Thursday, October 8, 2009

FIKIRKANLAH..

* Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri.

* Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu.

* Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.

* Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu (pandai mengayat..!!!).

* Lelaki pendiam ibarat air tenang yang dalam & bahaya.

* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu lawan.

* Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki, menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki yang sebenar & menulis menjadikan anda lelaki sejati.

* Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada dikesani oleh orang lain.

* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.

* Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.

* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap

* Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.

* Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka.

* Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.

* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.

* Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan seumur hidupnya.

* Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.

* Imaginasi menguasai dunia.

* Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai.

* Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.

* Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu.

* Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas.

* Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.

* Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripada orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada kemiskinan mereka.

* Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.

* Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada beliau mencintai lelaki tersebut.

* Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

* Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam.

* Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.

* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana

* Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain

* Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari

* Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa yang anda dapat.

* Lelaki yang bijak dapat membaca buku & kehidupan sekaligus.

* Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang dimiliki

* Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.

* Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.

* Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai

* Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.

* Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat.

* Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah.

* Mimpi itu adalah perlu dalam hidup.

* Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan.

* Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada kemenangan terhadap orang lain.

* Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak melakukannya.

* Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya.

* Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya.

* Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan.

* Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda.

* Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.

* Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.

* Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda perlindungan dengan tidak memusnahkannya.

* Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah hinaan kepada Allah.

* Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini.

* Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca

* Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah bahawa masa depan masih ada.

* Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak pada diri manusia

* Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan yang orang lain capai

* Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus gagal

* Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku

* Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada yang berlidah manusia

* Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk kita rasai nikmatnya.

* Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan

* Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula jatuh ke bumi

* Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya melalui perlaksanaan.

* Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan.

* Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya dirinya ditipu.

* Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan

* Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya.

* Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama

* Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian

* Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita & kejayaan

* Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat

* Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan

* Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri

* Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri anda yang sebenar

* Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api di dalamnya kita terbakar

* Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan akan menamatkan manusia

* Arus masa depan telah tiba & tiada cara melawannya

* Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya

* Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan

* Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri

* Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan

* Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.

* Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.

* Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit.

* Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.


Share/Bookmark

13 comments:

nurimo said...

Salam kak zai,

Dad baca apa yang kak zai tulis tu,

Nak tanya sikit blog yang ada modorator banyak tak dipamir kepada umum apa yang ditulis oleh pembaca terutama blog politik.

Adil ke kepada penulis,komen2 tak keluar

zaijb said...

indah nya ayat2... saya suka lahh entry nie... byk yg boleh kita pelajari..

Kakcik Seroja said...

" Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan seumur hidupnya."

huhuhu.... anak kakcik semua lelaki!

mudah2an mereka tidak melebihkan isteri dan membuang ibu dan tidak juga membuang isteri kerana melebihkan ibu!

Relevan said...

Salam Zai..Saya Lelaki.. he he..
Entri Zai ni boleh dijadikan pedoman..

Unknown said...

tima kasih kak...

Dearie Pearls said...

Dear Kak,
Banyaknya2 kata2 hikmat..

Thanks sharing this..

endiem said...

molek untuk di fikirkan..

atie said...

Salam Kak zai,

Panjang sungguh iktibar2 yang kak zai beri... baik utuk direnungkan ..

Daud Mili said...

penatnyer nak baca....tapi isinya buatkan ku berfikir sejenak..~...hahaha...thanks kak..

Werdah said...

Salam Zai,

Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.

Tadi baru dgr ceramah.. jika kita takut kpd bahaya kita berusaha untuk mengelak bahaya itu, kalau takut kemalangan berhati2 di jalan raya.. jika takut gagal berusahalah untuk berjaya, jika takut ke neraka berushalah untuk menjauhinya janganlah pula seolah2 nak terjun ke dalamnya.. Nau'uzubillah..

Zai banyak sungguh kata2 hikmah yg boleh diambil pengajaran.. hanyasanya usaha kitalah yg menentukannya.. mudah2an kita berjalan di atas jalan yg lurus.

Unknown said...

Salam Kak,
Paparan akak kali ini membuatkan diri saya merenung jauh dan jauh..Kat mana saya..Siapa saya..Terima kasih kak..Sesungguhnya perjalanan ini masih jauh dan penuh liku-liku

Pn Kartini said...

salam dear..
Panjang juga yaa...tapi masih boleh difikir2kan..:):):)
Tq..:)

Shukri said...

Bukan senang nak karang nih...panjang jugak masa untuk saya menghadamnya.
Tahniah. Sangat berkesan di hati lelaki ini...

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA