Rumahtangga yang sepatutnya menjadi tempat istirehat, tempat bermesra, tempat mendapat kasih sayang, tempat yang dapat memberikan ketenangan pada si isteri dan si suami, telah menjadi sebaliknya. Tiada lagi harmoni, tiada lagi ketenangan, tiada lagi kebahagiaan yang dapat dirasai dalam kebanyakan rumahtangga sekarang. Mengapa ini terjadi?
Salah satu punca utama yang menyebabkan kita tidak dapat merasai ketenangan, tidak merasai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga ialah kerana disebabkan kegagalan suami berperanan sebagai suami yang soleh.
Berikut adalah 21 pesanan isteri kepada suami, yang perlu diambil perhatian serius oleh semua yang bergelar suami. Baca dan cubalah amalkan setakat yang termampu yer. :)
1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan oranglain ke, mak anda ke, atau bekas isteri atau mak we kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada diaorang semua tadi tu.
4. Jangan paksa/demand isteri untuk layanan kat tempat tidur sekiranya isteri sedang sakit, tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan, disuruh juga cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam ular sawa baru lepas telan lembu sekor.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan, sedap-sedap buat air liur basi depan TV.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal tulang dan ekor ikan, ekor tauge, kuah kosong dan janggut sotong jer. Frust, tau tak!
8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu (entah-entah lagi teruk boroi daripada bini masa mengandung...sedarla diri tu sikit !!! ).
10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil” tak nak minta pertolongan. selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut !!!.)
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya lepas dua tahun sekali. Jangan buat-buat tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17. Jangan main kayu tiga, main-main pun tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?
18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali ganda.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak akan jadi pondan pun kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi !!!!

Amacam para Suami....rasa-rasanya semua pesanan kat atas boleh dipatuhi tak ??? :))
Selamat Mencuba..
22 comments:
Tiada lagi kata yang lain, meski saya lelaki saya cuma bisa kata "SEPAKATTTT" cayo ibu-ibu! cinta anak cinta suami nanti dapet surga!!!!*maap berlebihan, terlalu semangat*
Salam Zai,
Memang tepat apa yang publish kali ini.Kak Leha juga sedang settle satu masalah pasangan suami isteri di mana suaminya tak da langsung ciri-ciri diatas.Yang menjadi mangsa anak-anak mereka yang tak berdosa.
Anyway Alhamdulillah Allah meminjamkan kak leha seorang suami yang cukup perihatin dan penyayang.
Salam dear ZAi...
Seronok baca n3..Sukaa..:):)TQ:)
Salam Zai..
Sekali baca..ah kacang jee..
Dua kali baca..para suami garu kepala..
Nak jadi suami mithali kena sanggup berkorban..tak gitu??
Salam Kak zai,
Takziah atas kehilangan bapa mertua kak Zai... semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong dalam orang2 yg beriman.... N3 kat atas tu sokong... nasib gak la saya nie suri rumah jadi tak la ambil atie sangat kalau cik abang tak tolong buat kerja rumah......
salam ziarah kak zai ^_^
lame ana x menziarah blog kak zai..
suke post ni..
lagi2 tgk pic tu..klaka..
huhu~
teruskan perjuangan ya..
Salam Zai,
Cuba sekali2 isteri buat macam dalam gambar tu tengok apa jadi!!
Tak tau lah nak komen Zai.. nak tergelak je fasal gambar tu..
Pernah baca artikel ni dlm blog kwn2...rasanya hasil tulisan Fadhilah Kamsah kalau tak silap.
Bagus utk diamalkan.....tapi yg ramai baca kt sini smua para isteri shj...hihi. Kita alu2kn para suami membacanya dn mengamalkannya.
Kita selalunya nak yg terbaik tp kalau dpt yg hanya ada sikit saja baik pun sudah memadai...redha dn bersyukur.
P/S Org kata org yg sedang bertunang je tak kisah tunang dia kentut sbb time tu kentut dia org wangi...hahaha.
kita bace jer...
assalammualaikum
banyak nasihat zai ni ya... bagus sekali
Slmlkm Zai,berasap2 kali ni..? Lain mcm jer.. hehe.. issue yg serius, tp bila bca, rasa kelakar pun ada.. Smga suami2 amik pgajaran la yer..
isu yang sangat menarik....lelaki pun nak tau, apa orang isi hati orang pompuan...semoga jadi pedoman untuk orang dah kawin dan yg belum kawin...hahahha....
Salam Zai..
saling memahami Insyaalah..macam kawan dengan Siti rodziah..dah 18 tahun..
salam becce_lawo
terima kasih atas kunjungan dan komen anda..mudah2an kaum lelaki sudi mendengarnya.
salam k.zai,
entri yg menarik sekali,
nak bagi kat bakal suami... print dan di frame kan bagi kat dia... hehe boleh ke macam tue...he
Zai,
pesanan yang bagus untuk para suami. Harap2 para suami yang membaca ni boleh mengamalkan pesanan ini
Salam kak zai...
Terima kasih & semoga nasihat ini dapat menjadi panduan kepada saya.
Syukran...:)
Zaharah , zaharah, ..... kalau zaharah ada tak la aku jadi begini.Time makan pun membebel...
Heheheheh...
Ada gak yg kena batang idong... Adoi!
Salam Zai.
Sekarang Zai bercakap dari pengalaman seorang isteri tipikal...syabas Dr. Zai!
Salam Zai,
berat kan tanggungjawab seorang isteri ini.
Post a Comment