Monday, October 5, 2009

WASIAT IBU..



Asma’ binti Kahariyah Fazari diriwayatkan telah berkata kepada puterinya dihari pernikahan anaknya itu:

“Hai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenal dan berkawan pula dengan orang yang belum engkau kenali. Itulah suamimu.

Jadilah engkau tanah bagi suamimu (taati perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung).

Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan pelbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkanmu.

Janganlah engkau terlampau menjauhinya, agar ia tidak melupaimu. Sekiranya dia menjauhimu,maka jauhilah dia dengan baik. Peliharalah suamimu itu dengan baik. Jagalah mata, hidung dan anggotanya yang lain. Janganlah kiranya suamimu itu akan mencium sesuatu darimu melainkan yang harum. Jangan pula ia mendengar sesuatu darimu melainkan yang enak dan janganlah ia melihatkan melainkan yang indah sahaja pada dirimu.”

Isteri yang solehah akan berusaha memberi wajah jernih pada rumahtangga. Kasih sayang yang lahir adalah hasil dari masing-masing hendak mencari keredhaan Allah, bukannya dorongan nafsu semata-mata.Masing-masing suami isteri meletakkan Allah dan akhirat yang lebih besar dan utama.

Isteri yang solehah tidak terasa hina menjadi pelayan suami, malah sebaliknya rasa bangga dan bahagia kalau boleh melakukan tugas-tugas itu dengan baik dan sempurna. Gembira kerana yakin dengan janji Allah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Apabila seorang perempuan mencuci pakaian suaminya,maka Allah mencatat baginya seribu kebaikan dan mengampuni dua ribu kesalahan dosanya, bahkan segala sesuatu yang disinari oleh matahari memohon ampun baginya serta Allah mengangkat seribu darjat baginya.”

“Wahai Fatimah, setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti,Allah akan membina tujuh parit antara dirinya dengan api neraka. Jarak antara parit itu ialah sejauh bumi dangan langit.”

“Wahai Fatimah,setiap wanita yang berair matanya ketika memotong bawang untuk menyediakan makanan keluarganya, Allah akan mencatit untuknya pemberian sebanyak yang diberi kepada mereka yang menangis kerana takutkan Allah.”

Siapa yang tidak mahu kemuliaan ini hanya dengan melakukan tugas yang ringan? Seorang isteri yang solehah akan sentiasa mencari-cari jalan untuk menyenangkan hati suami dan menutupi ruang-ruang untuk menyusahkan dan mencurigakan suami terhadap dirinya. Dia tidak akan membimbangkan suaminya terhadap dirinya. Maruah dirinya sebagai seorang isteri sentiasa dipelihara dan dijaga kerana itu juga yang menjadi syarat untuk dia mendapat keredhaan Allah dan keselamatan di akhirat nanti.Setiap rumahtangga yang dihuni oleh isteri yang solehah bererti rumahtangga itu telah memiliki perbendaharaan yang termahal di dunia dan di sisi Allah rumahtangga itu mendapat perhatianNya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

” Seorang wanita yang solehah itu lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh dan seorang perempuan yang berkhidmat melayan suaminya selama seminggu maka ditutuplah daripadanya tujuh pintu neraka dan dibukakan lapan pintu syurga dan dia bebas masuk dari pintu mana yang disukainya tanpa hisab.”

“Wanita yang taat akan suaminya semua burung-burung diudara, ikan-ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana ia (isteri) masih taat pada suaminya dan diredhai (serta menjaga sembahyang dan puasanya).”

Isteri solehah biasanya menjadi milik lelaki yang soleh. Tetapi ada juga ketikanya isteri solehah bersuamikan lelaki yang toleh (jahat). Bolehkan kedamaian dan keamanan wujud dalam rumahtangga bilamana suami kufur dengan Allah dan buruk akhlak terhadap isterinya?. Isteri yang menghadapi persoalan begini boleh tertekan jiwanya. Ada yang tidak sabar dengan kerenah suami hingga tidak terfikir cara lain untuk menyelamatkan jalan hidup yang dipilihnya melainkan berpisah saja dari suami.

Dalam hal sebegini, si isteri perlu banyak bersabar dan selalu bermunajat pada Allah. Ingatlah mungkin kesusahan yang kita hadapi adalah ujian dari Allah s.w.t. Ada dua maksud Allah mendatangkan ujian iaitu pertamanya ujian itu didatangkan sebagai penghapusan dosa dan keduanya untuk peningkatan darjat disisi Allah.

Jadi jika kita boleh bersabar maka terhapuslah dosa-dosa yang lalu. Sebaliknya tidak mustahil juga itu merupakan peningkatan darjat dari Allah. Kalau tidak diuji, mungkin hati kita akan terpaut benar dengan suami, menyayangi suami lebih dari Allah. Jadi untuk melihat sama ada kita membesarkan suami atau membesarkan Allah maka Allah timpakan ujian itu. Kalau benar hati sayang dan takut pada Allah tentu isteri tidak teragak-agak untuk bertindak membesarkan dan menyayangi Allah daripada suaminya sendiri.

Ingatlah, sejahat-jahat suami kita, tidaklah dia lebih jahat daripada Firaun, sedangkan isteri Firaun, Siti Asiah boleh bersabar menghadapi kesombongan dan keangkuhan Firaun sehinggakan Siti Asiah disenaraikan oleh Allah termasuk di dalam barisan antara wanita-wanita solehah yang dijamin syurga.

Oleh itu kalau suami kita masih belum diberi petunjuk janganlah kita jemu untuk memujuk dan mentarbiah, berlaku baik dan paling penting mohon dan bermunajatlah kepada Allah agar Allah mengubah hatinya untuk tunduk pada perintahNya.

p/s : pesanan ini kutujukan khas buat anak saudaraku Iswani yang bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi semoga menjadi isteri yang solehah dan pastinya juga utk diriku sendiri dan khas buat semua kaum Hawa yg diciptakan oleh Allah (dari tulang rusuk lelaki agar dekat dengan hati untuk dikasihi,dekat dengan lengan untuk dilindungi,dekat dengan dada untuk menjadi pendamping dan tidak dari tulang kaki untuk diinjak-injak,tidak dari tulang kepala untuk disanjung-sanjung.)

p/s : Buat suami nan tercinta yang sentiasa menjadi dambaan jiwa..terima kasih kerana sentiasa menceriakan hati ini, tak pernah satu haripun yang dilalui melainkan hati ini sentiasa sarat dengan cintamu..sesungguhnya kita saling tidak sempurna tapi kita masing-masing sentiasa berusaha melakukan yang terbaik demi untuk sebuah destinasi terakhir yang pasti..pimpinlah aku (isterimu) melalui jalan-jalan kesyurga diiringi keimanan dan ketakwaan kepadaNYA.






Share/Bookmark

24 comments:

myQza said...

aduhai... bukan senang ingin menjadi isteri mithali rupanya...

Idalara said...

memang tk mudah menjadi isteri mithali..
namun wanitalah yang paling mudah masuk syurga..taat pada Allah dan Rasul..jauhi kemungkaran dan taatlah suami..insyaallah.

terimakasih zai..info yg sgt berguna walauo\pun sy buka lg seorang isteri.

Pn Kartini said...

Salam
Semmgnya besar pahala seorg isteri mithali...Semoga kita diberikan kekuatan dlm membentuk diri sbg isteri yg idea dan solehah...masih terus memperbaiki diri agar lebih baik dari semalam...:):)

abu muaz said...

Salam. Memang wanita paling mudah masuk syurga. Cuma mereka tidak mengetahui kerana tenggelan dalam kemajuan.

Kakcik Seroja said...

Sempurnakah diriku di mata suami sebagai seorang isteri? Rasanya tidak! Namun aku tetap berharap agar suamiku dapat menerima segala kekuranganku dan bersedia membimbing dan membetulkan kesilapan2 yang kulakukan....

Werdah said...

Salam Zai,

Terasa amat kekurangan diri ini bila meneliti satu persatu pesanan Nabi saw ini, namun pastinya tidak mahu berputus harap akan rahmat Allah. Mudah2an tergolong di kalangan org2 yg diampunkan dosa dan diberi Nimkat Syurga.. Amiin

wardah said...

Salam K Zai,

N3 K Zai ni mmg bagi peringatan kpd kaum hawa trmasuk sy sendiri. Sbb manusia ni mudah alpa.

Memang golongan wanita itu mudah masuk syurga dan sebaliknya mudah juga masuk neraka.

Kita sebagai kaum hawa kena pandai meneliti dan menilai yamg mana baik dan buruk.Setiap ibadah (rutin harian) yang kita lakukan Allah akan beri kebaikan...insyaallah.
Bila kita membuat/memberi kebaikan kpd org lain, kita sendiri akan merasa puas hati...bukanlah menanti ganjaran semata-mata (terutama kpd suami).

intan izani said...

moga intan dapat jadi isteri yg mithali pada suami...

Ridz said...

............

Cik Skaf said...

salam kak zai,Walaupun dah beberapa kali juga saya membaca pesanan fatimah zahra kepada anaknya itu...namun setiap kali baca, masih terasa sebak.

Saya palg suka dan terkesan dgn ayat ini "Kasih sayang yang lahir adalah hasil dari masing-masing hendak mencari keredhaan Allah, bukannya dorongan nafsu semata-mata.Masing-masing suami isteri meletakkan Allah dan akhirat yang lebih besar dan utama."

Cik Skaf said...

kak zai, mohon kebenaran dari k.zai saya nak copy paste sdkt petikan di atas utk ditambh dlm entry saya. T.kasih.

zai said...

Salam SiTedi..

Mmg dik, agak sukar utk menjadi yang terbaik walaupun kita telah melakukan yang terbaik kerana dunia adalah neraka bagi orang2 mukmin..ttpi lakukanlah segala2nya dengan hati yg iklas tanpa mengharapkan sebarang balasan dari insan lain..

Mudah2an segala amalan kita diterima Allah dan dijauhkan dari api neraka yg menjulang menanti mereka2 yg kufur..

zai said...

Salam Idalara,

Mmg sangat benar sangat mudah utk seseorang wanita utk masuk syurga jika taat kepada perintah Allah dan suaminya ttp ucapan tidaklah semudah perbuatan kerana kita kaum wanita dikuasai dengan nafsu yg pelbagai..hanya iman yg dapat menundukkan segala pandangan dan keinginan kearah keduniaan..

Untuk menjadi isteri yg taat juga memerlukan kesabaran yg tinggi apatah lagi mempunyai suami yg sentiasa berubah2 sikapnya..

zai said...

Salam Tini..

Ya..Kita perlukan kekuatan jiwa dan iman utk menangkis segala hasutan syaitan yg sememangnya mahu meramaikan pengikutnya kedalam neraka jahannam.

Semoga Allah memberi kekuatan tersebut agar terus dapat berbakti kepada suami dan keseluruhan masyarakat sekeliling..

zai said...

Salam Abu Muaz..

Kerana itulah Lelaki dijadikan sebagai pemimpin utama rumahtangga kerana tanpa nakhoda kapal akan hilang arah..ramai isteri yg hilang arah tujuan apabila diabaikan oleh suami terutamanya yg tidak bekerja..kesian utk melihat wanita2 yg teraniaya spt itu..

zai said...

Salam Kak Cik...

Zai rasa Kak Cik telahpun melakukan yang terbaik buat suami dan keluarga kak cik..

Percayalah semakin kita diuji semakin Allah menyayangi kita kerana semakin kerap kita mengadap dan sujud kepadaNYA...

zai said...

Salam Kak Werdah..

Kita sememangnya kaum yang lemah ttp Allah ttp meletakkan darjat wanita yg ditempat yang tinggi berbanding lelaki apabila doa srg ibu lebih dimakbulkan dari doa seorang ayah..

Tetapi isteri juga perlu taat kepada suami selagi tidak bertentangan dengan syarak..tampak seperti mudah tetapi sebenarnya agak sukar utk melaksanakannya krn kita sentiasa dibayangi hasutan syaitan..

zai said...

Salam Wardah..

Terima kasih kerana singgah..lama juga tak berkunjung ke sini yer ??

Benar Wardah..kita bertuah kerana mudah sgt utk masuk syurga sekiranya taat pada perintah suami ttp malangnya kita harus berdepan dulu dengan nafsu yang sembilan yg akan sentiasa mengajak kita melakukan perkara2 yg dilarang termasuk hasutan syaitan..

Semoga impian kita semua utk menjadi isteri solehah akan tercapai.

zai said...

Salam Intan Izani..

Ameen..insyaAllah, mudah2an doa adik intan akan dimakbulkan Allah hendaknya..

zai said...

Ridz..

Jadilah suami yang soleh dan bimbinglah anak saudara makcik menjadi isteri yang solehah dan berpaksilah ditapak cinta Allah dan RasulNYA.

Pimpin dan bimbinglah ia menjadi isteri yg taat pada perintah Allah kerana tanpa bimbingan wanita mudah hilang arah tujuan dan fahamilah maksud perkahwinan dengan sebenar2nya agar ia sentiasa dapat dibajai dengan keimanan..

zaijb said...

Salam K.zai,
suka entry nie...
ia nampak mudah tapi sebenarnya sukar... jika tiada keimanan di dlm hati, moga perjalanan hidup ini dapat di lalui dgn baik dan di redai Allah...

~UmmU SoLehah~ said...

salam...

ya Allah.. baca post ni rase nak kahwen cepat2..huhu..

bnyknye kelebihan menjadi wanita solehah..

indahnya menjadi isteri yang berbakti pada suami..

Daud Mili said...

mane nak cari wanita cukup 'asam garam' nya....tak yah 'pedas2' sgt....~~.

Ridz said...

Thanks sebab nasihat makcik kadang2 kita terlupa apa yg patut kita buat sebagai insan di muka bumi Allah SWT. Tapi selagi kita sentiasa berpesan-pesan ke jalan kebaikkan insyalah semua tu boleh kita hadapi dgn tabah dan mengikut lunas2 agama. Makcik jgn risau saya tak akan abaikan wani walau mcm mana pun insyalah .....

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA