Thursday, October 8, 2009

KEJAMNYA MANUSIA...


Salam semua rakan-rakan pembaca yang dikasihi dan dirahmati Allah..

Kali ini saya ingin berkongsi satu kisah yang menyayat hati mengenai nilai-nilai kemanusiaan yang semakin hilang dihati kita sebagai salah satu makhluk tuhan...

Mari kita hayati kisah ini...dan kongsikan apa perasaan anda selepas itu.. Kejaaammnya manusia
(mereka (binatang) juga berhak untuk hidup........huk huk huk !!!),

Maafkan saya kerana saya tidak bijak mengarang. Saya bukan penulis. Apa yang saya ingin ceritakan pun hanyalah tetang monyet,haiwan yang sering jadi bahan sendaan kita, bukannya tentang wang, saham, barang kemas, kekasih yang jelita mahupun banglo besar. Saya tidak bijak bercerita tentang itu Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang saudara. Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di kuala Pilah, nun di depan sana ,saya lihat ada sekumpulan monyet mundar-mandir di sisi jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas. Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hamper,saya terkejut kerana ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan memperlahankan kereta.


Selanjutnya....


Kereta semakin hampir dan dada ini berdebar apabila melihat monyet itu terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya terketar- ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging. Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu berwarna kelabu.

Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu? Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya! Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya, nyawanya melayang sebelum sempat melihat wajah ibu. Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya nampak kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi, tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hamper saja dilanggar kenderaan yang lalu-lalang.

Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor monyet. Ia hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan manusiawi. Tapi tidak kepada saya. Pulang bercuti, saya terus catatkan surat ini, kerana peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan saya kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an...............

Ketika itu usia saya masih di awal 20-an. Hari itu, saya diajak oleh seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Saya bukanlah minat memburu, tapi daripada bosan terperap di rumah, saya terima ajakan bapa saudara saya tadi. Masih saya ingat, beberapa jam berburu,matahari pun sudah meninggi, tapi tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan kami.

Pelanduk , napuh, rusa, ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu, seolah-olah bersembunyai jauh dari kami. Hutan itu sepi .Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa. Hari kian beranjak petang, pak cik menepuk-nepuk senapang Relanya.

Kata pak cik, " Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa.Mungkin esok ada habuan." Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kami terdengarsuara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan kami. Saya mengamati suara itu, ternyata ia dating dari sekawan monyet yang sedang memakan buah-buah hutan. Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan itu. Dibibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benar maksudnya.

Adakah pak cik hendak menembak monyet-monyet itu?

"Haa. Pak cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya, nanti boleh bela, " begitu jawapan pak cik.

Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak cik supaya membatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengendurkan niatnya. Tidak akan saya lupa kata-kata pak cik petang itu,

"daripada balik tangan kosong? "

lalu dia mengacukan senapangnya ke arah kawasan monyet tadi, dan ?

DAMMM!!!

Demi berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet- monyet tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyai ranting patah serta jerit pekik haiwan berkenaan. BUUUPP! Ada suatu benda yang jatuh ke tanah. Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan kami. Saya dan pak cik terus mendapatkannya.

Dari perutnya bercucuran darah pekat. Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan ,tercampak tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit. Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah. Ia cuba bangun. Dengan besusah payah sambil tangannya mencapai akar-akar pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang masih berdarah. Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagisambil berguling- guling ke arah anaknya.

Si anak yang baru pandai berjalan jatuh, bangun mendapatkan ibunya. Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan. Masih terbayang jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh dan menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali. Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya. Saya dan pak cik terdiam melihat si anak mengisap susu manakala ibunya mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit

Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu bahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya. Saya tidak mampu menyelami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memeluk anaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibu akan pergi. Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuap mulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan.

Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami. Tangannya memeluk erat si anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama anaknya. Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang kami dengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia!!!!!!

Dosa apakah yang aku lakukan hungga aku ditembak? Salahkah aku bebas ke sana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini?

Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya. Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami lihat si ibu mencium anaknya untuk ke sekian kalinya. Perlahan- lahan tubuhnya terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang pak cik tadi tidak dapat ditanggung lagi. Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi.

Puas menjerit, si anak tadi menyusu semula. Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pak cik, dia beberapa kali menggetap bibir cuba menahan air matanya daripada tumpah ke pipi. Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang-goncang tubuh ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga.

Saya betul-betul kesal dengan apa yang berlaku. Susana sunyi kembali. Si anak monyet itu kami rangkul dan bawa pulang, Biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya yang telah mati. Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pak cik.

Pada ketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya kami kerana membunuh satu nyawa yang tidak berdosa !!!

Biarpun monyet itu hanya haiwan yang hodoh, tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak, rasa sayang kepada ibu. Tapi kita manusia?? Mana hilangnya akal waras kami?

Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya. Pak cik memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik menjerit- jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam, keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati.

Kini saya sudah bekerja dan berumah tangga. Peristiwa tadi sudah saya ceritakan kepada anak dan isteri saya agar mereka mengerti bahawa haiwan juga punya perasaan.

Yang kejam adalah manusia, walaupun kitalah satu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan akal fikiran. Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan sucinya kasih sayang ibu.

Sumber artikel ini dipetik dari http://www.mycallsign.my/forum.php?c=topic&op=index&cid=35&tid=815

Share/Bookmark

43 comments:

wardah said...

Salam,
K Zai, sebak saya baca cerita pasal anak monyet yg kematian ibunya. Air mata saya hampir2 terjatuh. Cepat2 saya tutup2 mata ni sbab tak nak anak2 saya perasan...sedihnya...hu..hu...walaupun ianya haiwan tetapi membayangkan keadaan tersebut terjadi kepada diri sendiri.

IMANSHAH said...

Salam kak, perbuatan kejam pasti ada balasannya nanti!!

Omar M. Hashim (Omara) said...

Salam Zai,
Sejak kecil lagi, saya memang tidak tergamak melihat manusia bunuh binatang. Bukan saja monyet, tapi anjing, burung gagak dan lain-lain. Kecuali yang memudaratkan kepada manusia.

Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya seorang wanita pelacur melihat seekor anjing sedang mengelilingi sebuah telaga pada hari yang sangat panas. Anjing itu berusaha menjelirkan lidahnya kerana kehausan. Beliau kemudian menggunakan kasutnya yang dibuat dari kulit iaitu khuf untuk mengambil air telaga tersebut sehingga anjing tadi dapat minum. Oleh kerana perbuatannya itu, dosa wanita tersebut diampunkan.

Fikirkanlah wahai saudara-saudaraku semua! Terima kasih Zai kerana menyedarkan mereka yang tersilap...

Yuki Yusuf said...

ya allah...sedihnye..

sebak..

endiem said...

begitulah manusia..

Maiyah said...

sy tak bleh tgk org aniaya haiwan, apa saja haiwan biar anjing skali pun, nape ler ada manusia yg tak ada rasa kesian :(

Keri AlHaj said...

salam kak... sedih citer tu. lebih kurang sama sikit dgn citer ibu monyet mcm yg saya pernah postkan kat blog saya...

saya pun memang tak boleh tgk org ainaya binatang ni... sedih, kesian... kalau adik2 saya suka sgt tahan burung pastu kurung dlm sangkar, pastu saya diam-diam pegi lepaskan balik, pastu buat tak tahuuu...

buat jahat dibals jahat...

Unknown said...

sedihnya baca kisah tu...
tak sanggup rasanya nak teruskan pembacaan.........

Werdah said...

Salam Zai,

Tentunya pak cik tu tak mengetahui bahawa Allah mencipta semua makhluknya dgn penuh rasa cinta/kasih sayang.. kata ustaz yg selalu kak dgr dia kata kerajaan Allah swt ini boleh dinamakan kerajaan cinta.. manakan tidak Allah itu As-salam (selamat/sejahtera, Al-Mukmin (aman /damai)Al-Halim (lemah lembut) dll sifat2 kemuliaanNya, cuma jika tidak mahu ambil tahu jadilah begitu.. ada lagi ustaz lain bagi tahu kasih Allah kepada makhluknya melbihi kasih sayang ibu kpd anaknya.. jika memahami ini tentu tak tergamak nak membunuh binatang itu.. apakah merka tak berhak hidup dan mendapatkan rezeki..

Zai di rumah kak kat Sungai Buloh sungguh banyak monyet2 dtg beramai2, tanam cili pun habis, tanam nenas pun habis, rambutan baru menguning dah dipetik tapi nak buat macam mana kalau itu rezeki dia.

Tak sanngup nak tembak w/p suami ada senapang patah peninggalan arwah bapa mertuanya..

Mudah2an sesiapa juga yg ada sifat2 ini dilembutkan juga hati mereka.. amiin.

hai said...

saya sekadar ingin berkongsi cerita pengalaman kawan yang penah menyaksikan sendiri perbuatan orang kampungnya... seorang lelaki tua yang hobinya menembak monyet.memang dipersekitaran rumahnya banyak monyet maklumla rumah kampong...bukan itu saja selepas bunuh,dia akan menyeksa mayat monyet tu...mungkin tuhan nak tunjuk ..diakhir hidupnya dia berjalan sebijik cam monyet dengan menggunakan kaki dan tangan sehinggalah dia meninggal......

Abd Razak said...

assalamualaikum kak,

sedih saya membaca cerita akak kali ni, kejaman segelintir manusia terhadap haiwan sering tidak pernah diambil kira menganiaya haiwan yang tidak dapat mempertahankan diri mereka...moga cerita begini dpt diambil iktibar dan pengajaran...

Werdah said...

Salam Zai,

Pembetulan sikit kat atas tu, hanya cili je dia tak boleh makan sebab pedas.. jadi selamatlah cili..

Pn Kartini said...

Salam..
.....menitis jua airmata........

atie said...

Salam Kak Zai,

Kerosakan atas bumi ini adalah disebabkan oleh tangan2 manusia..

Hanisham Ab Halim said...

Huhhh.. sedihnya cite ni. Saya tak bolehlah tgk org buat benda tak elok kat binatang ni.

Arianni said...

Salam Kak Zai,
Satu penganiayaan..Bukankah Islam menyeru melakukan ihsan sekalipun terhadap haiwan..Haiwan juga perlu dihargai nyawanya..
Sabda Nabi s.a.w: "Berbuat ihsan pada setiap roh yang masih hidup terdapat ganjarannya"

Alimaz-Kembara Terasing said...

ish3.... KAlau saya tembak jer org tu.... menatang tu buat salah pa kat dia...dia tembak tu kalau dia nak makn tak pa la jugak.... bangang tul la..

Kakcik Seroja said...

:(

nurimo said...

Salam kak zai,

Teringat saya satu perumahan dibina tepi hutan.Kawasan asalnya tempat monyek bergayut.

Tapi setelah kawasan tersebut dihuni monyek sering berkeliaran di kawasan sisa-sisa hutan besebelahan perumahan tersebut.Adakalanya monyek masuk ke rumah sampah dan juga menjengok dalam rumah kat situ,sekadar mencari makanan.

Manusia kata monyek menggangunya dan dilapor kepada PERHILITAN untuk diambil tindakan.

Soal disini monyek atau manusia yang menceroboh sebenarnya.Sebab tempat asal kawasan monyek.

Relevan said...

Jangan lastik monyet..tapi kawan pernah juga baling monyet dengan batu..degil sangat monyet2 itu..

Anonymous said...

Salam Zai.
Salah satu kerosakan yang dibawa manusia ke mukabumi ialah membunuh makhluk spesis lain tanpa alasan yang kukuh (sesuka hati tanpa sebab).

anaklaut said...

salam...kak zai,


sedih entri monyet dilanggar tu..

tq singgah anaklaut

Guru said...

assalammualaikum zai,
manusia bisa jadi makhluk yang paling kejam dan juga makhluk yang paling baik... terpulang

ASYIQ said...

Pernah dah terbaca cerita ni kat blog rakan2...

memang tak tergamak nak aniaya binatang, apatah lagi membunuh.

Seumur hidup saya, binatang yg pernah saya bunuh ialah lipan dan ular je...

Itupun terfikir...lepas ni dia tak jumpa dah nak2 dia...haha.

ummu said...

salam.
haiwan pun makhluk Allah kan.
terharunya kisah anak monyet ni.

zai said...

Salam Wardah..

Kak Zai sendiri berjuraian airmata ketika membaca kisah itu..terbayang betapa pilunya hati ibu monyet itu kerana terpaksa berpisah selamanya dengan anaknya dan betapa kita manusia adakalanya meletakkan kasihsayang kepada makhluk lain ditempat kedua..

Sungguh kejam..

zai said...

Salam imanshah,

Betul tu..setiap perbuatan pasti ada balasannya dari Allah..Allah melihat segala perbuatan baik dan buruk tiada satupun yang mampu terlindung dari pandanganNYA...

zai said...

Salam Mamu Omara..

Betul tu mamu, zai bersetuju dgn cerita mamu tu..kita harus ada perasaan belas ikhsan walaupun pada binatang ttp zaman kini semua itu semakin hilang ditelan masa sedangkan sesama manusia sendiri sanggup berbunuhan apatahlagi nilainya pada makhluk lain..

zai said...

Salam Koyuki..

Terharu dan sedih ? Ini bererti kita masih mempunyai perasaan belas ihsan bukan kejam spt mereka yang membunuh kera tu..

zai said...

Salam endiem..

Manusia makhluk yang teragung dan paling berakal diantara makhluk yang lain tapi adakalanya boleh menjadi sehina-hinanya apabila gagal menggunakan akal dengan sebaiknya.

zai said...

Salam Maiyah...

Apabila perasaan dendam menguasai diri mmg sukar utk membezakan baik dan buruk. Setelah melakukan kemungkaran dan menyedari kesilapan selalunya akan berakhir dengan penyesalan.

zai said...

Salam Chime...

Suke dengan pandangan Chime..kak zai perasan chime ni seorang yang sangat prihatin dalam pelbagai isu..

Lepaskan burung peliharaan sendiri bolehla. kalau g buang burung peliharaan kat sangkar oranglain ..mampus nnti kena tembak ngan tuan dia hehehe..apapun kak zai salute kat chime sbb jiwa penuh dengan kasih sayang..

zai said...

Salam Jinggo...

Jinggo lagila seorang pejuang dan pencinta alam pasti lebih memahami apabila melihat alam sekitar diceroboh dan binatang2 yg tidak berdosa hilang tempat berteduh dan mata pencarian..salah binatang itu kah ?

zai said...

Salam Kak Werdah..

Terharu dengan tazkirah kak werdah tentang kerajaan Allah yang dinamakan kerajaan Cinta...

Zai mmg sangat kagum dgn rahmat Allah keatas kita. Allah sentiasa berlapang dada keatas hambaNYA..Walau berjuta kali kesilapan yang dilakukan apabila kita bertaubat Allah sentiasa menerimanya dan memaafkan kesalahan kita ..berlainan dengan kita sifat hambaNya yg terlalu angkuh dan sering enggan memaafkan kesalahan oranglain wlupun orang itu sudah meminta maaf...inilah rahmat Allah yang patut kita contohi..SENTIASA MEMBERI KEMAAFAN dan berprasangka baik thdp oranglain.

zai said...

Salam Hai...

Zai percayakan cerita hai tu sbb zai sendiri pernah terbaca didalam majalah satu keluarga yg kesemua anaknya seakan disumpah lahir dan membesar perwatakan seperti kera. Semuanya gara2 kesilapan sang ayah membunuh seekor ibu kera yg sedang mengendong anaknya suatu waktu dulu..

Binatang tak bersalah sebenarnya mereka melakukan sesuatu mengikut fitrah kejadian...sekiranya penempatan mereka dihutan diceroboh dan mereka hilang tempat mata pencarian makanan sudah tentu mereka akan mencari destinasi baru utk mencari makanan dan sekiranya tiada pilihan dan yang dijumpa hanyalah perkampungan dan memiliki makanan sudah tentulah mereka juga akan turut berkongsinya dengan kita kerana kita yang bersalah memusnahkan penempatan mereka.

zai said...

Salam Abd Razak..

Mmg sedih apabila melihat semakin banyak hutan2 dimusnahkan dan dibangunkan dengan perumahan sedangkan binatang2 liar dihutan juga berhak utk hidup dan pastinya akan hilang tempat pencarian. Kesudahannya manusia mengambil jalan singkat utk menghapuskan makhluk lain demi utk kepentingan diri sendiri...

Tidak mustahil suatu masa kelak Allah akan menurunkan bala keatas kita kesan dari perbuatan kita yang tidak berperi kemanusiaan keatas makhluk yang lain dan juga alam sekitar...

zai said...

Salam Tini..

Hati seorang perempuan mmg mudah tersentuh..

zai said...

Salam Atie,

terima kasih kerana sudi singgah dan memberi komen setelah sekian lama tak nampak atie menjengah keblog kak zai..

zai said...

Salam Echam..

Betul echam..kak zai pun tak leh tengok sbb tu kak zai mudah tersentuh dengan kisah2 sebegini.

zai said...

Salam Arianni...

Betul tu...Allah menyuruh kita berbuat terhadap semua makhluk sekalipun tumbuh2an..tetapi kita sering terlupa dan terleka dan masih melakukannya..dan apabila terjadi musibah semuanya akan turut menerima padahnya.

Semoga kita sentiasa sering ingat mengingati.

zai said...

Salam Alimaz...

Wah ganas betul komen Alimaz...hehehe..apapun terima kasih kerana atas rasa prihatin Alimaz tu..Kak Zai sendiri terharu membaca kisah ini..seakan hilang rasa kemanusiaan..

zai said...

Salam Kak Cik, jangan menangis yer..zai pun sedih juga.

zai said...

Salam Nurimo..

Sangat bagus persoalan adik tu..sebenarnya kitalah penceroboh sebenarnya kerana binatang bertindak atas fitrah iaitu meneruskan kitaran kehidupannya bergantung kepada alam sekitar sekiranya tempat tinggalnya dimusnahkan bukan salah mereka menceroboh penempatan manusia..

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA