Thursday, October 1, 2009

..LELAKI DAMBAAN WANITA..

Kisah Rasulullah s.a.w sebagai pengajaran:-

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah
menampalnya sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu
kambing untuk keperluan
keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat
tiada makanan yang sudah siap
di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda
menyinsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina
'Aisyah menceritakan 'Kalau
Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat
berangkat ke masjid, dan
cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi.
Tentulah baginda teramat lapar
waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang
ada untuk sarapan. Yang
mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah
belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya
Khumaira?' (Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang
bererti 'Wahai yang
kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum
ada apa-apa wahai
Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa
saja hari
ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala
melihat seorang suami sedang
memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa
engkau memukul isterimu?'
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
'Isteriku sangat keras
kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi
aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.
'Aku menanyakan mengapa
engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada
anak-anakmu?'

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki
adalah yang paling baik,kasih
dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin,
sabar dan tawadhuknya
baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung
tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.
Dilihat oleh para
sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke
satu rukun yang lain amat
sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah
sendi-sendi
pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara
satu sama lain. Sayidina
Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
langsung bertanya setelah
selesai bersembahyang,

'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan
menanggung penderitaan yang
amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'

'Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan
menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh
tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para
sahabat amat terkejut. Perut
baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai
kain yang berisi batu
kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan
bunyi-bunyi halus setiap kali
bergeraknya tubuh baginda...

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar
dan tidak punya makanan
kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para
sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi
apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,
menjadi beban kepada
umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak
tidak ada yang kelaparan di
dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di
Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun
makan di sebelah seorang
tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya
direntap dengan kasar oleh
seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di
lehernya. Dan dengan penuh rasa
kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing
si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt
dan rasa kehambaan yang
sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak
sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH
langsung tidak dijadikan
sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika
di depan ramai mahupun
dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya
untuk baginda, baginda
masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,
terus-menerus beribadah
hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya
sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung
kemahuan jiwanya yang
tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya
Rasulullah, bukankah
engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih
bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah
aku ini hanyalah seorang
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya
yang bersyukur.'

Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKANLAH PESANKU
WALAUPUN SEPOTONG AYAT..

******************************************************************************




Share/Bookmark

26 comments:

Werdah said...

Salam Zai,

Sesungguhnya Rasulullah mempunyai akhlak yg agung.. Surah Al-Qalam ayat 4.

Terharu baca N3 ni Zai krn mampukan kita jd seperti baginda..

Bagaimana nak kata cinta Allah dan Rasul jika tak dapat ikut sunnahnya.. sedih Zai..

Walaubagaimanapun marilah kita berusaha bersungguh2 supaya dapat ditingkatkan kecintaan kita kpd Allah dan RasulNya. Amiin.

ASYIQ said...

Ya Allah, mampukah kita mengikut semua jejak baginda???? Terasa amat jauh...bagai langit dan bumi.

Adol said...

NICE INFO... SEMOGA SEMUA YANG MEMBACA DAPAT JADIKAN PENGAJARAN...

anaklaut said...

salam...kak zai,


allahhu akbar...!..

tq sudi singagh anaklaut..:)

Unknown said...

salam kak

baginda contoh sebaiknya dalam segala segi...

endiem said...

sunnah..

intan izani said...

tibe2 rasa sedih sgt baca pasal rasulullah

betapa mulianya sifat nabi muhammad saw..

ZOOL@TOD said...

Sunnah yang dibuat-buat lupa oleh kebanyakan lelaki. Sunnah yang nak diikut kahwin lebih dari satu je...

Abd Razak said...

salam kak zai...

Nabi Muhammad s.a.w rahmat bagi seluruh mahkluk ciptaan Allah

Arianni said...

Salam Kak Zai,
Mudah mudahan kita mengikuti jejak Rasulullah..pemimpin abadi yang selalu hidup dihati pengikutnya..

Unknown said...

kak zai..

menarik untuk jadikan satu lagi bahan untuk ceramah jinggo...

ZULKIFLI said...

Salam daripada Editor,
Blog yang menarik dan informatif. Terima kasih kerana membantu menambah pengetahuan kami.

abu muaz said...

jangan lupa saudara islam kita di Indonesia

Unknown said...

Salam,
Al-Fatihah khas buat junjungan mulia kita Nabi Muhammad saw serta para sahabat dan keluarga baginda.
Sungguh tinggi benar akhlak dan budi baginda.Sungguh bertuah para isteri baginda.alankah elok andai diri ini dapat mencontohi akhlak baginda.

zai said...

Salam Kak Werdah..

Mmg terharu melihat betapa zuhudnya nabi kita dan agungnya jiwanya..dan betapa indahnya akhlak yang dipersembahkan oleh baginda..

Semoga dengan kisah2 sebegini akan menambahkan lagi rasa cinta kita kepada Rasululllah dan dapat menghayati Sunnah baginda SAW dengan sepenuh hati..

zai said...

Salam Asyiq..

Mudah2an Allah memberi hidayah yg berterusan kepada kita utk mengikuti ajaran Al-Quran dan mengamalkan sunnahnya.

zai said...

Salam Adol..

Mudah2an begitulah hendaknya..ameen..

zai said...

salam anaklaut..

tq AL kerana sudi singgah lagi..

zai said...

Salam ~O~..

Mmg benar bagindalah contoh terbaik utk dijadikan ikutan..ttp hny berapa kerat yg mampu mengikuti sunnahnya.

zai said...

Salam Endiem..

Ya Sunnah Rasulullah yang harus dijadikan pegangan dalam hidup kita.

zai said...

Salam Intan Izani...

Kisah Rasulullah kebanyakannya adalah kisah sedih mengenai perjuangan baginda yg tidak putus dilanda ujian dan mendapat tentangan dari orang2 kafir...sesungguhnya Allah sentiasa menguji hamba2nya dan walaupun Rasulullah SAW sendiri merupakan Kekasih Allah beliau ttp tidak terlepas dari dugaan dan ujian yg diberikan oleh Allah...
ALLAHUAKBAR..

zai said...

Salam Zool...

Betul tu Zool...dlm banyak2 sunnah..yg paling diingati ialah berkahwin 4 bagi lelaki..itulah sunnah yg sentiasa menjadi ikutan..lain2 sunnah tu entah letak dimana...kesian kpd lelaki sebegini krn tidak menghayati erti sebenar Sunnah Rasulullah SAW..

zai said...

Salam Razak..

Betul tu Razak..Dialah Rasulullah SAW Rasul yg amat mencintai kita umatnya..kita bertuah kerana menjadi umat baginda..

zai said...

Salam Arianni..

Banyak kisah2 hidup Rasulullah jika dihayati akan mendatangkan keinsafan kepada kita kerana baginda menolak kenikmatan dunia demi mengejar kasihsayang dan rahmat Allah dan sentiasa memikirkan umatnya walau dipenghujung hayat baginda.

zai said...

Salam Jinggo..

Ambillah apa yg terbaik dan teruskan berdakwah krn itulah antara bekalan yg akan dibawa kesana nnti..

zai said...

Salam Zulkifli...

Trm kasih kerana sudi singgah dan memberi komen diblog ini..sudi2kan singgah dan memberi komen selalu ya..

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA