Saturday, October 31, 2009

KELEBIHAN BERSUJUD


"Allah s.w.t telah mewajibkan hambaNya untuk Solat 5 kali sehari semalam.Kisah penyerahan "watikah' oleh Nabi Muhammad s.a.w daripada Allah s.w.t di malam Israk dan Mikraj terhadap kewajipan solat begitu menakjubkan.

Firman Allah yang bermaksud:
"Ada tanda-tanda mereka pada wajah mereka,daripada sebab bekas sujud" (Al-Fath:29)

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: "Suatu cara yang lebih utama yang dapat dilakukan seseorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t adalah dengan melakukan sujud di tempat sunyi." (HR : Ibnu Mubarak)

Ramai cerdik pandai telah membicarakan kelebihan solat yang dikerjakan oleh umat Islam dari segi sains mahupun kesihatan tubuh badan.

Sekadar maklumat bersama:

Seorang doktor Neurologi dari Amerika Syarikat telah melakukan kajiannya tentang urat saraf (neurologi) telah menemui keajaiban yang tidak dapat diterima akal fikiran.

Dalam kajian tersebut,beliau telah mendapati bahawa terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah.Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.Setelah membuat kajian yang memakan masa,akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan solat.Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja.Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat saraf tersebut mengikut kadar solat waktu yang diwajibkan oleh Islam.Begitulah keagungan ciptaan Allah.

Doktor tersebut amat kagum dengan penemuan tersebut,lantaran itu dia telah memeluk agama Islam.Setelah memeluk Islam,beliau amat yakin akan perubatan secara Islam dan telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Quran".

Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatanya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Quran.Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa,madu lebah,biji hitam(black seed) dan sebagainya.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Manakala pernafasan ketika sujud pula boleh:

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit Hernia.(Burut).

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit Apendiks atau limpa.

7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

8. Meringankan bahagian Pelvis.

9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

10.Mengerakkan otot bahu,dada,leher,perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun dari
pada sujud.

11.Pergerakkan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan
kelicinan perjalanan darah yang baik.

12.Bagi Wanita,pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk
menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

13.Mengurangkan kegemukan.

14.Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin,organ peranakan mudah kembali ke
tempat asal serta terhindar daripada sakitgelombang perut (Convulsions).

15.Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

16.Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara
kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

17.Dari segi psikologi pula,Sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Esa Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong riak,takbur dan sebagainya.

Share/Bookmark

11 comments:

ASYIQ said...

Ini kenyataan yg membuktikan kebenaran Islam...Allahu akbar. Makin yakin kita pd Islam.

Mmg benar sujud adalah penghubung antara kita dgn rabb....cubalah amalkan sujud lama2 sewaktu solat...berbicara dari hati dgn Allah, kita akan terasa kemanisannya.

Maha suci Allah!

Relevan said...

InsyaAllah akan menjadi orang yang sentiasa sujud..

sonata anak kancil said...

begitu lah keajaiban perubatan secara Islam - seme nya terkandung dalam Al-Quran

Abd Razak said...

Salam kak zai...

Kita perlu sedar bahawa tiada satu pun ciptaan dan perintah serta larangan Allah SWT yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang sebelumnya tidak terjangkau oleh akal manusia.

Manusia hanya boleh sujud kepada Allah SWT, dan ada dalam dua bentuk, iaitu sujud lahiriah seperti ketika solat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya.

Werdah said...

Salam Zai,

Itulah sebenarnya kenapa Allah perintah kita dirikan solat.. sesungguhnya setiap perbuatan dan perkataan dalam solat itu adalah untuk kegunaan kita. Allah perintahkan setiap ibadah ada tujuannya.. solat utk kita ingat Allah banyak2, puji Allah banyak2 dan gerak2annya pula menjamin kesihatan.. bukan sujud sahaja yg mendatgkan kebaikan, tangan kanan kita yg kita di atas tangan kiri tu pun mendtgkan kesan kpd saraf kita.. Solat merupakan tiang seri keimanan seorang muslim. Wajib ditunaikan secara khusyuk. Bila solat, bermakna kita tinggalkan segala fikiran2 yg selalu ada di luar solat yg tinggal hanya hati. Tetapi utk memburu khusyuk dalam solat bukanlah mudah kena usaha sungguh2.

Kak teringin nak beli buku kajian solat oleh 3 org, org Malaysia termasuk seorang bukan Islam tu.. tapi buku@ yg ada banyak lagi belum habis dibaca..

Tentang sujud ni kak dah tak dapat nak tunduk lagi akibat tulang belakang yg semacam jam ni.. bkn saja sujud ruku' pun.. mudah2an di sana nnt dpt sujud juga..

zai said...

Salam Asyiq..

Memang benar bahawa sujud adalah salah satu cara untuk kita bersyukur atas nikmat yang Allah berikan..

tetapi sayangnya perkara yang indah ini semakin diabaikan oleh ramai umat islam..betapa ramai diantara kita yang enggan bersolat dan apatahlagi utk membuat sujud syukur diatas kejayaan yang dicapai..sebaliknya mereka lebih memilih utk mengadakan parti dan sebagainya utk meraikan kejayaan itu..

sangat menyedihkan kerana mereka tidak tahu hikmah yang terkandung didalamnya.

zai said...

Salam Relevan..

InsyaAllah..mudah2an Allah sentiasa memberikan hidayah kepada kita agar tidak berpaling dari ajaran agama islam dan sentiasa patuh untuk menunaikan solat.

zai said...

Salam Sonata anak kancil..

Itulah kehebatan rahsia Solat yang tidak diketahui oleh ramai dari kita sedangkan didalamnya terkandung sejuta hikmah yang sangat baik sekiranya terus beristiqamah utk mengamalkannya.

zai said...

Salam Abd Razak..

Terima kasih atas tazkirah peringatan yang diberikan.

Mudah2an kita semua digolongkan diantara hambaNYA yang beriman dan terus taat mengerjakan perintahNYA utk menunaikan solat dan menunaikan rukun islam dan rukun iman dengan sempurna dengan penuh ketekunan demi mengharapkan penghujung kehidupan yang barakah.

zai said...

Salam Kak Werdah,

Buku kajian solat ? menarik tu..kat mana nak mendapatkannya ye..zai ni jarang benar berkesempatan utk pergi kekedai buku sbb masa bekerja yang agak panjang dan masa santai dirumah yang agak terhad..teringin juga nak membelinya...teringin nak luangkan waktu utk lebih kerap membaca buku2 motivasi dan buku2 agama.harap2 tidak lama Allah berikan rezeki yang lebih dan dapatlah meluangkan masa yang lebih banyak utk berehat dan menimba ilmu.

Sekarang ni CD pemberian kak werdah tu masih belum habis didengar lagi..terpaksa curi2 masa utk mendengarnya sbb kalau dirumah sepanjang masa bersama anak zai yang kecil jarang dia beri peluang zai pakai laptop sbb dia begitu asyik dengan online gamenya..

InsyaAllah tak lama lagi habislah agaknya tapi mmg sangat2 bagus kandungan CD tu..banyak memberi kesan kepada zai..

Muhd Suhaily said...

Salam,

Jika kita anda mengalami krem/kejang bahagian buku lali sengal-sengal cuba bersujud sebanyak 4 kali. Bila berdiri bertahan selama 30 saat. Insyallah, ada kesan. Pengalaman saya...

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA