kuku
Dosa Berkuku Panjang
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... (walllahualam) ...potonglah kuku anda.
Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah. Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang islam mundur dan tidak berjaya. Kadang-kadang atas alasan yang nampak remeh inilah yang menjadi antara penyebab kenapa rezeki sukar masuk atau lekat. Banyak Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja islam yang tidak berakhlak dan tidak ambil peduli soal halal dan haram dan tidak menghiraukan ajaran agama islam (ini berkait rapat dengan kepentingan syarikat untuk sentiasa menjadi majikan yang prihatin terhadap kepentingan menegakkan agama islam terhadap para pekerjanya di pejabat) dan penyimpan kuku panjang adalah antara mereka yang menghalang rezeki yg halal untuk masuk.
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.
Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah..ini bukan andaian atau cerita kosong tapi adalah antara adab-adab dalam islam yang perlu dipatuhi oleh setiap dari kita yang mengaku islam. Ingat...Islam adalah agama yg sangat sempurna dan ia meliputi keseluruhan aspek kehidupan kita seharian. Segalanya ada keindahan adab dan hikmah yang tersembunyi...
Jadi bagi yang sedang memilih pasangan hidup, lihat kuku pasangan anda..jika masih berkuku panjang...bayangkan kehidupan masa depan anda jika ingin terus bersamanya...mahukah anda makan makanan yang disediakan oleh tangan dan kuku yang dipenuhi najis yang terselindung ??...
Fikir-fikirkanlah..
9 comments:
kak zai.
rasanya selama saya disini - ini kali pertama baca cerita kuku panjang...
dan pada saya - ini benda baru.
sebab seketika dulu - macam ada budaya berkuku panjang.....
sekarang baru sedar.
Salam..
Duluuu pernah jg simpan sedikit di jari kelingking tuu...tp bila dah tahu rupanya ada 'kandang' di situ..terus tak buat..aduhaii..
Pe2 tq utk peringatan ini..:):)
Salam Kak Zai,
Memang tak suka simpan kuku panjang dari dulu lagi... kotor la kan kak....kalau dulu ada aje budak lelaki yg agak2 nak jadi pakwe tengok kuku dia dulu panjang ke tak kalau panjang tak jadi le nak kawan... pelik sikit kan perangai...
berkuku panjang ini berkait rapat dengan kebersihan dan Islam pula mengambil berat tentang kebersihan jadi adalah lebih baik berkuku pendek kerana ia lebih bersih
Salam kak zai...
Memang tidak sesuai utk kita sebagai org Islam berkuku panjang...
Peringatan yang sgt berguna...tq
macam mana nak tegoq sedara mara yang berkuku panjang..????
Salam Zai..
Ada ketika kukukakikuiniberbau..
Salam Kak,
ramai pulak yg berkuku panjang..
huhu..
Salam Zai,
Alhamdulillah setakat ni tak pernah teringin nak simpan kuku panjang.. bila panjang sikit je rasa rimas.
Post a Comment