Saturday, October 31, 2009

BAHAYA PANADOL

JANGAN AMBIL PANADOL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya. ..

"Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis "painkiller" , semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda.



Share/Bookmark

16 comments:

al-lavendari said...

maklumat yang sangat berguna. selepas ini saya akan cuba mengurangkannya. tapi masaalahnya kadang2 terpaksa ... misalnya semasa dalam kenderaan, sedang mesyuarat, macamana nak rendam kaki dalam besen.

myQza said...

yup! saya akui.. 3-4 tahun dulu selalu amek panadol/ paracetamol/ponstan..

lama2 kurang ambil.. terus x ambil..

sekarang kalau sakit kepala mmg x jalan kalau amek tu semua..

tdo.. rehatkan diri.. esok bangun InsyaAllah..

kalau terdesak sgt baru ambil :)

Adek Abigail said...

tp naper ea gomen bnarkan pjualan panadol.. maknanya panadol pun lbh kurang je bhayanya ngan rokok..

pecinta_Islam said...

risaunye kak..sy ni jns klu sakit kpla cpt2 kne cr panadol..sbb bila x mkn panadol kdng2 boleh terbawa 1-2hr jg nk hilang..bila mkn alhamdulillah dngn izin Allah dlm stngh jam dh hilang.tp hr tu skali sy perasan bila mkn x hilang2 jg.cuma sy abaikan jela..lagipun bknnye kerap sngt pening kepala..dlm sebulan blum tentu lagi sekali..tp bila bce n3 akak ni rse takut la jgk..klu betul camtu kan,mksdnye leh rosak organ hati ke knp pakar2 x de g tau pun..sdngkan paracetamol ni dh lme wujud.dan jg setahu sy majoriti pakar kedoktoran mmg kurang bersetuju dngn herba2 mahupun perubatan tradisional ni.dan dia x galakkan pesakit mengambil ubatan tradisional ni.yg tu mungkin sy yg krng yakin sket..tp klu yg kerap amek panadol bleh memberikan kesan sifar kpd kesakitan mungkin ye jgk..sbb slalu dngr dan rasa cam prnh alami jerk skali.risau jgk tu.hehe

Tirana said...

InsyaAllah, lepas ni boleh cuba petua yang diberi, minum air isotonik seperti 100plus..atau rendam kaki..terimakasih kerana berkongsi maklumat

Werdah said...

Salam Zai,

Alhamdulillah, kak jarang ambil panadol.. boleh jugalah dikatakan tak amalkan panadol ni.. biarpun sakit kepala bagai nak pecah..

W/b/pun bila dpt sakit lepas operation tulang belakang ni ambil juga pain killer macam2.. spt voltaren, celeberax, arcoxia, dll tak ingat dah.. tp dah berhenti ambil ubat2an tu sbb bila makan pun sakit dok macam tu juga..

Bila makan pain killer ni yg sakitnya tak hilang tp sakit lain yg dapat.. dia akan serang buah pinggang kita.

Mudah2an kita dpt bersabar dgn tidak mengambil ubat2an yg kita tahu semakin memudaratkan diri kan! Amiin.

zaijb said...

salam k.zai,

entry yg bagus...
rasa nyee k.zai sedia maklum, semua ubatan adalah racun...

kenapa di kata kan racun???
ubat akan menjadi racun jikalau pengambilan ubatan itu tidak mengikut masa, dos, yg telah di perskrepkan oleh doctor...
kebykan hari ini mereka tidak tahu mengawal penggunaan paracetamol...

penggunaan yg kerap memang membahayakan kesihatan especially renal...
itu bahaya utk jangka masa yg panjang...

tp sy telah byk menemui sesesorg, yg boleh menybbkan kulit nye spt terbakar oleh kerana ketidak keserasian atau alergi ubatan tersebut...
penyakit ini di kenali sbg Stevens Johnson syndrome.
Kes2 ini memang jarang berlaku.

dan juga byk kes2 utk membunuh diri
pun mengambil ubatan tersebut dan mencampurkan..dot..dot.. (tak lehh bagitahu nanti ada yg buat..hehe)
kalau tak mati pun maybe jadi org mabuk...he

pengambilan herba dan ubatan tradisional tanpa kebenaran kementerian kesihatan adalah amat bahaya... ape perlu buat adalah kurang kan kebiasaan "sakit jeee nak kena makan ubat"...
semuanya bermula dlm fikiran kita... kita yang perlu mengawalnya...

ambil ubatan yg di berikan oleh doctor... jikalau masih begitu... buatlah rawatan susulan dan berjumpa dgn yg pakar.

ape2 pun kita sendiri yg perlu mengawal... tapi saya cuma mengatakan ubatan painkiller jeee...

ubatan spt kes diabetic, hypertension, heart... mesti lahh di teruskan jikalau tidak... tanggung lee risiko nye...hehehe

itu adalah pendapat saya jeee k.zai...
byk lagi yg kita boleh lakukan kat umah tanpa ubatan tersebut..he.

rahmanw said...

salam...
dah tu kalau pening nak makan ubat apa kak zai?

zai said...

Salam Al-Lavendari..

Itulah susahnya kita kan..nak semuanya yg cepat dan berkesan jer..termasuklah saya sendiri selama ni..tapi harap2 maklumat ini sedikit sebanyak dpt membantu mengurangkan masalah kesihatan dimasa depan..

zai said...

Salam Si Tedi..

Selalunya orang yg berpenyakit migrain sukar utk sembuh dengan segera kecuali dengan mengambil painkiller ataupun lain2 ubatan yg lebih kuat kesannya..namapun ubat2an semua dibuat dengan Dadah..mmg ia tak bagus utk kesihatan..

Apapun tepuk dada tanya selera..tapi Nabi Muhammad SAW pernah berpesan utk mengamalkan meminum Madu Lebah kerana didalamnya terdapat pelbagai khasiat dan ubat segala penyakit kecuali mati..

zai said...

Salam Silbi Abigail,

Kerajaan membenarkan penggunaan sebahagian dari ubat2an yg kurang merbahaya kpd kita bukan bermakna utk menjadikan ia sebagai satu galakan utk sentiasa mengambilnya cuma kesan ubat penadol ni selalunya lebih cepat..jadi mereka yg tidak suka menggunakan alternatif lain bolehlah mengambil panadol sesekali..tapi kalau selalu mmg berbahaya.

zai said...

Salam Syahbandar...

Hehehe..jawapan kak zai kalau doktor tak bagi guna ubat tradisional atau herba tu senang jer...sbb takut nanti doktor dah tak leh cari makan la dik..

Apapun semua ubat2an kebanyakannya mmg mengandungi dadah..tidak dapat tidak kita tidak dapat menafikan kesannya kepada kesihatan kita utk jangka masa yang panjang..

zai said...

Salam Tirana..

Cubalah mana tahu berkesan kan ? rawatan ini sangat bagus utk mereka yg mempunyai banyak ruang waktu utk berendam kaki..

zai said...

Salam Kak Werdah..

Betul tu kak, kalau makan pun ia tak memberikan kesan, lebih baiklah kita menggunakan alternatif lain yang lebih berkesan, mcm disarankan oleh doktor utk merendam kaki kedalam air suam utk membuang caj2 negatif dalam badan...ada kebenaran dari sudut itu..kerana didalam setiap insan kita mempunyai tenaga dalaman yg tidak disedari..dan adakalanya apabila caj2 negatif lebih banyak didalam badan itulah yg menjadikan kita bersifat pemarah, sakit kepala dan sbgnya..

Mudah2an ianya berkesan sekiranya diamalkan..

zai said...

Salam Zaijb...

Hahaha...mmg kena dengan kerjaya zai kan ? jadi kak zai tak beranilah nak terang panjang2 lagi sebab pakar perubatan pun dah beri huraian lebar tntg bahaya penggunaan yg berlebihan ni...mmg sangat benar..

Terima kasih atas perkongsian info yg sangat berguna.

zai said...

Salam ar rahmanw,

Kalau sakit kepala juga..mesti kena makan ubat juga kan ? tapi cubalah kaedah merendam kaki didalam air suam dan meminum isotonik tu..mudah2an berkesan..kak zai dah lama tak dapat sakit kepala jadi belum pernah cuba...mungkin boleh cuba nanti..

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA