga kita semua, berjaya mendidik anak-anak kita dan menjadi penolong kita di syuga nanti Insya Allah.
Berikut adalah beberapa kes berkenaan isu murtad yang terjadi di Malaysia dan artikel di bawah ini adalah petikan ceramah dari Peguam Islam terkemuka di Malaysia iaitu Encik Zulkifli Noordin. Semoga artikel ini akan menjadi panduan dan pedoman kepada kita agar lebih berwaspada dalam mendidik akidah anak-anak, diri kita, keluarga dan saudara kita yang lain.
Kes ini adalah kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama. Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.
Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.
Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani.
Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita.
Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.
Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besaritu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'. Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.'

Untuk maklumat lanjut, anda bolehlah membaca diblog ini
klik disini
16 comments:
Kisah ini sangat tragis. Semoga ia menjadi tauladan untuk semua. kita perlu bela agama Islam kita lebih dari nyawa kita!...semoga roh keluarga Ibrahim berada dikalangan org2 syahid dan mukmin berada dikalangan org2 yg beriman.Amin...
Salam, Zai;
Perihal murtad ini telah dibangkitkan YB Zulkifli Noordin sejak lama dahulu. Saya pernah menghadiri penjelasannya di Kajang pada tahun 1997/1998 dahulu dan penjelasan itu sangat menakutkan saya. Hal yang Zai bangkitkan tentang Sdr Ibrahim itu juga ada didedahkannya pada waktu itu. Malangnya, isu murtad yang hangat pada waktu itu "tertutup" oleh berita pemecatan Anwar Ibrahim pada tahun 1998 (berita pemecatan itu mendominasi berita di segenap pelosok negara). Seharusnya hal ini dibangkitkan semula, jangan dilindung-lindungkan.
salam Zai,
Memang hal ini menyedihkan dan menakutkan . Satu ketika dulu Tuan Mufti Perak juga hebohkan hal ini. Tetapi kemudian senyap semula. Jika dilihat usaha org2 gereja lebih utk menarik org2 Islam mengikut mereka tetapi usaha kita setakat mana ya? sungguh bimbang.
benar,
umat islam zaman sekarg dah tak berani mempertahankan agama sendiri seperti dulu
bukan tu saja, malahan diri sendiri mengaku islam
tapi pakaian dah tak mcm islam
isu murtad mmg tak begitu meluas di malaysia
walaupun sebenarnya byk yg murtad
malaysia sibuk kan isu lain
nama je negara islam
kalau ada yg perjuangkan hak utk murtad
takde sape yg berani bangkit menentang...
moga kuat iman kita semua mempertahankan agama...
allahuakbar....
pemimpin dan masyarakat perlu pandang serius isu nie...menda nie da jadi isu besar skang nie
Salam Kak Zai,
Tertarik dgn hadis..seseorg yg Islam di waktu pagi tiba2 kafir diwaktu petang..seseorg yg Islam diwaktu petang tiba2 kafir esok paginya..dahsyatnya ujian terhadap iman sehinggakan boleh gugur dlm satu hari..krn harta dunia iman tergadai..mohon kita terselamat dr ujian ini..
ustaz kamal asaahari,bekas imam masjid shah alam dulu dah penah bukak isu murtad...tapi x tau cam ada sesuatu yang nak ditutup, bila ada pihak membesar2kan isu manusia bertukar manjadi babi tu...sehingga keluar kenyataan2 yang sangat mengelirukan!!!
Salam kakZai,
Saya pernah mendengar ceramah dari saudara baru ,beliau adalah anak kepada sami Besar Batu cave,menurutnya dlm agama hindu sesiapa yg menukar agama akan dibunuh oleh keluarga sendiri.memang itu peraturan agama mereka.Sebab tu bukan calang2 org yg berani keluar dari agama Mereka.
Mengikut ceritanya lagi bekas penyani kumpulan Alycat yg disahkan mati bunuh diri dulu ,sbnrnya diracun oleh Isterinya sendiri sebab dia telah memeluk Islam.
Nak cakap banyak2 pun sensitif.
Kata negara Islam tapi macam org lain jadi tuan.
Salam kk,
Kagum kak zai dgn non muslim yg memeluk islam dan begitu istiqamah berpegang pada ajaran islam walau diugut dgn pelbagai macam ugutan bunuh malah akhirnya dibunuh..sesungguhnya orang2 mati syahid sangatlah bertuah kerana mereka tidak lagi dihisab diakhirat nnti...
Salam Zulkifli,
Mmg benar saya juga ada terdengar tntg peristiwa itu ttp ianya tiba2 senyap begitu sahaja..mungkin pada pandangan pemimpin isu murtad bukan isu negara ttp isu individu utk menyelesaikannya..inilah yg dikatakan dunia akhir zaman..mereka mengejar dunia seolah2 dunia tidak berpenghujung dan terlupa bahawa kita lahir kedunia dgn tidak membawa apa2 dan apabila meninggal dunia juga tidak membawa apa2...
Semoga suatu masa kelak negara akan dipimpin oleh mereka yg benar2 berpegang pada tali Allah mengamalkan prinsip amal makruf nahi mungkar..
Salam Kak werdah..
Itulah yg menghairankan knp isu murtad ini dipandang remeh dan begitu ringan oleh kesemua pemimpin kita yg mempunyai kuasa utk bertindak..sedangkan ia adalah merupakan isu besar (isu agama) dlm sebuah negara islam..
Zai berharap mudah2an Allah memelihara iman kita sehingga keakhir hayat dan bagi mereka yg memilih utk mencabar Allah..Tunggulah masanya akan tiba jua..
Salam intan izani..
itulah yg merupakan perkara yg sangat menyedihkan..
Seharusnya sebagai negara islam, perkara spt itu tidak berlaku dan mereka yg bertanggungjawap patut dihukum dan cerita mengenai kisah ini patut dihebahkan kpd umat islam utk terus berjihad berjuang menentang orang2 yg cuba membuat hukum sendiri spt ini.
Salam O,
Mmg ini bukan isu individu ttp isu negara, isu agama dan isu kita..dan kerajaan perlu bertindak segera menanganinya dan bukan sibuk bertikam lidah utk hal2 remeh yg lain..sudah jelas ramai yg sudah gila kuasa..tidak peduli lagi tntg agama...wang telah menjadikan hati masing2 begitu miskin.
Salam Arianni,
kerana itulah kita harus istiqamah dan tidak lalai didalam soal solat..kerana sekurang2nya apabila kita bersolat lidah kita akan sentiasa mengucapkan syahadah dan seandainya terlajak kata yg menjadikan kita kafir tak kira diwaktu pagi dan petang, kita masih berpeluang utk mengucapkannya kembali pada masa solat..
Semoga Allah tidak memalingkan hati kita dari ajaran islam yg ad-din
Salam Ijoks,
Kak Zai sendiri pun ada terdengar kisah itu tapi tidak dapat utk mengesahkannya dari sumber2 yg pasti..
Mudah2an Allah tidak menurunkan bala keatas semua kita kesan dari perbuatan sesetengah manusia yg masih engkar dan dgn bangganya mencabar kekuasaan Allah..
Salam hai..
Zai pernah membaca majalah mastika berkenaan ada srg dato' ketika meninggal wajahnya bertukar menjadi rupa babi ttp ceritanya tidak dibenarkan disiarkan malah diarah tutup oleh pihak2 yg terlibat..
Alangkah bodohnya org2 islam spt ini..semoga Allah memberi balasan setimpal di atas perbuatan mereka.
Post a Comment