Tuesday, October 27, 2009

TARIAN POCO-POCO..OH POCOT !!!! BARU AKU TAU



Salam...pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang sesuatu yang menggemparkan berkenaan tarian Poco-poco yang semakin popular dikalangan masyarakat terutamanya dikalangan suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika menghadiri kursus dan/atau adakalanya dijadikan acara sampingan dengan alasan sebagai satu cara senaman mudah.

Secara jujurnya saya sendiri tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini, asal-usulnya dan motif tarian ini dan tidak juga berminat untuk mempelajarinya kerana mendengar tajuk tariannya saja sudah menghilangkan minat entah apa maksud poco-poco samada bermaksud pacat ke, pocot ke atau apa-apalagi yang saya tak faham...

Namun apabila terbaca satu kiriman emel daripada seorang sahabat, saya menjadi tersentak dan kaget sebentar dan mula terbayang betapa sekarang ini tarian tersebut begitu gah dimainkan dimana-mana acara yang dibuat oleh banyak badan-badan kerajaan maupun swasta. Mari kita sama-sama hayati emel ini

"Assalammualaikum.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya.Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia seperti yang pernah diperkatakan oleh ramai orang sebelum ini. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.Cuma tarian poco-poco ini belum difatwakan haram lagi.

Masya Allah...saya sendiri tidak pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua. Jadi, saya menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.

Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini. Saya percaya masih banyak aktiviti riadah yang boleh dilakukan untuk menyihatkan badan malah aktiviti solat wajib dan solat sunat yang sering dilakukan juga sudah jelas sangat bermanfaat kepada kita. Ia juga merupakan salah satu aktiviti yang boleh menyihatkan badan.

Semoga cerita mengenai tarian poco-poco mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.

Nauzubillahiminzallik...

Share/Bookmark

31 comments:

abu muaz said...

Bangsa yang mudah je ikut apa yg orang lain buat ialah bangsa akulah.

endiem said...

siapalah pulak yg. membawa tarian poco2 dalam masyarakat kita ni ?.. Memang dia berniat tak baik untuk menjahanamkan umat islam.

Dearie Pearls said...

Salam Kak,
LOL tak pernah tahu tarian ini sehingga LOL praktikal di satu syarikat di Sabah pada 2007.

Sorang Kakak yang terer menari poco2 mengajak tapi LOL memang tak reti dan hanya memerhatikan.

Dan LOL tak pernah tahu tarian ini membentuk salib. Kena perhatikan selepas ni.

*Tarian ni memang popular dan lagu poco2 tu best juga.

Thanks for the info..

Peace...

Hanisham Ab Halim said...

Huh... kena bagitau kawan-kawan ni. Saya tgk tarian poco-poco tu ntah apa2. Dalam meeting ngan kursus2 salu ada benda ni

سيف النظام بن حاج عثمان said...

Salam Kak...
Saya dah perasan lama perkara ni... saya pernah tengok di tv dan nampak pelik... kemudian saya terperasan.. langkahnya seolah-olah membentuk lambang salib... tapi waktu tu saya belum tahu usul-asalnya. Setelah baca emel dan tulisan mengenai tarian poco-poco ni... jelaslah memang ianya dari kebudayaan agama lain. Harap pihak yang berwewenang mengkaji dan mengeluarkan fatwa mengenainya dengan segera.

Relevan said...

Daripada tarian poco poco..lebih sopan lagi tarian ronggeng..berronggeng..

Unknown said...

Salam,saya dah lama tahu pasal benda ni,kalau tak silap rasanya terbaca dlm blog "bujang susah".

Pn Kartini said...

Salam ..
Bila baca n3 ni...baru lah terfikir memang betul...setiap steps poco2 mmg kan membtk salib!!!!
Pandai poco2 ni pun sbb belajar stepsnya di internet..!!

Tq dear Zai utk n3 ni..!!:):)

rahmanw said...

salam...

dah jadi macam tabiat la orang melayu ni,suka meniru sesesuatu perkara tu tanpa usul periksa.
jujur kata,saya anti betul ngan poco poco ni....ditambah lak bila dapat e mail macam entri kak zai ni...lagi la hangin....dah la bercampur lelaki dan perempuan....diajar pulak anak2 remaja....kak zai boleh search dalam youtube.....grrrrrrrr.......

سيف النظام بن حاج عثمان said...
This comment has been removed by the author.
سيف النظام بن حاج عثمان said...

Salam kak.. ada masa check email ye.. tq.. :)

Werdah said...

Salam Zai,

kak pun dpt emel ni.. alhamdulillah tak pernah ikut tarian ni.. tapi anak kak yg ikut latihan plkn tu kena buat ni semua.. mudah2an anak kak tu bertaubat.. ya lah kita ni suka ikut2 tanpa usul periksa.. bila org bagi tau barulah oo ya ke.. dan macam2 perkataan timbul.. ni lah untungnya ada org yg mahu berpesan2 ke arah kebaikan..

atie said...

Salam Kak Zai...

Badan kerajaan pun satu kan buatla aje la senam robik tu tak yah la tarian 2 nie.....

hai said...

salam zai,saya memang teringin sgt nak buat poco2 ni sebab tgk ramai ramai kengkawan memaintainkan body diorang hanya dengan poco2 ..tapi husband saya x bagi...dia kata saya gemuk pun dia tetap terima saya seadanya..huhuhu....tapi ada hikmahnya kan!!!

anakmuaallaf said...

Salam zai,
Akak pernah ikut perlawanan netball dengan 1 goverment team so dah habis minum tea adalah 1 mak datin ajak "jom joint i buat poco-poco"...akak pun sempat gedik dua tiga step..dalam hati rasa lain macam je..akak pun keluar barisan masuk bulatan..my hubby bisik tarian ni dok buat palang..akak istighfar panjang..mudah-mudahan Allah ampunkan dosa akak...

~PakKaramu~ said...

Salam ziarah dari Pak Karamu

Anem Arnamee said...

Salam.

kebanyakan kite2 neh, gitulah, ikut2 je,tak usul periksa.tapi dah tau, bru sedar.

Alhamdulillah, tak terlambat,kan?:)

becce_lawo said...

gitu yah mbak, baru tahu...untung saya tidak tahu gerakan tari pococ2 krn gak pernah belajar...untung yak!

ASYIQ said...

Orang kita suka ciplak.....tu sbb org Indon marah sgt kat kita bila kononnya kita ciplak Pendet mereka.

Tapi org Barat dia suka sgt org ciplak budaya dia....siap susun strategi lagi suruh org ikut cara dia.

Dua dunia yg berbeza dgn pendapat yg berbeza....mgkn salah satu sbb pengaruh barat ada di mana2.

"Senam Seni" kini direka oleh Kementerian Kebudayaan utk menghalang org kita berpooco-poco.

Pernah jg terbaca artikel ttg ni ttp tak dpt nak pastikan betul atau salah sbb sy sendiri tak pernah dan tak pernah tahu step poco-poco.

Jogging lg bagus.

Guru said...

assalammualaikum zai..

saya dah tahu dari sahabat di sekolah... dua bulan lepas lagi rasanya...

macam2

Anonymous said...

pernah sekali dua saya tengok tarian poco2 ni dlm u-tube yg kawan postkan... ntah apa2la... dan tak tertarik hatipun...
so far, d bandar baru perda BM ni tak pernah tengok lagi mana2 kumpulan yg menarikan tarian poco2 ni.

Unknown said...

kak zai
saya diantara yg didedah secara pratikal ilmu poco ini...
dan saya dapat info yang jelas sekarang...

Alimaz-Kembara Terasing said...

yer la kak. saya selalu pi kursus tarian ni la depa dok buat...saya tak suka menari..hehehhe

luth said...

Salam, sila buat kajian ilmiah sebelum mengeluarkan kenyataan sebegini. Ini kerana sifat itu hanya dimiliki oleh pelampau agama. Sila buat kajian.

Asma said...

Assalamualaikum, Zai, Saya pun tak pernah ambil tau tentang tarian ni, apa lagi nak menyertainya...
tapi setelah membaca n3 zai ni saya rasa macam nak suruh kawan-kawan jangan lagi menari poco-poco nih...

Arianni said...

Salam,
Inilah realiti masyarakat kita hari ini..suka sangat meniru budaya barat..

Anonymous said...

Begitulah bijaknya pihak ni mengheret kita kepada agamnaya tanpa kita sedari.

Poco2 ni juga menjadi amalam isteri2 pembesar negara kita termasuk kedutaan2 kita di luar negara. Saya dah dengar tentang tarian poco-poco ni dalam 4, 5 tahun lalu dari seorang kawan yang bekerja di kedutaan kita di luar negara. Tapi baru tahu tentang berkaitan dengan agama islam ni bila baca email ni.

Kita selalu mengangga perkara dari luar tu bagus.

khanim

Anonymous said...

pembetulan "berkaitan agama kristian" bukan "berkaitan dengan agama islam" - Maaf

Anonymous said...

salam....

Anonymous luth said...

Salam, sila buat kajian ilmiah sebelum mengeluarkan kenyataan sebegini. Ini kerana sifat itu hanya dimiliki oleh pelampau agama. Sila buat kajian.

October 28, 2009 11:32 AM

salam....
tak kira la samada ianya kenyataan dari pelampau agama atau sebaliknya...yang pastinya tarian ini tak ada faedahnya....sila dengar lagunya dan lihat percampuran antara lelaki dan perempuan...adakah perkara ini dibenarkan dalam islam?

zai said...

Buat semua yang memberi komen tentang tarian poco-poco...terima kasih banyak2 zai ucapkan..

Sebaik2nya tinggalkanlah segala perkara yg mendatangkan was-was dari segi amalan kita terhadap Allah SWT..
Banyak lagi cara dan amalan utk menjaga kesihatan dari mengambil sebarang bentuk tarian yg kita tidak tahu hujung pangkal maksudnya..dan tidak hairanlah kenapa Rasulullah SAW pernah bersabda akan datang suatu zaman dimana umat islam ibarat buih2 dilautan...tak terbilang ramainya umat islam didunia tetapi hidup terumbang-ambing kerana mudah benar terpengaruh dengan segala anasir2 yg dibawa oleh orang2 kafir dan kaum yahudi yg jelas matlamat untuk meruntuhkan islam..

Malang sekali apabila kita mengaku islam tetapi enggan melaksanakan segala hukum Allah spt yg termaktub didalam Al-Quran dan mengikut sunnah Rasulullah SAW..

Buat mereka2 ini tunggulah azab Allah SWT yg sangat pedih disana nanti buat mereka yang kufur dan yg akan kekal berada didalamnya selamanya..MATI ITU WAJIB..bila ? insyaAllah..

Anonymous said...

joget lambak

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA