Saturday, October 10, 2009

Masih Suami Isterikah Di Alam Akhirat ?

Tentu ramai yang tertanya-tanya apakah yang bakal berlaku pada ikatan perkahwinan sesudah mati, atau secara spesifiknya ketika di alam akhirat. Manusia sering tertanya-tanya mengenai kehidupan di alam akhirat. Malah, Rasullullah SAW sendiri tidak pernah menolak soalan mengenai syurga dan neraka yang diajukan kepada baginda. Pernah para sahabat bertanya mengenai struktur binaan syurga dan Baginda SAW menjawab: “Binaan daripada emas dan perak…” Pasti kita begitu mengidam-idamkan syurga dan semoga kenikmatan menjadi pendorong untuk kita beramal dengan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Allah SWT berfirman: ” Dan itulah syurga yang diwariskan kepada kamu disebabkan amal yang dahulu kamu kerjakan” Surah Al-Zukhruf, Ayat ke-72.

Sesungguhnya kenikmatan, keindahan dan kebahagiaan bukanlah hanya untuk lelaki semata-mata

Allah SWT berfirman lagi: “Sesiapa yang membuat amalan soleh, sama ada lelaki ataupun wanita, sedangkan dia beriman, maka merekalah yang akan memasuki syurga” Surah An-Nisa Ayat ke-124.

Persoalan mengenai kehidupan berpasangan, suami-isteri atau ikatan perkahwinan di syurga kelak akan dijawab mengikut dalil sahih dari Rasulullah SAW, namun segala perinciannya adalah hak milik Allah SWT. Waullahu a’alam.

Kes 1: Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin

Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. Rasulullah SAW bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” [Hadis Riwayat Muslim]. Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.

Kes 2: Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu.

Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada Ahli Syurga.

Kes 3: Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.

Seperti kes 2, wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.

Kes 4: Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin

Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki syurga.

Kes 5: Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu

Seperti kes 4, Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga.

Kes 6: Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain

Wanita dalam golongan ini akan bersama dengan suaminya yang terakhir sebelum meninggal dunia, tidak kira berapa kali wanita tersebut berkahwin. Suaminya yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi Ahli Syurga. Ini dikuatkan oleh hadis Rasulullah “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir” Hadis sahih riwayat Al-Albani

Di dalam Al-Quran, Huurun’iin merupakan gadis-gadis pelayan di syurga (bidadari) untuk Ahli Syurga lelaki manakala Wildaan adalah teruna-teruna pelayan di syurga (bidadara) untuk wanita. Sesungguhnya, semua Ahli-ahli syurga adalah pemuda dan pemudi syurga. Pernah satu ketika Rasullullah SAW bersabda pada seorang wanita tua “Tiada orang tua sepertimu di dalam syurga”, wanita tua itu begitu sedih hati apabila mendengar sabda baginda SAW, kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi “Usah bersedih, maksudku ialah di syurga nanti tiada orang tua sepertimu kerana orang tua sepertimu akan menjadi muda belaka”. Sesungguhnya ganjaran syurga Allah SWT menanti pada hamba-hamba-Nya yang bertaqwa dan beramal dengan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Sama-samalah kita sentiasa beramal dan berdoa untuk menjadi Ahli Syurga.


Share/Bookmark

9 comments:

ibundo said...

semuga kita tergolong didalam ahli syurga dan dapat bersama dengan orang yang kita cintai.

Maiyah said...

moga dapat bersama org yg kita syg :)

~UmmU SoLehah~ said...

nak bersama 'dia' di sana..

tapi takut diri ini yang tidak cukup solehah untuk menemani 'dia' di sana..
=(

anaklaut said...

salam...kak zai,

semoga kita dapat merasai nikmat syurga allah swt..

tq singgah anaklaut..:)

pecinta_Islam said...

akak...kes yg ke 6 tu sy de terfikir jgk..dlu ade nk tnye ustaz tp tah cane terlupa.hr ini terjawab jgk.hehe...betul2 bermanfaat terutamanya kpd kaum wanita.mungkin ramai yg memikirkannya sblm ini tp msh belum dpt mencari jwpn..

sy terfikir balik..cane klu suaminya yg dlu jg ahli syurga tapi pd mse yg sme suaminya tu cintakn sngt2 istrinya yg telah berkahwin dngn lelaki lain dan mereka jg masuk syurga mcm kes 6 tu..tapi bila ingt balik cte gambaran ustz sy betapa hebatnya yg amat dan betapa cantiknya setiap bidadari di syurga yg tiada tandingan manusia di dunia ni maka yakinlah sy yg suaminya tu akan bahgia bersama bidadari2nya yg banyak itu.x mungkin lg dia akan bersedih sbb istrinya bersama suami terakhirnya di syurga.lagipun di syurga dh x de dh perasaan sedih2 dan negatif2 ni..semuanya bahgia dan menyeronokkan yg x mampu diungkapkan dngn kata-kata
:)

Werdah said...

Salam Zai,

Alhamdulillah dpt lagi membaca N3 Zai yg selalu dinanti2..

Allah menyatakan di syurga DIA menciptakan para wanita dengan ciptaan yg ajaib, untuk ahli syurga diciptakan sentiasa baru dengan bentuk yg begitu indah lagi amat ajaib. Bahkan perempuan2 yg tua semasa di dunia nanti akan dikembalikan muda dan yg hodoh akan dikembalikan cantik.

Allah menyatakan juga setiap wanita itu sentiasa gadis biarpun setelah disetubuhi oleh suami masing2, sifatnya sentiasa merindu dendam kpd suami, sentiasa cinta yg asyik kpd suami. Umur mereka pula sama sebaya.

Kumpulan terdahulu yg ramai dan yg terkemudian yg sedikit ini berada dalam kebun kenikmatan syurga, terdapat pelbagai jenis buah2an, penghuni syurga semuanya berehat atas katil yg bertatahkan emas permata dgn berkeadaan berbaring dan bertelekan, berhadapan-hadapan serta dilayani anak2 muda yg berkhidmat sebagai khadam.

Anak2 muda ini berseri2 muka dan sentiasa muda. Mereka membawa hidangan berupa mangkuk2 , cerek2 yg berkilat dan gelas2 berisi arak yg apabila diminum tidak memabukkan. Mereka beroleh buah2an yg banyak dan pelbagai jenis. Menurut Ibnu Abbas apabila seorang daripada tergerak inginkan daging burung, maka akan terbanglah seekor burung dan terhidanglah daging burung yg telahpun dimasak. Begitulah kenikmatan syurga terhadap org2 yg beriman yg menjadi penghuni syurga. Kata Ar-Razi, didahulukan buah2an daripada makanan krn di syurga, penghuninya sentiasa kekenyangan, mereka makan hanya sebagai pencuci mulut. Di samping itu mereka disediakan bidadari2 jelita utk bersenang2 dgn mereka, kulit bidadari2 tersebut putih berseri2, berwajah manis seolah2 permata (diumpamakan bagai berlian yg tersimpan lagi mengghairahkan) sebagai balasan terhadap amalan baik mereka.

Kemudian Allah mengkhabarkan bhw di dalam syurga penghuni2nya tidak pernah mendengar kata2 yg sia2 dan yg mendatangkan dosa. Yang ada hanyalah ucapan Selamat Sejahtera! yakni sebaran salam sesama mereka.

Adalah diriwayatkan dp Ummi Salamah ra katanya: Saya menanyakan Rasulullah saw ttg firman Allah,

إِنَّآ أَنشَأۡنَـٰهُنَّ إِنشَآءً۬ (٣٥) فَجَعَلۡنَـٰهُنَّ أَبۡكَارًا (٣٦) عُرُبًا أَتۡرَابً۬ا(٣٧

lalu dijawab oleh baginda: "Hai ummi Salamah merkalah wanita2 yg telah meninggal dunia berkeadaan tua, botak, rabun dan sakit mata, dibangkitkan Allah berkeadaan muda belia"

Dalam hadis at-Tirmizi disebutkan, bahawa seorang perempuan tua dtg menemui Nabi Muhammad saw lalu memohon: "Wahai Rasulullah bermohonlah tuan kpd Allah agar saya dimasukkan ke dalam syurfa". Dijawab oleh Rasulullah saw: "Hai Ibu Polan, sesungguhnya syurga itu tiada dimasuki oleh org2 tua". Maka org tua itu beredar sambil menangis, lalu ujar bagindakepada para sahabat : "Khabarkan kpd perempuan tua itu, bhawasanya tidak masuk syurga dalam keadaan tua sperti yg dinyatakan dalam ayat di atas.

Begitulah sebahagian petikan tafsiran ayat2 dp Surah al-Waqiah,
Di sana tidak ada persaan cemburu sebab semuanya sebaya.. kalau suami dpt yg jelita isteri pula dpt yg tampan yg tak dpt dibayangkan.. Semuanya ini dijanjikan kpd org2 yang beriman!

Mudah2an kita berusaha utk dptkan yg baik2 spt yg Allah janjikan.. bertemu juga dgn suami yang mencintai dan isteri yg mencintai.. Amiin

Imanisa riana @ sarimah said...

salam..
Mudah-mudahan telah mendapat suami terbaik di dunia juga menjadi suami kita di akhirat...insyaAllah.

IkanMasin90(IM90) said...

mudah mudahan meendapat suami yg soleh :)

ASYIQ said...

Moga2 kita dapat rahmat Allah untuk merasa hidup di syurga....amiin.

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA