Sewaktu waktu dulu, jika ada perlakuan kami yang tidak elok.., emak akan selalu berkata.."itula hangpa tak tau lagi macammana perasaan emak.., esok bila hangpa dah kawin, dah beranak pinak dan ada anak pompuan, hangpa taula macammana hati seorang ibu dan macammana susahnya nak jaga anak perempuan.."
Benar, dulu aku tak pernah tahu macammana perasaan risau seorang ibu dan tak pernah mengerti...malah tak pernah ambil tahu kerisauan ibuku tapi kini kata-kata ibu suatu waktu dulu mula bermain dimindaku...
Kini setelah berkahwin dan menjadi ibu kepada 5 orang cahayamata..barulah aku tahu betapa sukarnya untuk menjadi seorang ibu apatah lagi mendidik 5 orang anak yang berbeza karektor dan hanya mempunyai satu anak perempuan yang kini sedang meningkat remaja berusia 14 tahun.
Apa yang menggusarkan fikiranku kini adalah persekitaran yang turut menyumbang kepada perubahan dan perkembangannya..aku semakin risau apabila melihat disekeliling kawasan kejirananku anak-anak remaja sebaya anak gadisku semuanya agak sosial didalam cara berpakaian, mereka berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna dan adakalanya hanya memakai seluar pendek dan baju singkat yang menampakkan perut. Dan gadis-gadis seperti itu pula sentiasa berkeliaran dikawasan persekitaran rumahku dan akhirnya kini menjadi rakan baik anak gadisku..aku telah acapkali berpesan pada anak-anakku agar bijak memilih sahabat agar diri kita tidak terheret sama kearah perkara yang tidak elok.
Tapi sejak akhir-akhir ini aku semakin risau dengan perubahan anak gadisku, aku mula terperasan betapa kerapnya hp nya berbunyi dan satu hari aku terjumpa sms berbaur cinta dari lelaki-lelaki yang tidak dikenali di hp nya itu..aku melahirkan kerisauan kepada suamiku tetapi suamiku pula berfikir sebaliknya dan menyatakan "kita pun pernah remaja, jangan terlalu kontrol depa, kalau selagi tak melampaui batas..biarkanlah.." Aku jadi terdiam..disatu pihak aku sangat risaukan keselamatan anak-anakku dan disatu pihak lagi, suamiku sangat positif dgn anak-anaknya sedangkan rakan-rakan anakku yang merupakan anak jiran tetanggaku sering datang bertandang kerumahku kesemua mereka seakan seperti tidak berakhlak. Pakaian yang begitu menjolok mata dan adakalanya berseluar jeans pendek dan ketat sehingga menampakkan apa yang tidak sepatutnya membuatkan aku mula rasa kurang senang dgn pergaulannya.
Aku mmg simpati pada anak daraku itu kerana dia kesepian tidak mempunyai adik beradik perempuan yang lain utk berkongsi perasaannya dan dalam pada yang sama dia ingin berkawan tapi sudah tentulah aku sebagai ibu yang bekerja tidak dapat bersamanya sepanjang masa..aku berperang dengan perasaanku sendiri hampir setiap waktu..
Sebagai ibu, aku hanya mampu berserah kepada Allah SWT untuk menjaga keselamatannya disamping doa seorang ibu yang tidak putus-putus setiap kali bersolat memohon dan berdoa kepada Allah SWT mudah-mudahan kesemua anak-anakku terpelihara dari segala godaan syaitan dan selamat didunia dan akhirat...
dan kini apabila aku meluahkan perasaanku kepada ibuku tentang kerisauanku, ibuku akan berkata " itulah..sebab kenapa mak dulu-dulu selalu berleter kat anak-anak mak, sebab mak sayangkan anak-anak mak dan tak ada emak yang nak anak dia jadi anak yang jahat..kita juga kena jaga lidah..jangan mudah mengata dan mengaibkan anak oranglain dgn macam-macam kata nista kerana tidak mustahil ia akan berbalik kepada kita.." Kata-kata ibuku itu sangat terkesan dihatiku..pesanan dari orang yang sangat berpengalaman dan akan menjadi peringatan yang terbaik untukku dan suami.
Jadi aku ingin berpesan kepada semua rakan pembaca yang lain agar janganlah kita membiarkan anak-anak kita bagai kapal yang tiada nakhoda, bimbinglah mereka dengan sebaik mungkin dan ajarlah adab-adab berpakaian menutup aurat dengan sempurna kerana ia adalah menjadi tanggungjawap ibu-bapa dan bukan tanggungjawap masyarakat utk membetulkan akhlak anak-anak kita. Yang sering bermain difikiranku ialah "mak bapak budak-budak tu tak marah ke melihat anak-anak mereka berpakaian menjolok mata...?" adakah kita sebagai ibu bapa harus memberi kelonggaran berpakaian sehingga sebegitu sekali ?...

Ya Allah hanya padaMU aku berserah..
12 comments:
Salam, tulah kak ya, zaman teknologi ni, macam2..komputernya, HPnyer, Ipodnya, MP4 nyer..kita diserang segenap penjuru, hanya benteng iman dan jati diri yang akan menghalang...
salam kak.hmm..risau jerk bila membacanya..terlampau muda..bnyk sngt2 pengaruhnye..x pe kak..teruskan nasihat dan nasihat..sbnrnye hp jg banyak kesan2 nye..tambah2 anak gadis yg br mengenal dunia remaja.dngn hp lah jgk mereka lebih mdh untuk mengenali ramai lelaki diluar sne dan macam2 jenis lelaki.kdng2 remaja yg terlampau muda ni tidak mampu untuk menilai lelaki yg baek kpdnya jika telah hanyut kpd cinta..
mungkin tampa hp membataskannya untuk bergaul dngn laki.tngk la kesan hp pd remaja yg br mengenal dunia..dngn hp mereka mampu untuk bercinta dngn mdh,dngn hp jg mereka mampu berjanji untuk keluar bersama..dan macam2 lagi..sy rse cam x patut je remaja yg br belasan tahun memakai hp melainkan hanya pd waktu2 yg tertentu.dan sy tidak fikir hp itu perlu kpd dirinya jika dia hanya berada di rumah bersama keluarga.melainkan dia kluarkan kemana2..ada baeknye kte sediakan dua hp..bila ank2 nk g mane2 pinjamkn nye hp kte tu..itu lbh kearah mengawalnya..berbanding kte memberi kuasa untuk dia memiliki spnhnye bwtkn bnyk kebarangkalian akan terjadi.tambah2 lelaki pndi mengayat,dah lelaki yg krng baek pula pndi mengambil kesempatan hnya dngn menggunakan hp shja untuk mempengaruhi remaja perempuan untuk terjebak dngn bnda2 yg x patut.bnyk sngt2 kesan2 nye kak..
berkawan pun sme jgk..bila berkawan dngn kwn yg jelas2 pakaiannya pun menjolok mata akan mdh la terpengaruh dngn kehidupan mereka.dan biasa yg berpakaian yg menjolok mata ni lbh mdh terpengaruh dngn zina tampa menafikan ada je yg berpakaian elok pun terlibat sme.cme yg sy maksudkn ianya lebh tercenderung sbb biasa mereka lbh mdh dihinggapi oleh lelaki2 yg nk mengambil kesempatan kpd dirinya..jd anak perempuan mmg ssh nk jg.kebebasan ank perempuan mmg ptt dibataskn.tngk la kt luar sne..mcm2 ada.jika kebebasan diberikn maka mdh la mereka nk knl semua yg ada kt luar tu sndgkn mereka msh mentah sngt2 lg.maafkn sy kak jika pnjng sket.sy cme nk luahkn apa yg sy rsekn ptt je..skali lg sy mintak maaf
Salam Zai..
Semmgnya rasa bimbang itu mesti ada apatah lagi berdpn dgn remaja di zaman skrg yg byk pancarobanya..
Berkawan mmg bagus ttp perlu diseliapantau..bimbang terpengaruh dgn yg tdk berakhlak..
sesuatu yg dirasakan seronok pasti mudah membuatkan remaja terlalai..
Zai..
harap kan terus menasihat dan membimbing puteri nan seorg..semoga sentiasa menjadi ank yg tahu membezakan baik dan buruknya...bimbang juga rasanya kan..Pe2..InsyaAllah zai blh buat:):)
Salam Zai,
Kak ada 3 anak perempuan dan 2 lelaki, seorg lelaki dan seorang perempuan dah kahwin tu yg ada lima cucu tu.. yg bongsu awal tahun depan 20 tahun umur.. memang bimbang dgn anak2 perempuan ni.. namun begitu anak lelaki juga perlu dibimbangkan.. yalah mereka bergaul bkn macam zaman2 dulu, ada facebuk ada hp ada segala2nya lah bak kata nak jumpa selalu tu senang sangat.. tak perlu naik bas atau teksi.. memang bimbang Zai, tapi selalulah nasihat macam mak Zai selalu nasihat kat Zai tu.. insyaAllah.. selagi kita mengingatkan mereka dan berdoa mereka mesti tahu menghormati kita.. mudah2an anak gadis Zai ni jadi anak solehah dgn berkat ibunya yg solehah.. dan kepada anak2 lelaki lain tu termasuk kembar.. InsyaAllah
Zai, kenapa tukar gambar pada frofile tu!
Salam Zai..kawan ada 2 anok perempuan..sorang anok lelaki..yang perempuan sorang tu cepat sensitif..yang sorang lagi tu pengasar..penin pala mak dia orang..
Zai kena jadikan anak perempuan Zai tu sebagai rodong..
Salam Kak Zai,
Bersimpati dgn kerisauan akak.. pada sy pergaulan harus dikawal dan awasi..kontrol utk kebaikan dia..pemilihan kawan harus dijaga.. Sabda Nabi saw: "Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat".. Dgn nasihat, bimbingan dan asas agama yg kukuh dr akak pasti dia blh menepis apa jua pengaruh dr luar..InsyaAllah
assalamualaikum...
tidakkah artikel ini ditulis hasil dari prihatin & kesedaran maka rasanya dah on the right track le tuh. namun sesapa yg ada, lebih2 lg anak dara mmg kena extra cautious (saya pun). berkenaan hubby tu...cakap kat dia, dia sure ke bebudak lelaki yg luar tu baik cam dia??. selalunya kita trust anak kita...tapi camna dgn kawan2 & pengaruh luar yg lain?...wallahualam
Salam zai ..
bila dah jadi ibu dan ada ank2 yg dah besar , saya selau cemburu kat anak2 saya . selalu tyer sapa kwn2 dia , sapa tipon , apa yg dorg nak dan mcm2 lagi ..bukan nak kongkong ! kdg2 terlepas pandang gak .. Selalu mampu berdoa agar semuanya selamat ..
yup!! emak selalu cakap.. nanti kalau dah ada keluarga sendiri taulah macam mana hati seorang ibu...
walaupun belum berumahtangga tapi bila tgk anak2 sedara yang agak aktif .. macam inilah agaknya emak melayan karenah aku masa kecil..
:)
Mendidik anak-anak ni macam main layang-layang..Ada masa kita kena lepaskan..ada masa kita kena tarik perlahan-lahan. Kalau kita rentap, takut nanti layang-layang terputus..
Saya pun ada dua anak perempuan....ikut pengalaman sy anak2 perempuan ada beberapa perkara asas yg perlu mantap sblm mereka cukup umur...
1. Solat 5 waktu mesti sempurna dr sudut penghayatan rukun dan syaratnya. 7 tahun mesti dh cukup 5 waktu. Bila baligh, perkara ni dh menjadi lazim pdnya....hatta dia tertidur pun dia akan bangun tgh mlm utk solat isyak. (contoh)
2. Tutup aurat - wajibkan seawal usia kita didik solat jg. Bkn sekadar keluar rumah ttp ajarkan siapa yg wajib dia jaga auratnya.
3. Baca al-Quran selalu...bkn hanya nk khatam shj. Wajibkn surah2 tertentu pd masa2 tertentu...eg Yaasin pd setiap mlm jumaat. Berjemaah dgnnya digalakkan.
4. Sebagai ibu pula selalu buat solat hajat,berdoa sewaktu mereka menginjak dewasa......kdg2 ibu jrg berdoa, jrg mengadu pd Allah. Kita hanya mengharap aje....bukan menadah tangan berdoa.
p/s ttg hp,beri anak guna ikut perjanjian...kalau ada yg negatif tarik balik keistimewaan.
bila anak dh remaja, cara membimbing berubah, kita kena jd kawan yg paling akrab dgn mereka.
Moga2 dpt membantu.
Salam imanshah,
Itulah yang berlaku, terkadang teknologi yang terlalu moden juga boleh merosakkan minda masyarakat kita segala2nya ada didepan mata, agak sukar utk kita membendungnya apatah lagi mcm kak zai seorang ibu yang bekerja yg tidak dapat memantau aktiviti anak2 sepanjang masa..
Sebagai ibu kak zai telahpun cuba melakukan yang terbaik buat anak2.
Post a Comment