Thursday, October 29, 2009

PETUA MUDAH MENGANDUNG




Assalamualaikum w.b.t

Saya petik dari www.pakarhowto.com

Bagi yang susah nak dapat anak(mengandung) mungkin anda boleh cuba petua ini. Petua ni saya dapat melalui email daripada salah seorang sahabat saya. Katanya petua ini alhamdulillah memang terbukti setakat ini.

Begini petuanya :

Ambil segenggam kacang hijau.

Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge).

Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).

Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)

Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)
Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.

Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh.

Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).

Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.


Menurut pengamal petua ini, mereka cuma mengamalkan petua ini sebulan saja. Lepas sebulan amal, dengan izin Allah dia mengandung, katanya.


Menurutnya lagi, kawan-kawan nya yang lain yang mengamalkan petua ini juga, Alhamdulillah berjaya mengandung.

Kepada mereka yang inginkan anak, cubalah amalkan petua ini. Cuba amalkan dan tawakal pada Allah. Doa banyak-banyak.

Semoga dipercepat menimang cahaya mata.

Sekian
Share/Bookmark

29 comments:

Guru said...

assalammualaikum

zai ada cuba? manalah tahu , nak tambah lagi...
tengok gambar bebudak tu comelnya ya...

zai said...

walaikumsalam..

hehehe..teacher, terkadang tu bila tengok baby tu mmg teringin juga tapi rasa2nya cukuplah kot sbb umur pun dah meningkat ni..takut bawa g klinik orang ingat cucu plak ...hehehe tapi kalau dah rezeki tu apa nak buat..terima ajela..

Atikah said...

Salam kak zai...

thanks 4 the info... leh bg mber nie... dah 2 thn kawin still tak dpt ank lg.. Utuk sy amlkn laen tahun... he.. he...

Atikah said...
This comment has been removed by the author.
Werdah said...

Salam Zai,

Kita berusaha Allah menentukan.. semoga petua ini dpt dicuba oleh kwn2 yg belum lagi diberikan rezeki anak.. dan diizinkan Allah.

tinta kasturi said...

salam,

memetik kata kak zai

"hehehe..teacher, terkadang tu bila tengok baby tu mmg teringin juga tapi rasa2nya cukuplah kot sbb umur pun dah meningkat ni..takut bawa g klinik orang ingat cucu plak ...hehehe tapi kalau dah rezeki tu apa nak buat..terima ajela.."

usia meningkat kak, tapi saya tengok gambar akak macam steady lagi tu, boleh lagi tu..
bukan apa, menambahkan bilangan umat islam :)

apapun saya minatlah nak memanjangkan artikel ini kpd kwn2 lain, ramai juga yg sudah lama berkahwin tapi belum dapat anak.

abu muaz said...

Saya tunjukkan artikel ini pada MEM BESAR . Apalagi dicubitnya paha sampai merah menyala.

Anonymous said...

Salam Zai.

Bagus petua ni. Kita tidak dilarang berikhtiar; dengan syarat ada niat, istiqamah, doa & tawakkal.

Ada orang yang mengeluh bila hari hujan...bila hari panas pun mengeluh juga. Begitu juga ada orang yang mengeluh bila senang dapat anak, bila susah dapat pun mengeluh juga. Orang yang senang dapat anak (accident sikit pun dapat!) patut syukur sebab ramai lagi orang yang bertungkus lumus berikhtiar supaya dikurniakan anak.

Relevan said...

Salam Zai..
Siti Rodziah kata ''cukup dulu tiga ''..kacang hijau tu kita buat bubur jer lah..kalu ada buah durian lagi bes katanya..

uminas said...

Salam.
Petua yang simple tapi bermanfaat.. Boleh cuba gak ni..mana tahu dapat sorang mujahidin lak..Thank
Nak copy masuk blog..moga boleh jd manfaat untuk orang lain.

zaijb said...

salam k.zai,

macammana kalau tiba2.. dapat kembar byk macam tue... aduhhh tak larat lahh nak jaga...hehe..

zai said...

Salam Kak Werdah..

Itulah kita cuma boleh berusaha dan berikhtiar namum segala2nya ditentukan oleh Allah SWT..hanya dia Maha Mengetahui kenapa dan mengapa sesetengah dari kita yang dikatakan normal dan suami isteri tidak bermasalah namun masih gagal mengandung. Sedangkan Nabi Muhammad SAW kekasih Allah sendiri dan isterinya Aisyah juga tidak diberikan peluang oleh Allah utk memiliki anak meskipun jika Nabi memohon pasti akan diperkenankan..itulah kehebatan kekuasaan Allah utk menyeimbangkan kehidupan kita manusia bahawa walau kita merasa kita sudah ada segala2nya tetapi Allah tetap Maha Kaya atas segala2nya..

Mudah2an bagi mereka yg mengamalkan petua ini akan segera beroleh cahayamata..tak salah untuk mencuba dan sekiranya gagal itu tidak bererti Allah itu Zalim...prinsip redha dan percaya pada qadha dan qadar harus ada dalam diri setiap dari kita

zai said...

Salam Tinta Kasturi..

Hmm...seram cakap bab-bab mengandung ni sbb kak zai ni mudah sangat nak lekat..macam orang tua-tua cakap pantang dekat, melekat hehehe..

Naluri seorang perempuan suka kat baby dan budak2 kecil tu biasala..bukan tak nak anak ramai tapi yg dok ada kat rumah pun dah terlebih meriah rasanya..kalau diaorang ada rumah selalu macam tongkang pecah..nak tak nak bersabar jerla..dah tak sabar nak tunggu anak2 lelaki kak zai jadi remaja sbb kak zai nak ajak diaorang bawak kak zai pi jungle trecking, hiking dan camping..lama dah tak buat kerja ni..teringin sangat-sangat rasanya.

zai said...

Salam Abu Muaz...

hmm..respek kat abu muaz ni, power rangers sungguh...hehehe.. ada hajat nak tambah anak lagi ke ??? apappun tepuk dada tanya selera...

kalau rasa mampu mendidik menjadi anak-anak yang cemerlang dan terbilang apa salahnya kan..

zai said...

Salam Zaidi,

Betul tu..tak salah utk berikhtiar selain tidak lupa bahawa yang memberikan rezeki ni adalah kerja Allah SWT...

Jika setelah berusaha hendaklah bertawakkal dan jika masih tiada rezeki hendaklah redha di atas takdir yg diberikan kepada kita..pasti Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hamba2nya.

zai said...

Salam Relevan..

Hajat Relevan nak anak berapa orang ? kalau Siti tak nak tambah tak leh buat apala sbb dia yang nak bawak kan..hehehe..

Jangan cari ibu tumpang dahla yer..
:)

zai said...

Salam Uminas..

Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan...boleh cuba mana tahu betul2 boleh dapat mujahidin..kak zai dah letak jawatan tu rasanya...bukan apa segan nak jadi penguin lagi hehehe..

zai said...

Salam Zaijb..

kak zai doakan zai cepat2 kawin dan dapat anak kembar macam tu..comelkan ?

Jangan cuba sekarang kalau belum kawin tau..kang nahas..hehehe..

zai said...

Salam Atikah..

kalau boleh nak panjangkan email ni..panjangkanlah..ilmu yang bermanfaat kalau dikongsi boleh dapat pahala tu..hehehe

Mudah2an Atikah nanti selepas berkahwin pun mudah mengandung jugak yer..

Pn Kartini said...

Salam dear...
:):)Mungkin terpengaruh dgn fakta kajian saintis yg mengehad umur si ibu dek dikhuatiri risiko kpd kesihatan ibu/bb...maka impian itu dilupakn...
Namun..pe2 Dia Maha Berkuasa..kan:)

ASYIQ said...

Tengok tajuk entry Zai, terus aje lompat dtg sini....sy pun antara yg menaruh harapan utk berbaby lg dlm tempoh setahun dua ni....Fahem dh 8 tahun lebih, tak dapat2 adik lg dia.

Nak cuba tu boleh...tapi risau tak terbuat jer,...hihi.

InsaKhai said...

salam kak zai

thanks 4 the petua..
bleh cuba ni, dh 5 bln x dpt2 :)

zai said...

Salam Asyiq..

Cubalah mana tahu kun fa ya kun maka jadilah ia..kita hanya merancang, berikhtiar, berusaha dan selepas itu hanya mampu bertawakkal...

Tapi itula janganlah setakat hanya mengamalkan petua tapi tak ter"buat" pulak, kena fokuskan juga masa waktu2 subur tu, jangan cari pasal ngan suami hehehe...

zai said...

Salam Insakhai...

Selamat mencuba..

Mudah2an berjaya...tak salah utk kita berikhtiar selagi ianya tidak lari dari perkara2 yang bertentangan dengan akidah..

Anak itu adalah rezeki..rezeki yang sememangnya telah ditentukan oleh Allah kepada setiap dari kita semenjak dari usia kita didalam kandungan ibu ketika berusia 120 hari Allah telahpun memerintahkan malaikat utk menulis rezeki kita nanti jadi janganlah gusar sekiranya dikurniakan anak yang ramai kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik utk kita dan janganlah pula bersedih apabila masih gagal utk mendapatkan cahaya mata setelah puas berusaha..ingatlah Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik utk kita sebagai hambanya...

Bersyukurlah dan terimalah kekurangan diri dan pasangan seadanya.

Anonymous said...

macammana pulak kalau saya jarang datang period? setahun sekali je
bila saya boleh minum?

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

ada soalan : adakah kita perlu minum air rebusan yang segelas tadi setiap hari? minum sedikit2? atau ulang buat rebusan?dan minum segelas sehari..

Anonymous said...

salam kak....
nk tanya pasal petua ni....
1)kt kena amalkan rebus tiap2 pagi atau minum yg 1 gelas tadi je?
2) kt kena basuh dulu tauge tu bersih2 sblum rebus atau terus rebus skali dgn air rendam kacang td tu?

Anonymous said...

salam kak....
nk tanya pasal petua ni....
1)kt kena amalkan rebus tiap2 pagi atau minum yg 1 gelas tadi je?
2) kt kena basuh dulu tauge tu bersih2 sblum rebus atau terus rebus skali dgn air rendam kacang td tu?

Anonymous said...

salam kak....
nk tanya pasal petua ni....
1)kt kena amalkan rebus tiap2 pagi atau minum yg 1 gelas tadi je?
2) kt kena basuh dulu tauge tu bersih2 sblum rebus atau terus rebus skali dgn air rendam kacang td tu?

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA