Salam,
Marilah kita bertakwa kepada Allah Subhanahu Wataala dengan sebenar-benar takwa, hanya dengan bertakwa sahajalah hidup kita akan selamat di dunia dan di akhirat.
Hati diciptakan Allah Subhanahu Wataala sebagai organ yang paling utama di dalam tubuh manusia dan juga sebagai nikmat yang paling agong diberikan oleh Allah Subhanahu Wataala. Hati menjadi tempat Allah Subhanahu Wataala membuat penilaian terhadap hambanya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat yang tulus ikhlas itu akan diberi pahala oleh Allah Subhanahu Wataala.
Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar ia tidak rosak, tidak sakit, tidak leka, tidak buta, tidak keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan-keadaan seperti ini, kesannya adalah melibatkan seluruh anggota tubuh badan manusia. Dan akan lahirlah penyakit-penyakit masyarakat berpunca dari hati yang sudah rosak itu.
Justeru itu, hati adalah amanah yang wajib dijaga, sebagaimana kita diamanahkan untuk menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya dari berbuat dosa dan maksiat.
Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana dosa. Setiap satu dosa yang dilakukan tanpa diikuti taubat dan istighfar itu akan menyebabkan terjadinya satu titik hitam di dalam hati. Itu baru satu dosa. Maka bayangkan bagaimana pula kalau sepuluh dosa? Seratus dosa? Seribu dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.
Ini jelas digambarkan dalam hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam :-
Tafsirnya :
Siapa yang melakukan suatu dosa, maka akan tumbuh di hatinya setitik hitam, kiranya ia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu dari muka hatinya. Jika ia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak sehingga seluruh muka hatinya menjadi hitam. (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah)
Hadith ini sesuai dengan firman Allah Subhanahu Wataala di dalam Al-Quran surah Al-Muthaffifiin, ayat 14 :-
Tafsirnya :
Sebenarnya ayat-ayat kami tidak ada cacatnya bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.
Hati apabila kotor dan hitam akan menjadi keras, apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat akan tidak dirasakan. Dan ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur Iman dan nur Ilmu. Belajar sebanyak manapun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak akan masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan kita untuk mengamalkannya.
Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 74 :-
Tafsirnya :
Kemudian sesudah itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya, dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga di antaranya yang jatuh kebawah kerana takut kepada Allah, sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.
Begitulah Allah Subhanahu Wataala mendatangkan contoh dan menerangkan bahawa batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah Subhanahu Wataala. Kerana itu apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah Subhanahu Wataala.
Apa yang paling membimbangkan kita ialah apabila hati mati, kerana inilah kemusnahan yang amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan di dunia dan akhirat. Inilah natijahnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati kita. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan oleh Allah Subhanahu Wataala di akhirat kelak.
Hadis-hadis diatas amat jelas sekali mengapa pada zaman ini kita mendapat banyak yg mengaku islam tapi dalam pada masa yang sama tidak peduli akan hukum Allah dan masih sayang untuk meninggalkan tabiat berjudi, meminum arak, berzina, tidak sembahyang atau meringan2kan soal solat, tidak mahu berpuasa ketika dibulan ramadhan, mengambil rasuah dan juga bekerja ditempat2 hiburan yg jelas tidak mengikut syariat islam...
Bagi mereka-mereka ini yang masih terus-menerus tidak memperdulikan amaran Allah dan pesanan Rasulullah SAW dan mengambil ringan atas segala hukum Allah dan mencipta pula hukum dunia demi untuk menolak hukum Allah adalah kerana hati mereka telah kotor dek kerana terlalu banyak makanan dan minuman dan benda2 yang haram masuk kedalam perut dan menjadi darah daging oleh yang demikian hati apabila kotor dan hitam akan menjadi keras, apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat akan tidak dirasakan dan ajaran Islam akan dilihat sebagai sesuatu yang menyusahkan.
..Nauzubillah..
20 comments:
Salam kak zai,
Pertunjuk atau amaran bala tuhan spt.gempa bumi,ribut taupan,perbagai wabak penyakit,mengapa kita harus terleka lagi.
Bimbangnya nak jawab apa bila berada di alam kubur.Tiada siapa yang dapat menolong melainkan amal kita je.
Salam Zai..
Umat manusia yang terlalu lemah Iman nye..lalai dan leka dgn duniawi..
Masih ramai yg tidak sedar2 lagi..walau pun dunia telah ditmpa mala petaka di sana sini..
Salam Zai.
Hanya ALLAH SWT yang berhak membuka hati hamba Nya yang telah dikunci mati. Izinkan saya berkongsi sepotong doa bagi menjaga kesucian hati yang diambil dari surah al-Imron,
"(Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)"."(QS.al-Imron 3:8)
Semoga hati kita semua dipelihara. Ameen.
Salam Kak Zai,
Lama tak berkunjung ke blog Kak Zai, penyakit hati adalah penyakit yang patut paling ditakuti, kerana rosaknya tak nampak dek mata...
salam.. moga kita dilindungi :)
Salam Zai,
Maksud ayat 88 dan 89 As-Syu'ara: "Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun. (88) Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); (89.
Allah meletakkan syarat utk manusia dan jin (hambaNya) diterima olehNya iaitu mestilah mempunyai hati yang sejahatera (Qalbun salim)
hati adalah lubuk yang paling dalam. yang mampu menyimpan jutaan rahsia. yang tidak siapa pun dapat mengintipnya kecuali allah yang esa.
sesungguhnya hati ini mdh sngt terkotor oleh bnda2 yg mungkar dan maksiat..mdh2an kita dpt menjaga hati kte elok2
Ya Allah, janganlah Engkau bolak-balikkan hati hambaMu setelah Engkau berikan hidayah. Kerana sesungguhnya Engkau Maha Kuat lagi Maha Berkuasa ke atas segalanya.
ya allah ya tuhan ku...pelihara lah aku dan kel;uarga ku dari sifat yang keji.....permudah kan lah segala urusan dan amalan kami...perbaikilah segala amalan dan pernuatan kami...aminnnn...
Salam Nurimo..
Terima kasih atas kesudian adik utk singgah dan memberi komen yg sangat bernas..
Bangga kak zai mempunyai adik2 yg mempunyai kesedaran spt itu..semoga terus istiqamah.
Salam Relevan,
Itulah penyakit hati yang sukar utk diubati..Hidayah Milik Allah hanya Allah yg boleh merawat hati yang mati..
Salam Zaidi Ali..
Terima kasih atas perkongsian doa itu..semoga kita semua dapat mengamalkannya selalu agar hati kita tidak mati..
Salam Atie..
Benar tu Atie penyakit hati adalah merupakan penyakit yg sukar dirawat kerana tidak siapa dapat membaca apa didalam hati seseorang..
Salam Maiyah..
Alhamdulillah...syukur kerana Maiyah sudah mula aktif memberi komen semula..semoga Allah memberi kesihatan yg bertambah baik dari hari sehari..
Salam Kak Werdah..
Membaca tazkirah kak werdah tu terasa betapa sukarnya utk melembutkan sebuah hati apatah lagi hati yang telah mati..
Mudah2an kita semua terus diberi hidayah dan ditetapkan iman dijalanNYA.
Salam Insan Marhaen..
Trm kasih atas satu ulasan yang sangat indah..
Salam Dik Syahbandar..
InsyaAllah selagi kita ada kesedaran utk berubah bermakna hati kita belum mati..
Salam Zool..
Semoga Allah menerima doa Zool itu..
Ameen.
Salam Alimaz..
Ameen..lagi satu doa yg sangat baik utk diamalkan.
Post a Comment